Skip to main content

Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.

Laman utama

Main navigation

  • Laman utama
  • Kardiovaskular
    • Tekanan darah tinggi
      • Mengenai tekanan darah tinggi
      • Punca-punca tekanan darah tinggi
      • Tekanan darah waktu pagi | My Health My Life
      • Tekanan darah tinggi dan strok
      • Mengawal tekanan darah tinggi
      • Memastikan kestabilan tekanan darah
    • Strok
    • Kegagalan jantung
    • Serangan jantung
    • Kolesterol tinggi
      • Mengenai Kolesterol Tinggi
      • Faktor risiko kolesterol tinggi
      • Pengurusan kolesterol tinggi
      • Fakta tentang kolesterol
  • Kesakitan
    • Mengenali sakit kepala anda
    • Melindungi belakang anda
    • Sakit belakang
    • Sakit kronik
    • Pusat Sakit Saraf Diabetes
    • Membantu seseorang dalam kesakitan
    • Pusat Sakit Belakang Bahagian Bawah
    • Pusat Sakit Saraf
    • Memahami sakit saraf
    • memahami sakit sendi osteoartritis
    • Mengatasi Kesakitan: Rawatan Biopsikososial
  • Kencing manis
    • Memahami diabetes
    • Faktor risiko diabetes
    • Mengurus Diabetes
    • Komplikasi diabetes
    • Puasa Dan Diabetes
    • Penjagaan bahagian kaki
  • Kehidupan yang sihat
    • Mengekalkan berat badan yang sihat
    • Senaman
    • Diet
    • Mendapatkan tidur yang mencukupi
    • Berhenti merokok
    • Penglibatan sosial dan kesihatan
    • Penyakit kronik dan kemurungan
    • Keletihan
    • Teknik relaksasi
    • Berduduk dan kelemahannya
    • Memahami kemurungan
    • Kesedihan menjejaskan kesihatan
  • Ubat-ubatan
    • Mengenai pematuhan uba
    • Nilai pematuhan ubat
    • Meningkatkan pematuhan ubat
    • Pengambilan ubat berlebihan
  • Petua dan soalan lazim
    • Sebelum mengambil bacaan anda
    • Persediaan melancon
    • Procedur kecemasan
    • Sejarah kesihatan keluarga
    • Penuaan secara sihat
    • Soalan soalan kepada doktor anda
    • Soalan lazim
  • Videos
Melayu (Malaysia)
  • English (Malaysia)
  • Melayu (Malaysia)
  • 中文(中国)

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.

Managing diabetes

Mengurus diabetes

Jika paras gula darah selalu tinggi, saluran darah halus yang membekalkan mata boleh rosak lalu menyebabkan retinopati diabetes, dan ini boleh menyebabkan kebutaan. Kebutaan boleh dicegah jika retinopati diabetes dikesan awal.

  1. Laman utama
  2. Kencing manis
  3. Mengurus Diabetes
  • Mengapa kawalan glukosa darah penting?
  • Perubahan gaya hidup
  • Ubat-ubatan
  • Bagaimana mengukur glukosa darah saya di rumah?
  • Apakah sasaran rawatan yang patut saya perhatikan?
  • Mencegah kerumitan
  • Rujukan

Mengapa kawalan glukosa darah penting?

La adalah penting untuk memastikan glukosa darah terkawal. Diabetes akan menyebabkan seseorang lima kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit kardiovaskular (contohnya, serangan jantung dan strok) berbanding dengan seseorang yang tidak ada diabetes. Diabetes juga boleh menyebabkan kehilangan penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf dan pemotongan anggota badan bawah.1

Why is blood glucose control important?

Perubahan gaya hidup

Langkah pertama yang anda boleh ambil jika didapati berisiko untuk mendapat diabetes jenis 2, ataupun jika anda telah didiagnos dengan diabetes jenis 2, ialah membuat perubahan kepada diet dan gaya hidup anda.1

Tumpukan perhatian anda kepada1:

Lifestyle modifications

Perubahan gaya hidup

Jika anda ada diabetes jenis 2, diet sihat, kerap bersenam dan menghilangkan berat badan (jika berat badan anda berlebihan) mungkin boleh membantu anda memastikan glukosa darah anda berada di paras yang sihat tanpa memerlukan rawatan yang lain.1

Jika anda ada diabetes jenis 1, selain rawatan insulin, aktiviti fisikal yang kerap juga sangat penting kerana ia menurunkan paras glukosa darah. Namun, berbincang dengan doktor anda sebelum memulakan aktivit baru, kerana rawatan insulin atau diet anda mungkin perlu disesuaikan. Makan diet yang tinggi dengan bahan serat, buah-buahan dan sayur-sayuran, rendah dalam lemak, garam dan gula. La adalah penting untuk peka kepada bila dan apa yang patut dimakan, dan untuk memastikan anda mendapat kuantiti glukosa yang betul. Bincanglah dengan pakar kesihatan anda mengenai pelan diet.4

