Skip to main content

Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.

Laman utama

Main navigation

  • Laman utama
  • Kesakitan
    • Mengenali sakit kepala anda
    • Melindungi belakang anda
    • Sakit belakang
    • Sakit kronik
    • Pusat Sakit Saraf Diabetes
    • Membantu seseorang dalam kesakitan
    • Pusat Sakit Belakang Bahagian Bawah
    • Pusat Sakit Saraf
    • Memahami sakit saraf
    • memahami sakit sendi osteoartritis
    • Mengatasi Kesakitan: Rawatan Biopsikososial
  • Kardiovaskular
    • Tekanan darah tinggi
      • Mengenai tekanan darah tinggi
      • Punca-punca tekanan darah tinggi
      • Tekanan darah waktu pagi | My Health My Life
      • Tekanan darah tinggi dan strok
      • Mengawal tekanan darah tinggi
      • Memastikan kestabilan tekanan darah
    • Strok
    • Kegagalan jantung
    • Serangan jantung
    • Kolesterol tinggi
      • Mengenai Kolesterol Tinggi
      • Faktor risiko kolesterol tinggi
      • Pengurusan kolesterol tinggi
      • Fakta tentang kolesterol
  • Kencing manis
    • Memahami diabetes
    • Faktor risiko diabetes
    • Mengurus Diabetes
    • Komplikasi diabetes
    • Puasa Dan Diabetes
    • Penjagaan bahagian kaki
  • Kehidupan yang sihat
    • Mengekalkan berat badan yang sihat
    • Senaman
    • Diet
    • Mendapatkan tidur yang mencukupi
    • Berhenti merokok
    • Penglibatan sosial dan kesihatan
    • Penyakit kronik dan kemurungan
    • Keletihan
    • Teknik relaksasi
    • Berduduk dan kelemahannya
    • Memahami kemurungan
    • Kesedihan menjejaskan kesihatan
  • Ubat-ubatan
    • Mengenai pematuhan uba
    • Nilai pematuhan ubat
    • Meningkatkan pematuhan ubat
    • Pengambilan ubat berlebihan
  • Petua dan soalan lazim
    • Sebelum mengambil bacaan anda
    • Persediaan melancon
    • Procedur kecemasan
    • Sejarah kesihatan keluarga
    • Penuaan secara sihat
    • Soalan soalan kepada doktor anda
    • Soalan lazim
  • Video
Melayu (Malaysia)
  • English (Malaysia)
  • Melayu (Malaysia)
  • 中文(中国)

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.

Complications of diabetes

Komplikasi diabetes

Jika neuropati diabetes didiagnos dan dirawat awal, peluang mengawal simptom-simptom dan menghadkan kerosakan adalah lebih baik. Berhati-hati dengan tanda-tanda dan simptom-simptom neuropati diabetes.1,3 Contohnya, kudis kecil yang tidak sembuh boleh menjadi ulser – ulser kaki yang tidak dirawat boleh menjadi kelemayuh (di mana tisu mati) dan memerlukan pembedahan atau amputasi kaki.

  1. Laman utama
  2. Kencing manis
  3. Komplikasi diabetes
  • Apakah itu neuropati diabetes?
  • Bagaimanakah saya boleh mengawasi neuropati diabetes?
  • Apakah yang boleh dibuat untuk mengurus neuropati diabetes?
  • Apakah itu retinopati diabetes?
  • Penilaian retinopati dan mengurangkan risiko
  • Apakah rawatan untuk retinopati diabetes?
  • Apakah itu nefropati diabetes (Penyakit buah pinggang)?
  • Apakah tanda-tanda penyakit buah pinggang diabetes?
  • Apakah yang boleh dibuat dengan penyakit buah pinggang diabetes?
  • Rujukan

Apakah itu neuropati diabetes?

