Skip to main content

Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.

Laman utama

Main navigation

  • Laman utama
  • Kardiovaskular
    • Tekanan darah tinggi
      • Mengenai tekanan darah tinggi
      • Punca-punca tekanan darah tinggi
      • Tekanan darah waktu pagi | My Health My Life
      • Tekanan darah tinggi dan strok
      • Mengawal tekanan darah tinggi
      • Memastikan kestabilan tekanan darah
    • Strok
    • Kegagalan jantung
    • Serangan jantung
    • Kolesterol tinggi
      • Mengenai Kolesterol Tinggi
      • Faktor risiko kolesterol tinggi
      • Pengurusan kolesterol tinggi
      • Fakta tentang kolesterol
  • Kesakitan
    • Mengenali sakit kepala anda
    • Melindungi belakang anda
    • Sakit belakang
    • Sakit kronik
    • Pusat Sakit Saraf Diabetes
    • Membantu seseorang dalam kesakitan
    • Pusat Sakit Belakang Bahagian Bawah
    • Pusat Sakit Saraf
    • Memahami sakit saraf
    • memahami sakit sendi osteoartritis
    • Mengatasi Kesakitan: Rawatan Biopsikososial
  • Kencing manis
    • Memahami diabetes
    • Faktor risiko diabetes
    • Mengurus Diabetes
    • Komplikasi diabetes
    • Puasa Dan Diabetes
    • Penjagaan bahagian kaki
  • Kehidupan yang sihat
    • Mengekalkan berat badan yang sihat
    • Senaman
    • Diet
    • Mendapatkan tidur yang mencukupi
    • Berhenti merokok
    • Penglibatan sosial dan kesihatan
    • Penyakit kronik dan kemurungan
    • Keletihan
    • Teknik relaksasi
    • Berduduk dan kelemahannya
    • Memahami kemurungan
    • Kesedihan menjejaskan kesihatan
  • Ubat-ubatan
    • Mengenai pematuhan uba
    • Nilai pematuhan ubat
    • Meningkatkan pematuhan ubat
    • Pengambilan ubat berlebihan
  • Petua dan soalan lazim
    • Sebelum mengambil bacaan anda
    • Persediaan melancon
    • Procedur kecemasan
    • Sejarah kesihatan keluarga
    • Penuaan secara sihat
    • Soalan soalan kepada doktor anda
    • Soalan lazim
  • Videos
Melayu (Malaysia)
  • English (Malaysia)
  • Melayu (Malaysia)
  • 中文(中国)

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.

FAQ

Soalan lazim

Ubat tekanan darah tidak menyebabkan ketagihan. Ini menurunkan tekanan darah anda dan mengekalkannya pada tahap stabil sepanjang anda mengambil ubat.

  1. Laman utama
  2. Petua dan soalan lazim
  3. Soalan lazim
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Diabetes
  • Ubat tiruan
  • Ubat generik
  • Jawapan kepada soalan anda tentang ubat preskripsi
  • Rujukan

Tekanan darah tinggi

High blood pressure

  1. Tekanan darah tinggi
    Tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan,1 tetapi perubahan gaya hidup seperti mengekalkan berat badan sihat, kerap bersenam, makan diet, sihat kurangkan makan garam (iaitu makanan yang mengandungi sodium), mendapat rehat yang mencukupi, berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan alkohol boleh membantu anda mengawal tekanan darah anda.
    Namun, jika tekanan darah tinggi anda disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain (seperti tekanan darah tinggi sekunder), tekanan darah anda boleh disembuhkan jika anda berjaya merawat keadaan dasar.1
  2. Adakah ubat tekanan darah boleh menyebabkan ketagihan atau berbahaya kepada badan saya?
    Ubat tekanan darah tidak akan menyebabkan ketagihan. La merendahkan tekanan darah anda dan mengekalkannya pada paras yang stabil selagi anda mengambil ubat. Tekanan darah anda akan naik semula jika anda berhenti mengambilnya. Terdapat ubat yang mungkin akan menyebabkan pening lalat atau pening. Bincanglah dengan doctor anda mengenai kerisauan yang anda alami mengenai ubat yang anda sedang ambil.2,3
  3. Bolehkah saya berhenti mengambil ubat saya jika bacaan tekanan darah saya kembali ke tahap normal?
    Apabila anda mula mengambil ubat anda, kemungkinan besar anda akan tetap mengambil ubat untuk sepanjang hayat anda, walaupun tekanan darah dikawal. La adalah untuk mencegah tekanan darah anda daripada naik semula atau menjadi lebih tinggi. Kawalan tekanan darah yang baik adalah penting untuk mencegah komplikasi.4
  4. Berapa kerap perlu saya berjumpa doktor saya?
    La dinasihatkan untuk anda berjumpa dengan doktor anda sekerapnya (sekali sebulan untuk tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, atau sekali setiap 3–6 bulan jika tekanan darah dikawal dengan baik, iaitu kurang daripada 140/90 mmHg).5