Ubat-ubatan

Jika anda menghidap diabetes jenis 1, anda mesti mengguna insulin. Jika anda ada diabetes jenis 2 dan paras glukosa masih tinggi walaupun anda mengubah gaya hidup anda, doktor anda mungkin akan memberi ubat untuk membantu anda.5

Insulin

Insulin ialah hormon yang dirembeskan oleh pankreas. Pesakit diabetes jenis 1 memerlukan sumber insulin luaran kerana badan mereka tidak dapat membuat insulin.5 Insulin juga mungkin perlu diberikan kepada sesetengah orang yang menghidap diabetes jenis 2 atau diabetes gestasi (gula darah tinggi semasa kehamilan).6 Insulin perlu disuntik (dengan mengunakan jarum dan picagari, atau pen insulin)6 untuk dimasukkan ke dalam darah kerana ia akan dicerna di dalam perut dan tidak akan berkesan apabila diambil secara oral.5 Insulin juga boleh diberi melalui pam.4

Jenis-jenis insulin yang berlainan berbeza dari segi kecepatan ia berfungsi, bila ia sampai puncak (semasa insulin berada ditahap keberkesanan tertinggi untuk menurunkan glukosa darah), dan jangka masa ia berfungsi. Doktor anda akan membantu anda memilih insulin yang sesuai berdasarkan tahap kesihatan dan gaya hidup anda.5

Pilihan untuk pesakit diabetes jenis 2

Ubat-ubat berikut boleh diberi sendiri, atau digabung dengan ubat lain, kerana mereka berfungsi dengan cara yang berbeza untuk menurunkan glukosa darah.5 Contohnya, sulphonylurea adakalanya diberi dengan metformin untuk membaiki kawalan glukosa.2 Ubat-ubat ini mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan (biasanya tidak teruk untuk ubat-ubat seperti metformin dan penyekat dipeptidyl peptidase-4 “dipeptidyl peptidase-4 inhibitors”).1,7 Oleh itu, ia adalah penting untuk mengikuti preskripsi doktor dengan teliti dan memberitahu doktor anda jika anda mengalami sesuatu yang tidak betul. Ubat-ubat ini berfungsi dengan lebih baik apabila digunakan dengan rancangan makanan dan senaman.5

Metformin biasanya ubat yang pertama digunakan dalam rawatan diabetes jenis 2.1 Ia menurunkan bilangan glukosa yang dibuat oleh hati dan menyebabkan otot lebih peka kepada insulin.2,5 La biasanya tidak akan menyebabkan hipoglisemia (glukosa darah yang terlalu rendah), kerana ia tidak merangsangkan pembuatan insulin.2 Kesan sampingan yang biasa berlaku termasuk loya dan cirit-birit, tetapi kesan-kesan ini akan diperbaiki jika ubat ini diambil dengan makanan.2 Kemungkinan besar, anda akan diberi metformin jika berat badan anda berlebihan kerana ia memberi kestabilan berat badan atau menurunkan berat badan dengan sedikit.1,2

 Medications

Sulphonylurea meningkatkan pembuatan insulin di dalam badan dengan merangsangkan pankreas.5 Ubat ini biasanya diambil 30 minit sebelum makan. Tambahan berat badan dan hipoglisemia adalah salah satu kesan sampingan.2 Simptom-simptom hipoglisemia adalah menggigil, berpeluh dan penglihatan kabur. Namun, hipoglisemia yang disebabkan oleh sulphonylurea jarang berlaku dan boleh dicegah dengan mengambil makanan pada waktu yang biasa, tidak lupa makan dan tidak minum arak dengan berlebihan. Jika anda mengalami hipoglisemia, minum minuman yang bergula atau makan gula, lalu makan snek yang berkanji seperti roti.7

Penyekat dipeptidyl peptidase-4 “dipeptidyl peptidase-4 inhibitors” (DPP-4) menghalang glucagon-like peptide-1 (GLP-1) daripada diurai. GLP-1 ialah hormon yang meningkatkan pembuatan insulin yang dirangsang oleh glukosa.1 Rembesan insulin tidak akan dirangsang jika paras glukosa normal, dengan itu, penyekat DPP-4 tidak akan menyebabkan hipoglisemia.1,2

Agonis reseptor GLP-1 “Glucagon-like peptide-1 receptor agonists” diberi secara suntikan, dan meniru hormon GLP-1 yang asal. Ubat ini dikaitkan dengan kehilangan berat badan. Kesan sampingan yang utama ialah loya dan muntah.1,2