Neuropati diabetes ialah kerosakkan saraf yang disebabkan oleh diabetes.1 Paras gula darah tinggi akan mencederakan saluran darah kecil yang membekal kepada serat saraf, lalu menyebabkan kerosakkan saraf.2 Serat saraf di seluruh badan boleh mengalami kerosakan, tetapi keadaan ini biasanya melibatkan saraf di kaki dan betis.1

Walaupun neuropati diabetes ialah komplikasi yang teruk, ia boleh dicegah atau perkembangannya boleh diperlahankan dengan kawalan gula darah yang baik dan gaya hidup yang sihat.1

Apakah simptom-simptom neuropati diabetes?

Simptom-simptom bergantung kepada1:

  • Jenis neuropati
  • Saraf yang terlibat
Apakah itu neuropati diabetes?

Jenis neuropati yang biasa berlaku:

1. Deria

  • Kerosakkan saraf yang mengesan sentuhan, suhu dan kesakitan. Biasanya
    menjejaskan kaki dan betis, tetapi juga boleh menjejaskan tangan dan lengan2
  • Simptom-simptom2,3:
    • Sesemut dan perasaan mencucuk (kesemutan)
    • Kekebasan, kurang upaya mengesan kesakitan atau perubahan suhu
    • Hilang koordinasi
    • Kesakitan yang panas membakar atau tercucuk-cucuk
    • Kesakitan daripada rangsangan yang biasanya tidak menyebabkan
      kesakitan, contohnya, sentuhan yang ringan
  • Hilang perasaan di kaki – ia adalah merbahaya jika anda tidak perasan mengenai perubahan ini kerana luka yang kecil boleh menjadi teruk tanpa disedari. Luka kecil boleh menjadi jangkitan, ulser atau kelemayuh (gangren). Jangkitan yang merebak boleh menyebabkan kematian tisu yang tidak boleh dirawat dan mungkin memerlukan amputasi jari kaki, kaki atau anggota bawah.1,2

Apakah itu neuropati diabetes?

Apakah itu neuropati diabetes?

2. Autonomik

  • Melibatkan saraf kepada organ-organ dan kelenjar-kelenjar anda yang mengawal fungsi diluar kawalan seperti penghadaman, kadar jantung dan fungsi seksual2
  • Boleh mengakibatkan1,2:
    • Perut lambat mengosong. Simptom-simptom termasuk kembung, loya, muntah, hilang selera, sembelit atau cirit-birit
    • Tidak dapat mengawal pundi kencing
    • Kadar jantung yang berubah-ubah
    • Kurang atau lebih berpeluh
    • Mati pucuk (disfungsi erektil)
    • Masalah mengawal suhu badan
    • Kurang peka kepada paras gula darah yang rendah
    • Tekanan darah rendah, membuat anda berasa pitam atau pening selepas duduk atau berdiri

3. Motor

  • Kerosakkan kepada saraf yang mengawal pergerakan otot2
  • Boleh mengakibatkan2,3:
    • Kelemahan otot, menyebabkan kejatuhan atau masalah membuat tugas
    • Otot menjadi kecil, kurang aktiviti menyebabkan kehilangan tisu otot
    • Otot sentak atau kejang
    • Jatuh kaki, iaitu kesusahan mengangkat bahagian depan kaki
 

group complication

Bagaimanakah saya boleh mengawasi neuropati diabetes?

Jika neuropati diabetes didiagnos dan dirawat awal, peluang mengawal simptom-simptom dan menghadkan kerosakan adalah lebih baik. Berhati-hati dengan tanda-tanda dan simptom-simptom neuropati diabetes.1,3 Contohnya, kudis kecil yang tidak sembuh boleh menjadi ulser – ulser kaki yang tidak dirawat boleh menjadi kelemayuh (di mana tisu mati) dan memerlukan pembedahan atau amputasi kaki. Ini boleh dielakkan dengan pengesanan dan rawatan awal.1

Jumpa doktor jika anda1,3:

  • Luka di kaki yang tidak sembuh, dijangkit atau bertambah teruk
  • Perasaan panas membakar, sesemut, kehilangan perasaan atau kesakitan di tangan atau kaki
  • Hilang keseimbangan
  • Pening
  • Perubahan dalam penghadaman (contohnya, cirit-birit atau sembelit yang tidak sembuh), kencing dan fungsi seksual

Jika anda ada diabetes jenis 2, anda patut diperiksa untuk neuropati bila anda didiagnos dengan diabetes dan setiap tahun selepas itu.4

how do i watch out diabetic

Apakah yang boleh dibuat untuk mengurus neuropati diabetes?

