Skip to main content

Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.

Laman utama

Main navigation

  • Laman utama
  • Kardiovaskular
    • Tekanan darah tinggi
      • Mengenai tekanan darah tinggi
      • Punca-punca tekanan darah tinggi
      • Tekanan darah waktu pagi | My Health My Life
      • Tekanan darah tinggi dan strok
      • Mengawal tekanan darah tinggi
      • Memastikan kestabilan tekanan darah
    • Strok
    • Kegagalan jantung
    • Serangan jantung
    • Kolesterol tinggi
      • Mengenai Kolesterol Tinggi
      • Faktor risiko kolesterol tinggi
      • Pengurusan kolesterol tinggi
      • Fakta tentang kolesterol
  • Kesakitan
    • Mengenali sakit kepala anda
    • Melindungi belakang anda
    • Sakit belakang
    • Sakit kronik
    • Pusat Sakit Saraf Diabetes
    • Membantu seseorang dalam kesakitan
    • Pusat Sakit Belakang Bahagian Bawah
    • Pusat Sakit Saraf
    • Memahami sakit saraf
    • memahami sakit sendi osteoartritis
    • Mengatasi Kesakitan: Rawatan Biopsikososial
  • Kencing manis
    • Memahami diabetes
    • Faktor risiko diabetes
    • Mengurus Diabetes
    • Komplikasi diabetes
    • Puasa Dan Diabetes
    • Penjagaan bahagian kaki
  • Kehidupan yang sihat
    • Mengekalkan berat badan yang sihat
    • Senaman
    • Diet
    • Mendapatkan tidur yang mencukupi
    • Berhenti merokok
    • Penglibatan sosial dan kesihatan
    • Penyakit kronik dan kemurungan
    • Keletihan
    • Teknik relaksasi
    • Berduduk dan kelemahannya
    • Memahami kemurungan
    • Kesedihan menjejaskan kesihatan
  • Ubat-ubatan
    • Mengenai pematuhan uba
    • Nilai pematuhan ubat
    • Meningkatkan pematuhan ubat
    • Pengambilan ubat berlebihan
  • Petua dan soalan lazim
    • Sebelum mengambil bacaan anda
    • Persediaan melancon
    • Procedur kecemasan
    • Sejarah kesihatan keluarga
    • Penuaan secara sihat
    • Soalan soalan kepada doktor anda
    • Soalan lazim
  • Videos
Melayu (Malaysia)
  • English (Malaysia)
  • Melayu (Malaysia)
  • 中文(中国)

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.

Understanding diabetes

Memahami diabetes

Diabetes ialah penyakit jangka masa panjang yang disebabkan oleh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul. Insulin ialah hormon yang mengawal paras gula dalam darah dengan membenarkan gula masuk ke dalam sel-sel, dan dengan itu, menurunkan paras gula dalam darah.1,4

  1. Laman utama
  2. Kencing manis
  3. Memahami diabetes
  • Kelaziman dan kesannya secara umum
  • Definisi dan jenis diabetes
  • Bagaimanakah cara memeriksa untuk diabetes jenis 1 dan jenis 2?
  • Rujukan

Kelaziman dan kesannya secara umum

Kelaziman dan kesannya secara umum

Kelaziman dan kesannya secara umum

 

Selepas suatu jangka masa, paras gula dalam darah yang tinggi yang terdapat dalam diabetes yang tidak dikawal, boleh menyebabkan kerosakan kepada badan, terutamanya kepada saraf dan saluran darah.1

Diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi mempunyai satu persamaan – kesemua penyakit ini boleh meningkatkan risiko anda mendapat penyakit kardiovascular (contohnya, kesakitan di bahagian dada, serangan jantung, strok).3

Prevalence And General Impact

 

Definisi dan jenis diabetes

Diabetes ialah penyakit jangka masa panjang yang disebabkan oleh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul. Insulin ialah hormon yang mengawal paras gula dalam darah dengan membenarkan gula masuk ke dalam sel-sel, dan dengan itu, menurunkan paras gula dalam darah.1,4

Definition and types of diabetes
 
Jenis diabetes:

• Diabetes jenis 1

  • Badan (pankreas) tidak dapat menghasilkan insulin sendiri, dan anda memerlukan suntikkan insulin sepanjang hayat anda. Anda juga perlu pastikan anda makan dengan sihat, sering membuat aktiviti fizikal dan uji gula darah dengan rutin.5
  • Biasanya bermula sebelum umur 40 tahun, lebih kerap semasa remaja.5
  • Tidak boleh dicegah.1

Definition and types of diabetes

 