Meglitinides juga meningkatkan pembuatan insulin di dalam badan, tetapi kesannya tidak tahan lama.1 Biasanya, ia diambil sejurus sebelum makan, dan digunakan untuk mengawal glukosa darah tinggi yang berlaku selepas makan. 1,2 La boleh menyebabkan hipoglisemia.5

Penyekat alpha-glukosidasa “Alpha-glucosidase inhibitors” memperlahankan paras glukosa darah daripada naik selepas makan dengan menghalang penguraian karbohidrat.5 La perlu diambil dengan makanan utama. Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah kembung, ketidakselesaan abdomen, cirit-birit dan flatulens.2

Thiazolidinediones menyebabkan sel-sel badan lebih peka kepada insulin dan mengurangkan pembuatan glukosa di dalam hati.1,5 La boleh menyebabkah berat badan bertambah, tulang patah dan pengekalan cecair, dan perlu dielakkan jika anda ada kegagalan jantung.1,2

Penyekat co-pengangkut sodium glukosa 2 (sodium-glucose co-transporter 2 – SGLT-2) menyekat penyerapan semula glukosa di dalam buah pinggang. Glukosa yang tidak diserap semula dibuang melalui air kencing. Jangkitan genital dan sistem kencing adalah salah satu kesan sampingan yang mungkin dialami, disebabkan paras glukosa yang lebih tinggi di dalam air kencing.2,5

Bagaimana mengukur glukosa darah saya di rumah?

Terdapat beberapa ujian yang anda boleh jalankan untuk memantau diabetes anda. Pemantauan glukosa darah ialah ujian yang anda boleh jalankan dengan sendiri. Ujian ini8:

  • Membantu dalam membuat keputusan gaya hidup dan rawatan; dan
  • Membantu anda memantau paras glukosa yang terlalu rendah atau tinggi (hipo- atau hiperglisemia).

Ujian glukosa darah memberitahu anda paras glukosa darah pada masa ujian tersebut.8 Ia biasanya dilakukan dengan menggunakan alat yang mencucuk jari, yang dipanggil lanset, dan pemantau glukosa elektronik.9

Langkah-langkah8–10:

  1. Cuci tangan anda dengan sabun dan air suam. Keringkan tangan.
  2. Masukkan jalur ujian ke dalam mesin pemantau.
  3. Cucukkan tepi jari anda dengan lanset untuk mendapatkan setitik darah.
    (Memegang tangan anda ke bawah untuk membuat ia lebih senang untuk darah keluar)
  4. Pegang tepi jalur ujian untuk sentuh titikan darah itu.
  5. Keputusan akan tertera pada skrin selepas beberapa saat.
  6. Catatkan keputusan anda dan tunjukkan kepada doktor anda pada janji temu anda yang seterusnya. *Rujuk kepada panduan pengguna mesin pemantau anda untuk langkah-langkah khusus kerana tidak semua mesin pemantau adalah sama.

How do I measure blood  glucose at home?

How do I measure blood  glucose at home?

Beberapa orang yang menghidap diabetes akan menguji glukosa mereka di rumah.8 Anda mungkin akan mendapat manfaat daripadanya jika anda10:

  • Mengguna insulin
  • Sedang hamil
  • Susah untuk mengawal paras glukosa darah anda
  • Ada paras glukosa darah yang rendah
  • Ada keton daripada paras glukosa darah yang tinggi

Bincang dengan doktor anda mengenai kekerapan ujian glukosa darah anda di rumah, dan bagaimana anda boleh menggunakan keputusan ujian untuk menyelaraskan kekerapan anda makan, bersenam atau ubat anda.2 Jadual yang berikut boleh digunakan sebagai panduan untuk masa yang sesuai bagi menguji glukosa darah2:

Bagaimana mengukur glukosa darah saya di rumah?

Tip untuk mencatat glukosa darah

Diari pemantauan glukosa darah adalah berguna jika anda perlu menguji paras glukosa darah anda dengan kerap.11 Catatkan tarikh, masa, keputusan ujian, ubat dan dosnya.9 Buat komen mengenaif11:

  • Senaman, penyakit atau jangka masa tekanan stres, kerana hal-hal ini boleh menjejaskan paras glukosa darah
  • Masa apabila lewat atau tidak mengambil maka
  • Makanan yang boleh membuat glukosa darah anda lebih susah dikawal
  • Kerja shif atau masa tidur yang tidak biasa

Apakah sasaran rawatan yang patut saya perhatikan?

Sasaran anda bergantung kepada10:

  • Berapa lama anda ada diabetes
  • Umur dan jangka hayat anda
  • Komorbiditi
  • Sama ada anda ada komplikasi kardiovaskular atau mikrovaskular (saluran darah yang paling kecil)
  • Risiko mendapat hipoglisemia (glukosa darah yang terlalu rendah)

Sasaran glukosa darah patut diindividukan. Doktor anda akan menasihati anda mengenai sasaran anda. Julat-julat di bawah boleh diguna sebagai panduan.8

What are the treatment targets I should look out for?