Neuropati diabetes tidak dapati disembuh. Rawatan yang diberi adalah mengurus dan mengawal neuropati diabetes untuk1,2:

1. Memperlahankan kemerosotan saraf1,2

  • Pastikan paras gula darah anda berada di dalam julat sasaran untuk mencegah atau menangguhkan kemaraan keadaan ini. La juga boleh memperbaiki simptom-simptom yang sedia ada
  • Kawal tekanan darah
  • Makan dengan sihat
  • Bersenam dan pastikan sentiasa aktif
  • Pastikan berat badan anda di julat yang sihat
  • Berhenti merokok
  • Elak daripada minum arak atau minum dengan sederhana jika anda dibenarkan minum
  • Jaga kaki anda dengan baik

What can be done to manage diabetic neuropathy?

manage diabetic neuropathy two

apakah-yang-boleh-dibuat-untuk-mengurus-neuropati-diabetes

2. Melegakan kesakitan1,3

  • Kesakitan neuropatik biasanya tidak akan bertindakbalas terhadap ubat penahan sakit yang biasa, contohnya, paracetamol dan ibuprofen
  • Jika diperlukan, doktor anda akan memberi ubat berlainan untuk merawat kesakitan saraf. Ubat ini biasanya dimulakan pada dos rendah lalu ditambahkan sehingga anda berasa lega. Jika anda mendapat kesan sampingan seperti keletihan dan pening, doktor anda mungkin akan mengurangkan dos anda, atau menukar ubat jika ia tetap ada. Kebanyakan ubat ini juga digunakan untuk keadaan lain seperti kemurungan dan sawan. Oleh itu, doktor anda mungkin akan memberi anda ubat antimurung (antidepressant) untuk kesakitan saraf, walaupun anda tidak murung.
  • Rawatan alternatif termasuk krim kapsaisin (capsaicin), plaster lidokain (lidocaine), rangsangan saraf elektrikal transkutan (transcutaneous electrical nerve stimulation – TENS) dan akupunktur

3. Mengurus komplikasi dan membaiki fungsi1,3

  • Ini termasuk ubat dan rawatan untuk loya, muntah, disfungsi erektil, kawalan pundi kencing
  • Makan dengan sedikit tetapi lebih kerap dan kurangkan lemak dalam diet boleh membantu dengan masalah penghadaman
  • Jika anda ada tekanan darah rendah semasa berdiri, elakkan minum arak, minum air yang mencukupi, dan duduk atau berdiri dengan perlahan

manage diabetic neuropathy four

Apakah itu retinopati diabetes?

Retinopati diabetes menyebabkan kerosakan kepada retina yang semakin teruk, dan adalah penyakit mata diabetes yang paling biasa berlaku.5,6 Retina adalah lapisan di belakang mata yang peka kepada cahaya – ia memerlukan bekalan darah yang berterusan. Jika paras gula darah selalu tinggi, saluran darah halus yang membekalkan retina boleh rosak.7 Retinopati biasanya menjejaskan kedua-dua mata serentak dan jika diabaikan, ia boleh menyebabkan kebutaan.6,7

Adakah saya berisiko?

Jika anda ada diabetes jenis 1 atau jenis 2, anda berisiko mendapat retinopati diabetes. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko ini5,7:

  • Sudah lama menghidap diabetes – lagi lama anda ada diabetes, lagi tinggi risiko
  • Kawalan glukosa darah yang tidak baik
  • Tekanan darah tinggi
  • Paras kolesterol atau lemak yang tinggi di dalam darah
  • Umur semakin meningkat
  • Kehamilan

What is diabetic retinopathy?

Apakah simptom-simptom dan komplikasi retinopati diabetes?