Kolesterol tinggi

High cholesterol
  1. Bolehkah saya menguji kolesterol di rumah?
    Ya, anda boleh menguji kolesterol di rumah dengan menggunakan ujian kolesterol rumah; namun demikian, ujian ini hanya mengukur jumlah kolesterol anda. Jika anda ingin memahami risiko anda menghidap penyakit jantung, anda masih perlu jumpa doktor anda untuk mendapat analisis penuh profil kolesterol anda yang mengandungi paras kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi (high density lipoprotein – HDL), lipoprotein berketumpatan rendah (low-density lipoprotein – LDL) dan trigliserida.6
  2. Apakah yang boleh saya lakukan untuk merendahkan kolesterol saya?
    Tabiat sihat, seperti makan diet sihat, bersenam dan mengekalkan berat badan sihat, boleh merendahkan paras kolesterol anda. Anda juga mungkin akan diberi ubat untuk merendahkan kolesterol oleh doktor anda untuk mendapat kawalan paras kolesterol yang lebih baik.7
  3. Bagaimanakah senaman boleh mempengaruhi paras kolesterol dalam darah?
    Senaman yang boleh mengurangkan berat badan boleh merendahkan paras trigliserida dan meningkatkan paras kolesterol HDL anda.8

Diabetes

Diabetes
  1. Adakah diabetes dapat disembuhkan?
    Sama Seperti tekanan darah tinggi, anda tidak akan sembuh daripada diabetes (kedua-dua jenis 1 dan 2), tetapi perubahan gaya hidup seperti mengekalkan berat badan sihat, kerap bersenam, makan diet yang sihat dan berhenti merokok boleh membantu mengawal diabetes anda.9
  2. Berapa kerap saya patut uji paras glukosa darah saya?
    Kekerapan ujian bergantung kepada jenis ubat yang anda ambil dan keadaan diri anda sendiri. Cadangan untuk pemantauan glukosa darah sendiri ditunjukkan di bawah10:

    faq

    Tanya doktor anda untuk mengetahui kekerapan ujian glukosa darah anda.

  3. Bolehkah saya makan madu jika saya ada diabetes?
    Kajian menunjukkan bahawa makan madu semula jadi boleh memberi manfaat kepada berat badan dan lipid darah mereka yang menghidap diabetes, tetapi ia mungkin juga meningkatkan paras purata kepekatan glukosa darah (glycated haemoglobin – HbA1c). Oleh itu, ia perlu diambil dengan berhati-hati.11
  4. Bolehkah sayan makan pemanis tiruan?
    Pemanis tiruan boleh didapati di dalam minuman diet, bahan dibakar, pencuci mulut yang terbeku, gula, yogurt dan gula-gula getah. Sebagai pengganti gula yang deketahui mengandungi kalori tinggi dan berkarbohidrat, pemanis tiruan didapati mengurangkan pengambilan gula sambil mengurangkan keinginan makan makanan manis.
    Namun demikian, anda perlu ingat bahawa pemanis tiruan adalah 100 kali lebih manis daripada gula biasa. Oleh itu, anda masih perlu mengehadkan pengambilannya.12

Ubat tiruan

Counterfeit_Medicines1

Apakah maksud sebenar ubat tiruan?1

Ubat tiruan atau ubat palsu dikeluarkan dengan menggunakan bahan yang salah atau berbahaya. Ubat ini salah di sisi undang-undang dan mungkin berbahaya pada kesihatan anda. Ia tidak mematuhi Pentadbiran Makanan dan Ubatan (Food Drug and Admnistration - FDA) atau standard peraturan lain atau tidak mengambil langkah lain yang sesuai untuk memastikan ubat-ubat ini selamat dan berkesan.