• Diabetes jenis 2

  • Sel-sel badan tidak bertindakbalas kepada insulin dengan berkesan dan badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengatasi kerintangan insulin4
  • Jenis diabetes ini lebih biasa dijumpai berbanding dengan diabetes jenis1.Di seluruh dunia, 90% pesakit diabetes menghidap diabetes jenis 2.1
  • Faktor-faktor risiko utama ialah berat badan berlebihan/ obes dan tidak membuat aktiviti fisikal.1
  • Pradiabetes (paras gula darah yang lebih tinggi daripada julat biasa, tetapi tidak cukup tinggi untuk diberi diagnosis diabetes) meningkatkan risiko mendapat diabetes.5 Jika anda ada pradiabetes, perubahan gaya hidup boleh membawa paras gula darah anda balik ke normal.4
  • Akhirnya, sesetengah orang mungkin memerlukan ubat walaupun mereka telah membuat perubahan gaya hidup.5

Definition and types of diabetes

 

• Diabetes gestasi

  • Paras gula darah meningkat semasa kehamilan.1
  • Biasanya berlaku dalam trimester kedua (minggu 14 ke 26 kandungan).5
  • Meningkatkan risiko mendapat kerumitan semasa kehamilan dan bersalin, dan mendapat diabetes jenis 2 pada masa depan.1

Definition and types of diabetes

Bagaimanakah cara memeriksa untuk diabetes jenis 1 dan jenis 2?

Anda perlu diperiksa untuk diabetes jika anda ada simptom-simptom menandakan diabetes, contohnya, keletihan, sangat dahaga, sering membuang air kecil, sangat lapar, hilang berat badan, luka sembuh dengan perlahan dan penglihatan kabur.4,5

What Are The Tests For Type 1 And Type 2 Diabetes?

Walaupun anda tiada simptom-simptom, anda patut diperiksa jika berat badan anda berlebihan atau obes, dan mempunyai faktor-faktor risiko seperti mempunyai ahli keluarga (ayah, ibu, kakak, abang) yang menghidap diabetes, sejarah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, pernah mengalami diabetes gestasi, mengambil ubat-ubat tertentu, atau tidak ada banyak aktiviti fisikal.6

Jika semua yang tertera di atas tidak melibatkan anda, anda masih patut diperiksa untuk diabetes setiap tahun jika anda berumur 30 tahun dan lebih.6

HbA1c ialah ujian darah yang menunjukkan purata paras gula darah untuk jangka masa 3 bulan sebelumnya. Ujian ini tidak sesuai jika anda ada keadaan-keadaan tertentu yang boleh membuatkan ujian ini kurang tepat, seperti kehamilan, berumur kurang daripada 18 tahun, mengambil tambahan zat besi, atau mempunyai hemoglobin yang tidak biasa dijumpai. Bincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.4,6

What Are The Tests For Type 1 And Type 2 Diabetes?

Ujian tolerans glukosa oral (oral glucose tolerance test – OGTTOGTT) memerlukan anda berpuasa untuk sepanjang malam. Selepas berpuasa, paras glukosa darah anda akan diuji. Selepas ujian itu, anda akan diminta minum minuman bergula. Paras gula darah anda akan diuji semula selepas 2 jam.4

What Are The Tests For Type 1 And Type 2 Diabetes?

Selain daripada HbA1c atau OGTT, doktor anda mungkin akan menjalankanujian gula darah rawak(diambil pada masa yang rawak) dan/atau ujian gula darah puasa (mengambil sampel darah selepas berpuasa untuk satu malam) untuk membantu membuat diagnosis diabetes atau pradiabetes4,6

Jika doktor anda mengesyaki anda menghidap diabetes jenis 1, air kencing anda akan diuji untuk kesan keton. Keton adalah bahan kimia yang terhasil apabila terdapat kekurangan insulin di dalam darah, dan otot dan tisu lemak digunakan sebagai sumber tenaga.4

Rujukan

  1. World Health Organization. Diabetes. Available at http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs312/en/. Accessed 19 September, 2019.
  2. Institute for Public Health (IPH) 2015. National Health and Morbidity Survey 2015 (NHMS 2015). Vol. II: Non-communicable diseases, risk factors & other health problems; 2015.
  3. British Heart Foundation. Cardiovascular disease. Available at https://www.bhf.org.uk/heart-health/conditions/cardiovascular-disease. Accessed 19 September, 2019.
  4. Mayo Clinic. Diabetes. Available at http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/basics/definition/con-20033091. Accessed 19 September, 2019.
  5. NHS choices. Diabetes. Available at http://www.nhs.uk/conditions/diabetes/pages/diabetes.aspx. Accessed 19 September, 2019.
  6. Ministry of Health Malaysia. Clinical practice guidelines: Management of type 2 diabetes mellitus (5th Edition); 2015.
NON-2022-4521-17March2022

Viatris Sdn. Bhd.

Reg. No: 201801018158 (1280174-H)

(formerly known as Upjohn (Malaysia) Sdn. Bhd.)

15-03 & 15-04, Level 15, Imazium,

No. 8, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,

47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603-7733 8005

© 2023 Viatris Inc. - All Rights Reserved

Polisi Peribadi Glosari Utama Mengenai Kami
viatris