Jika anda seorang dewasa dengan diabetes jenis 2, sasarkan untuk paras glukosa darah2

 

 

Apakah-sasaran-rawatan-yang-patut-saya-perhatikan

Jika anda seorang dewasa dengan diabetes jenis 1, sasarkan untuk paras glukosa darah8

What are the treatment targets I should look out for?

Jika anda ada diabetes, doktor anda patut memeriksa kawalan jangka masa panjang anda. Ujian HbA1c ialah cara yang paling biasa diguna.8 Ia memberi tanda yang baik mengenai kawalan glukosa anda sepanjang masa 2–3 bulan sebelumnya, dan biasanya dijalankan setiap 3–6 bulan, berdasarkan sama ada sasaran anda dicapai.2,8

What are the treatment targets I should look out for?

Mencegah kerumitan

Jika paras gula darah selalu tinggi, saluran darah halus yang membekalkan mata boleh rosak lalu menyebabkan retinopati diabetes, dan ini boleh menyebabkan kebutaan. Kebutaan boleh dicegah jika retinopati diabetes dikesan awal. Oleh itu, ia adalah penting untuk menguji retinopati sekurang-kurangnya sekali setahun jika anda ada diabetes.2,12 Ketahui lebih lanjut mengenai retinopati diabetes di sini.

Diabetes juga boleh menyebabkan kerosakan saraf yang dikenali sebagai neuropati diabetes. Kerumitan yang biasa berlaku ialah masalah kaki seperti ulser, dan ulser kaki yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian tisu yang akhirnya, akan memerlukan amputasi/ pemotongan. Ini boleh dicegah dengan pengesanan dan rawatan awal. Oleh itu, ia adalah penting untuk menjaga kaki dengan baik dan berhati-hati dengan tanda-tanda atau simptom-simptom neuropati diabetes. Dapatkan pemeriksaan kaki yang komprehensif daripada doktor anda sekurang-kurangnya sekali setahun.2,13 Klik sini untuk baca selanjutnya mengenai neuropati diabetes.

mencegah -kerumitan

Rujukan

  1. NHS choices. Type 2 diabetes. Available at http://www.nhs.uk/conditions/diabetes-type2/pages/introduction.aspx?url=pages/what-is-it.aspx. Accessed 19 September, 2019.
  2. Ministry of Health Malaysia. Clinical practice guidelines: Management of type 2 diabetes mellitus (5th Edition); 2015.
  3. Ministry of Health Malaysia. 4th Edition of clinical practice guidelines: Management of dyslipidemia; 2011.
  4. NHS choices. Type 1 diabetes. Available at http://www.nhs.uk/conditions/diabetes-type1/pages/introduction.aspx. Accessed 19 September, 2019.
  5. American Diabetes Association. Medication. Available at http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/treatment-and-care/medication/. Accessed 19 September, 2019.
  6. Mayo Clinic. Diabetes. Available at http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/basics/definition/con-20033091. Accessed 19 September, 2019.
  7. Patient. Treatments for type 2 diabetes. Available at http://patient.info/health/treatments-for-type-2-diabetes. Accessed 19 September, 2019.
  8. Diabetes UK. Monitoring your diabetes: Testing. Available at https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/monitoring/testing/. Accessed 19 September, 2019.
  9. Mayo Clinic. Slide show: Blood sugar testing. Available at http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/multimedia/blood-sugar/sls-20076114?s=1. Accessed 19 September, 2019.
  10. American Diabetes Association. Checking your blood glucose. Available at http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/treatment-and-care/blood-glucose-control/checking-your-blood-glucose.html. Accessed 19 September, 2019.
  11. Diabetes.co.uk. Blood glucose diaries. Available at http://www.diabetes.co.uk/blood-glucose/blood-glucose-monitoring-diaries.html. Accessed 19 September, 2019.
  12. NHS choices. Diabetic retinopathy. Available at http://www.nhs.uk/conditions/diabetic-retinopathy/pages/introduction.aspx. Accessed 19 September, 2019.
  13. Mayo Clinic. Diabetic neuropathy. Available at http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetic-neuropathy/basics/definition/con-20033336. Accessed 19 September, 2019.
NON-2022-4521-17March2022

Viatris Sdn. Bhd.

Reg. No: 201801018158 (1280174-H)

(formerly known as Upjohn (Malaysia) Sdn. Bhd.)

15-03 & 15-04, Level 15, Imazium,

No. 8, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,

47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603-7733 8005

© 2023 Viatris Inc. - All Rights Reserved

Polisi Peribadi Glosari Utama Mengenai Kami
viatris