- Laman utama
- Kehidupan yang sihat
- Mengekalkan berat badan yang sihat
Adakah anda tahu Malaysia dikenali sebagai negara paling gemuk di Asia?
Malaysia mencatat peningkatan kadar obesiti pada tahun 2015. Statistik yang terkini menunjukkan bahawa hampir 50% warga Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas, mempunyai berat badan berlebihan atau obes.1

*berdasarkan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) 1998
Kenapa warga Malaysia semakin gemuk?<sup>2</sup>

Pilihan makanan yang tidak sihat

Diet harian yang tidak seimbang

Gaya hidup yang banyak duduk

Kurang aktiviti fizikal
Umur, jantina dan genetik juga boleh mempengaruhi risiko seseorang berberat badan berlebihan atau obes.1,2
Adakah berat badan saya sihat?
Ketahui sekarang dengan mengira indeks jisim tubuh (body mass index – BMI) dan mengukur lilitan pinggang anda.
Berat badan siha = BMI bias + lilitan pinggang yang siha2

Apakah BMI?2
BMI = Berat(dalam kilogram, kg) ÷ Ketinggian (dalam meter dikuasaduakan, m2)

Bagaimanakah saya mengukur lilitan pinggang saya?3
- Kenal pasti tempat ukuran pinggang, iaitu bahagian tengah di antara tulang rusuk yang paling bawah dan bahagian atas pinggul
- Lilitkan pita ukur di sekeliling pinggang
- Lepaskan nafas seperti biasa
- Ambil ukuran

Mengapakah saya perlu mengekalkan berat badan yang sihat?
Mencapai keseimbangan di antara jumlah pengambilan kalori daripada diet dan jumlah penggunaan kalori dalam aktiviti fizikal adalah penting jika anda ingin mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, ia mungkin sukar bagi kebanyakan warga Malaysia kerana terdapat pelbagai jenis makanan yang senang didapati di negara kita, dan peningkatan penggunaan alat-alat penjimatan tenaga dan teknologi banyak menyumbang kepada gaya hidup banyak duduk.2
Tidak kira berat badan anda kurang, berlebihan atau obes, ia membawa kemudaratan kepada anda dan kesihatan anda.2

Kemudaratan berat badan kurang, berlebihan atau obes2

Apakah yang patut saya buat untuk mengekalkan berat badan yang sihat?
Anda boleh mengekalkan berat badan yang sihat dengan mengimbangi pengambilan kalori dengan aktiviti fizikal.2
Petua-petua Tip Umum
Jika berat badan anda berlebihan
- Sasarkan untuk mengurangkan berat badan dengan perlahan-lahan (kurangkan berat badan sebanyak 0.5–1.0 kg seminggu). Anda mungkin ingin bincang dengan pegawai dietetik anda untuk memahami sasaran berat badan realistik anda.
- Kurangkan pengambilan kalori anda tanpa mengurangkan pengambilan zat-zat makanan yang lain
- Tingkatkan aktiviti fizikal anda secara beransur-ansur
Jika berat badan anda kurang
- Makan tiga sajian utama dan selingkan 1 hingga 3 kali makanan ringan sepanjang hari
- Pilih makanan yang mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi
- Makan hidangan yang lebih besar

Bincang dengan pegawai dietetik jika anda memerlukan lebih banyak nasihat mengenai jenis dan jumlah makanan dalam diet anda untuk mencapai berat badan yang sihat.
Rujukan
- Institute for Public Health (IPH) 2015. National Health and Morbidity Survey 2015 (NHMS 2015). Vol. II: Non-communicable diseases, risk factors & other health problems; 2015.
- Ministry of Health Malaysia. Malaysian dietary guidelines key message 2–maintain body weight in a healthy range; 2010.
- NHS choices. What’s your BMI? Available at http://www.nhs.uk/livewell/loseweight/pages/bodymassindex.aspx. Accessed 19 September, 2019.