Pada tahap-tahap awal, retinopati diabetes biasanya tiada simptom-simptom atau kesakitan. Oleh itu, pemeriksaan mata diabetes adalah penting kerana tanda-tanda awal boleh dikesan awal dengan mengambil gambar mata. Jika retinopati diabetes tidak didiagnos dan dirawat dengan awal, ia boleh menyebabkan kehilangan penglihatan yang tetap.7

Simptom-simptom biasanya dikesan apabila ia telah menjadi teruk.5

Dapatkan rawatan jika anda mengalami5–7:

  • Kehilangan penglihatan yang tiba-tiba
  • Penglihatan yang bertambah teruk/kabur secara perlahan
  • Benang tipis atau titik dalam penglihatan (eye floaters and spots)
  • Titik gelap atau kosong di tengah-tengah penglihatan anda
  • Penglihatan berganda
  • Kesakitan atau kemerahan mata
  • Kesusahan melihat pada waktu malam

What is diabetic retinopathy?

Penilaian retinopati dan mengurangkan risiko

Berapa kerap saya perlu memeriksa mata?

Jika anda menghidap diabetes, penilaian/pemeriksaan untuk retinopati perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali setahun,4,7 dan lebih kerap jika kemerosotan telah berlaku. Jika anda ada diabetes jenis 2, penilaian perlu dibuat pada kali pertama anda didiagnos dengan diabetes.4 Jika retinopati diabetes dikesan awal, perubahan gaya hidup dan/atau rawatan boleh menghalang kemerosotan.7

Assessing retinopathy and reducing the risks

Bagaimanakah saya boleh mengurangkan risiko saya mendapat retinopati diabetes?

Jika anda mengawal paras gula, tekanan darah dan kolesterol, risiko anda mendapat retinopati akan menurun. Ambillah ubat diabetes anda, dan sentiasa ingat mengenai faktor-faktor gaya hidup juga – pastikan  berat badan sihat, diet sihat, aktif secara fizikal , dan elak daripada alcohol dan elak daripada alkohol dan merokok. Hadir ke janji temu pemeriksaan anda dan dapatkan rawatan dengan segera jika terdapat sesuatu yang tidak betul dengan penglihatan atau mata anda.6,7 Uji paras gula darah dan keton kencing anda dengan kerap.5

Apakah rawatan untuk retinopati diabetes?

Rawatan bergantung kepada tahap retinopati diabetes. Tahap-tahap awal mungkin hanya memerlukan pemantauan yang kerap. Mengawal paras gula darah dan gaya hidup yang sihat akan memperlahankan permulaan dan kemerosotan keadaan ini. Pembedahan laser biasanya digunakan untuk merawat penyakit ini apabila ia telah menjadi teruk.6 Rawatan lain termasuk suntikan ke dalam mata, atau mengeluarkan darah atau tisu parut daripada mata melalui pembedahan.7

Apakah rawatan untuk retinopati diabetes?

Apakah itu nefropati diabetes (Penyakit buah pinggang)?

Sesiapa boleh menghidap penyakit buah pinggang, tetapi ia adalah lebih biasa berlaku kepada orang-orang yang menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi.8 Paras gula tinggi boleh menyebabkan buah pinggang menapis terlalu banyak darah dan bekerja lebih keras. Selepas suatu jangka masa, buah pinggang akan menjadi bocor dan protein akan hilang di dalam kencing. Buah pinggang yang bekerja terlalu teruk akan hilang keberkesanan sebagai penapis sedikit demi sedikit, dan bahan kumuh akan terkumpul dalam darah.8,9

Apakah itu nefropati diabetes2

Apakah itu nefropati diabetes2

Apakah tanda-tanda penyakit buah pinggang diabetes?

