Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.
Mengenai kolesterol tinggi
Kolesterol tinggi adalah penyebab utama beban penyakit dalam negara-negara maju dan negara-negara yang membangun. Kini, ianya menyebabkan 2.6 juta kematian di seluruh dunia.4 Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2015, kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia dan berumur 18 tahun dan ke atas adalah 47.7% (9.6 juta).5
Apakah itu kolesterol?
Kolesterol adalah bahan berlemak yang penting untuk badan berfungsi dengan betul.1 Kolesterol biasanya dihasilkan di dalam hati, tetapi ia boleh dijumpai dalam pelbagai makanan yang berasaskan haiwan. Ia boleh menjejaskan kesihatan anda sekiranya anda mempunyai tahap kolesterol yang terlalu tinggi.
Apakah jenis-jenis kolesterol?
Kolesterol diangkut ke dalam badan oleh sejenis molekul yang dikenali sebagai lipoprotein.1,2 Kebanyakan kolesterol diangkut oleh lipoprotein berketumpatan rendah (low-density lipoprotein – LDL) dan lipoprotein ketumpatan tinggi (high-density lipoprotein – HDL).
Kolesterol tinggi dan akibatnya?
Kolesterol tinggi adalah penyebab utama beban penyakit dalam negara-negara maju dan negara-negara yang membangun. Kini, ianya menyebabkan 2.6 juta kematian di seluruh dunia.4 Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2015, kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia dan berumur 18 tahun dan ke atas adalah 47.7% (9.6 juta).5
Kolesterol tinggi biasanya tidak mempunyai simptom-simptom tetapi ia meningkatkan risiko anda mengalami
Bagaimanakah kolesterol tinggi menyebabkan serangan jantung dan strok?
Paras tinggi kolesterol LDL dikaitkan dengan peningkatan risiko arteroskelrosis, iaitu pemendapan plak-plak bahan berlemak di dalam dinding arteri.
Arterosklerosis yang berlaku di dalam jantung akan menyebabkan serangan jantung, manakala, arterosklerosis yang berlaku di dalam otak boleh menyebabkan strok.
Adakah anda berisiko tinggi untuk mendapat kolesterol tinggi?
Risiko anda boleh dikenalpasti melalui profil lipid, iaitu ujian-ujian darah yang digunakan sebagai pemeriksaan secara meluas, untuk kelainan luar biasa dalam paras-paras kolesterol dan trigliserida anda.3 Profil lipid akan menunjukkan kesemua empat bilangan kolesterol – lipoprotein berketumpatan rendah (low-density lipoprotein – LDL), lipoprotein berketumpatan tinggi (high-density lipoprotein – HDL), trigliserida dan jumlah kolesterol – yang menerangkan julat yang baik, bersama dengan zon-zon berisiko bagi setiap jenis kolesterol.6–9
Diet yang betul untuk paras kolesterol yang sihat
Kolesterol bukan khasiat yang penting.10 Badan anda boleh membuat kolesterol jika diperlukan. Oleh itu, tiada pengambilan yang disyorkan untuk lemak jenis ini. Kurangkan makan kolesterol sebanyak mungkin sambil menikmati diet yang sihat.
Kurangkan kolesterol buruk anda dengan mengurangkan makanan yang banyak lemak:
Hirisan daging yang berlemak
Kulit ayam itik
Makanan yang digoreng
Tingkatkan kolesterol BAIK anda dengan menambahkan makanan-makanan ini kepada diet anda11:
Bijian sempurna (contohnya, mil oat, bran oat dan hasil bijian sempurna)
Kacang-kacang (contohnya, walnut, badam dan kacang Brazil)
Makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 (contohnya, ikan , suplemen minyak ikan, biji rami dan minyak biji rami (flaxseeds))