Counterfeit_Medicines2

Apakah risiko mengambil ubat tiruan ini ?2,3

Salah satu risiko terbesar ubat tiruan ini ialah pesakit mungkin tidak mendapat manfaat terapeutik yang diharapkan daripada produk ini. Contohnya, ubat untuk merendahkan tahap kolesterol anda tidak memberikan manfaat langsung kerana ia tidak mengandungi bahan yang betul. Ubat tiruan mungkin tercemar, tidak mengandungi sebarang ubat, terlalu sedikit atau terlalu banyak ubat malah mungkin mengandungi ubat yang salah. Ubat tiruan ini mungkin mengandungi kapur, serbuk konkrit dan asid borik (atau lebih teruk) dan dijual sebagai ubat sebenar.

Counterfeit_Medicines3

Cara menyedari jika saya telah membeli ubat tiruan?3

Anda amat digalakkan untuk membeli ubat preskripsi daripada farmasi dan ahli farmasi yang dikenali. Dalam sesetengah situasi, anda mungkin mendapati rasa, konsistensi atau rupa yang berbeza daripada biasa. Anda mungkin sukar untuk membezakan ubat yang dibeli adalah tiruan. Ubat tiruan kelihatan serupa dengan ubat yang sebenar.

Counterfeit_Medicines4

Cara mengelakkan daripada membeli ubat tiruan3

Cara terbaik untuk mengelakkan daripada membeli ubat tiruan adalah dengan membeli ubat preskripsi daripada ahli farmasi yang bertauliah di farmasi yang berlesen. Jangan beli ubat daripada farmasi dalam talian atau farmasi yang menjual ubat tanpa preskripsi.

Counterfeit_Medicines5

Langkah seterusnya jika saya menyedari saya telah membeli ubat tiruan3

Sila hubungi doktor anda, kemudian maklumkan ahli farmasi anda, jika anda menyedari sesuatu yang luar biasa atau jika anda mensyaki ubat yang dibeli itu adalah tiruan, anda hendaklah melaporkan kepada pengeluar ubat yang diluluskan.

Ubat generik

1. Apakah maksud ubat generik?1,2,3

  • Ubat generik biasanya ditakrifkan sebagai “salinan” produk ubat berjenama
  • Ubat generik ialah ubat yang dicipta sama seperti ubat berjenama yang telah dipasarkan dari segi dos, keselamatan, kekuatan, cara pengambilan, kualiti, ciri prestasi dan tujuan penggunaan
  • Bahan aktif atau kandungan ubat itu serupa atau "bioekuivalen” (iaitu, sama atau bersamaan dari segi sifat dan penggunaan) dan berfungsi dalam tubuh dengan cara yang sama seperti ubat berjenama
  • Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat atau FDA (Food and Drug Administration) memerlukan ubat generik mengandungi bahan aktif, kekuatan, bentuk dos dan cara pengambilan yang sama seperti ubat berjenama
Drug1

2. Adakah ubat generik selamat dan berkesan seperti ubat berjenama?1,4

  • Syarikat ubat hendaklah menunjukkan bahawa ubat generik itu serupa atau jika tidak, ia mesti bersifat bioekuivalen dengan ubat berjenama dari segi kualiti, kekuatan, ketulenan dan kestabilan yang sama
  • Terdapat beberapa perbezaan antara ubat generik dan ubat berjenama yang dibenarkan seperti bentuk, warna, pembungkusan dan beberapa parameter lain untuk mengambil kira kepelbagaian semasa pengeluaran
Drug2

3. Bagaimanakah ubat generik diluluskan?1,2

  • Syarikat ubat boleh menyerahkan permohonan ubat baharu singkat (Abbreviated New Drug Application - ANDA) untuk mendapat kelulusan agar dapat memasarkan ubat generik yang sama seperti (atau bioekuivalen dengan) versi ubat berjenama. Proses ANDA tidak memerlukan syarikat ubat generik untuk mengulangi penyelidikan ke atas haiwan dan klinikal pada bahan atau bentuk dos yang telah pun diluluskan keselamatan dan keberkesanannya. Namun, syarikat ubat generik hendaklah menyediakan bukti bahan aktif. Untuk mendapatkan kelulusan FDA, ubat generik mesti:
  • mengandungi bahan aktif yang sama seperti ubat berjenama (bahan tidak aktif seperti pengisi dan pewarna mungkin berbeza)
  • serupa dari segi kekuatan, bentuk dos dan cara pengambilan
  • sama dari segi indikasi penggunaan
  • bioekuivalen
  • memenuhi keperluan kelompok yang sama dari segi identiti, kekuatan, ketulenan dan kualiti
  • dikeluarkan di bawah peraturan amalan pengeluaran yang baik yang diperlukan untuk ubat berjenama mengikut standard FDA yang sama
Drug3