Tanda penyakit buah pinggang diabetes paling awal ialah peningkatan protein di dalam kencing.10 Anda patut diperiksa untuk kehadiran protein di dalam kencing setiap tahun.8 Jika anda ada diabetes jenis 2, anda sepatutnya diperiksa apabila anda mendapat diagnosis diabetes untuk pertama kali.4 Ujian ini adalah penting kerana partikel-partikel protein yang halus boleh dijumpai di dalam kencing pada tahap-tahap awal penyakit buah pinggang, dan penyakit masih boleh dirawat pada peringkat ini.8

Ujian darah kreatinin yang dibuat setiap tahun boleh menunjukkan jika buah pinggang anda berfungsi dengan baik.4

Kerana badan anda menakung lebih banyak air dan garam yang tidak diperlukan, penyakit buah pinggang juga boleh menyebabkan berat badan bertambah dan buku lali begkak. Tanda-tanda awal yang lain termasuklah keperluan untuk pergi ke tandas dengan kerap pada waktu malam, dan ada tekanan darah yang lebih tinggi.10

Apakah tanda-tanda penyakit buah pinggang diabetes?

Apakah yang boleh dibuat dengan penyakit buah pinggang diabetes?

Kawalan darah gula dan tekanan darah yang baik merendahkan risiko dan perlahankan kemaraan penyakit buah pinggang. Berhenti merokok, teruskan aktiviti fisikal, kurangkan berat badan, makan dengan sihat dan kurangkan pengambilan garam.4,8,9

Anda mungkin akan diberi “angiotensin-converting enzyme inhibitor or angiotensin II receptor blocker” - ubat menurunkan tekanan darah yang boleh menangguhkan kemaraan penyakit buah pinggang.8 Bincanglah dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Jika penyakit buah pinggang bertambah teruk, anda mungkin akan dinasihati untuk kurangkan makan protein untuk menangguhkan kemerosotan buah pinggang.4 Mengehadkan makanan yang tinggi dalam kandungan potasium, fosfat atau sodium membantu mencegah bahan lumuh daripada bertambah banyak di dalam badan. Walau bagaimanpun, bincanglah dengan pakar diet sebelum membuat perubahan kepada diet anda.8 Dialisis atau pemindahan buah pinggang akan diperlukan jika buah pinggang gagal.9

Apakah yang boleh dibuat dengan penyakit buah pinggang diabetes?

Rujukan

  1. Mayo Clinic. Diabetic neuropathy. Available at http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetic-neuropathy/basics/definition/con-20033336. Accessed 19 September, 2019.
  2. Diabetes UK. Nerves (Neuropathy). Available at https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/complications/nerves_neuropathy/. Accessed 19 September, 2019.
  3. NHS choices. Peripheral neuropathy. Available at http://www.nhs.uk/conditions/peripheral-neuropathy/pages/introduction.aspx. Accessed 19 September, 2019.
  4. Ministry of Health Malaysia. Clinical practice guidelines: Management of type 2 diabetes mellitus (5th Edition); 2015.
  5. Diabetes.co.uk. Diabetic retinopathy. Available at http://www.diabetes.co.uk/diabetes-complications/diabetic-retinopathy.html. Accessed 19 September, 2019.
  6. American Optometric Association. Diabetic retinopathy. Available at http://www.aoa.org/patients-and-public/eye-and-vision-problems/glossary-of-eye-and-vision-conditions/diabetic-retinopathy?sso=y. Accessed 19 September, 2019.
  7. NHS Choices. Diabetic retinopathy. Available at http://www.nhs.uk/conditions/diabetic-retinopathy/pages/introduction.aspx. Accessed 19 September, 2019.
  8. Diabetes UK. Kidneys (Nephropathy). Available at https://www.diabetes.org.uk/kidneys. Accessed 19 September, 2019.
  9. American Diabetes Association. Kidney disease (Nephropathy). Available at http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/complications/kidney-disease-nephropathy.html? loc=lwd-slabnav. Accessed 19 September, 2019.
  10. National Kidney Foundation. Diabetes—a major risk factor for kidney disease. Available at https://www.kidney.org/atoz/content/diabetes. Accessed 19 September, 2019.
NON-2022-4521-17March2022

Viatris Sdn. Bhd.

Reg. No: 201801018158 (1280174-H)

(formerly known as Upjohn (Malaysia) Sdn. Bhd.)

15-03 & 15-04, Level 15, Imazium,

No. 8, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,

47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603-7733 8005

© 2023 Viatris Inc. - All Rights Reserved

Polisi Peribadi Glosari Utama Mengenai Kami
viatris