4. Mengapakah ubat generik kelihatan berbeza daripada ubat berjenama?4,5

  • Ubat generik mungkin berbeza daripada ubat berjenama dari segi warna, rasa atau pun ciri-ciri yang lain dan FDA memastikan ia tidak menjejaskan cara ubat itu berfungsi
  • Terdapat juga kategori generik yang dipanggil Generik Diizinkan (Authorized Generics) yang serupa dengan ubat berjenama dalam hampir semua aspek (contohnya, saiz, bentuk, warna, rasa, bau, bahan aktif dan tidak aktif). Namun, tablet atau kapsul versi generik yang diizinkan mungkin berbeza warna atau tandanya
drug4

5. Adakah semua ubat berjenama boleh didapati dalam bentuk generik?2,6

  • Bukan semua ubat berjenama mempunyai versi generik
  • Kebanyakan ubat berjenama dihasilkan di bawah perlindungan paten sehingga 20 tahun. Ini bermakna tiada orang lain yang dibenarkan untuk membuat dan menjual ubat itu
  • Apabila paten tamat tempoh, syarikat ubat lain boleh mula menjual versi generik ubat berkenaan. Namun, FDA mesti menguji dan meluluskan ubat itu dahulu
Drug5

6. Bagaimanakah cara saya mengetahui jika ubat berjenama saya mempunyai versi generik?2,6

  • Untuk mengetahui jika ubat berjenama anda mempunyai versi generik, sila tanya doktor atau ahli farmasi anda
  • Pastikan anda berbincang dengan doktor atau ahli farmasi dahulu untuk mengetahui jika ubat generik sesuai untuk anda
Drug6

7. Mengapakah nama ubat berjenama berbeza daripada nama ubat generik?2,6

  • Produk ubat biasanya mempunyai nama kimia, bahan aktif dan nama jenama
  • Apabila ubat ditemui pertama kali, ia diberikan nama kimia yang menghuraikan struktur atom atau molekulnya. Bahan aktif biasanya lebih rumit dan sukar untuk diingati daripada nama jenama
  • Banyak nama generik menggunakan versi trengkas untuk nama kimia, struktur atau formula ubat itu
  • Nama jenama dicipta oleh syarikat dan biasanya lebih pendek dan mudah diingati
Drug7

Jawapan kepada soalan anda tentang ubat preskripsi

1. Saya mengalami simptom yang mungkin berpunca daripada ubat saya. Bolehkah saya mengurangkan pengambilannya?1,2

Prescription_Medicine1
  • Anda tidak boleh mengubah bilangan ubat yang diambil atau berhenti mengambilnya melainkan dibenarkan oleh penyedia penjagaan kesihatan anda. Jika anda fikir ubat anda menyebabkan simptom atau kesan sampingan, maklumkan kepada penyedia penjagaan kesihatan anda. Maklumkan kepada doktor anda tentang masalah kesihatan anda, ubat yang sedang diambil dan sebarang kebimbangan kesihatan yang lain.
  • Anda juga hendaklah memaklumkan sebarang kesan sampingan ubat kepada doktor anda

2. Ubat preskripsi saya tidak menjadikan saya lebih sihat. Bolehkah saya menambah pengambilannya?3,4

Prescription_Medicine2
  • Anda tidak boleh mengubah bilangan ubat yang diambil melainkan diarahkan oleh penyedia penjagaan kesihatan anda
  • Ubat tidak berfungsi dengan cara yang sama untuk setiap individu, jadi maklumkan kepada penyedia penjagaan kesihatan jika anda tidak berasa lebih sihat

3. Ubat preskripsi isian semula saya telah habis. Bolehkah saya berhenti mengambil ubat saya?1,3

Prescription_Medicine3
  • Hanya penyedia penjagaan kesihatan anda yang boleh memaklumkan jika anda tidak lagi perlu mengambil sesuatu ubat
  • Dalam sesetengah situasi, penyedia penjagaan kesihatan mungkin perlu bertemu dengan anda sebelum beliau mempreskripsikan isian semula ubat. Sila ambil perhatian bahawa tindakan berhenti mengambil ubat terlalu cepat boleh menimbulkan masalah kesihatan. Pastikan ubat preskripsi sentiasa diisi semula untuk mengelakkan kehabisan ubat

4. Saya berasa lebih sihat. Adakah saya masih perlu mengambil ubat?3

Prescription_Medicine4
  • Anda tidak boleh mengubah bilangan ubat yang diambil melainkan diarahkan oleh penyedia penjagaan kesihatan anda
  • Ubat tidak berfungsi dengan cara yang sama untuk setiap individu, jadi maklumkan kepada penyedia penjagaan kesihatan jika anda tidak berasa lebih sihat.

5. Saya tidak berasa sakit apabila terlupa mengambil ubat. Adakah situasi ini bermakna saya tidak memerlukannya lagi?3,5,6

Prescription_Medicine5
Prescription_Medicine6
  • Tidak semestinya. Kebanyakan penyakit tidak menunjukkan simptom yang ketara.
  • Contohnya, tekanan darah tinggi, glaukoma yang baru terjadi dan kolesterol tinggi. Malah, jika anda menghidapi salah satu daripada penyakit ini, anda mungkin tidak menyedarinya sehingga dimaklumkan oleh penyedia penjagaan kesihatan anda. Situasi ini menunjukkan bahawa jika anda terlupa satu dos ubat, anda mungkin tidak merasai perbezaannya
  • Jika anda tidak prihatin terhadap masalah kesihatan anda sekarang, anda berkemungkinan menghadapi masalah kesihatan yang lain di masa hadapan. Contohnya, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh mengakibatkan strok, kegagalan jantung, serangan jantung atau kegagalan buah pinggang. Selain itu, jika anda tidak mengambil ubat untuk merawat glaukoma, penglihatan anda mungkin terjejas. Pastikan anda berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum berhenti mengambil ubat

6. Apakah yang saya perlu lakukan jika saya terlupa mengambil ubat?1,4

Prescription_Medicine7
  • Untuk setiap ubat yang dipreskripsikan untuk anda, anda hendaklah berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan tentang perkara untuk dilakukan jika anda terlupa satu dos
  • Setiap ubat yang berbeza mungkin mempunyai arahan yang khusus untuknya

7. Di manakah saya perlu menyimpan ubat saya?7

Prescription_Medicine8Prescription_Medicine9
  • Simpan ubat anda di dalam bekas asal dan letakkannya di tempat yang dingin dan kering. Contohnya, di dalam laci almari, di dalam kotak simpanan atau di rak
  • Haba, cahaya, udara dan kelembapan boleh merosakkan ubat anda, jadi anda tidak digalakkan untuk menyimpan ubat di dalam kabinet bilik air
  • Jika anda menyimpan ubat di dalam kabinet dapur, pastikan ia jauh daripada dapur gas, sinki atau peralatan yang panas
  • Ahli farmasi akan memaklumkan anda jika terdapat arahan penyimpanan khas untuk ubat anda seperti menyimpannya di dalam peti sejuk
  • Sila ingat untuk menyimpan semua ubat agar tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak. Kunci mana-mana kabinet atau laci di tempat anda menyimpan ubat

8. Berapa lamakah saya boleh menyimpan ubat yang lama sekiranya saya perlu mengambilnya lagi kemudian?7,8

Prescription_Medicine9
  • Anda tidak boleh menyimpan ubat yang lama melainkan anda telah berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda
  • Walaupun anda berasa yang anda menghidap penyakit yang sama seperti sebelum ini, penyakit ini mungkin berbeza. Ubat yang lama mungkin tidak lagi berfungsi dengan baik untuk anda. Hanya penyedia penjagaan kesihatan anda yang boleh memutuskan ubat yang anda perlu ambil

9. Ubat saya baru sahaja tamat tempoh. Adakah saya masih boleh mengambilnya?8

Prescription_Medicine10
  • Tidak. Jika ubat telah tamat tempoh, jangan ambil ubat itu
  • Ubat yang telah tamat tempoh mungkin tidak lagi berfungsi dengan baik dan tidak lagi selamat untuk diambil. Pastikan anda menyemak tarikh tamat tempoh pada label
  • Ubat tidak boleh dibuang bersama dengan air buangan atau sisa makanan. Tanya ahli farmasi anda tentang cara membuang ubat yang tidak lagi diperlukan. Langkah ini akan membantu untuk melindungi alam sekitar

Rujukan

  1. Blood Pressure UK. Can I get rid of my high blood pressure? Available at http://www.bloodpressureuk.org/microsites/u40/Home/high/Willitgoaway. Accessed 8 October, 2019.
  2. US HealthWorks. Are blood pressure pills addicting? Available at https://ushealthworks.wordpress.com/2010/10/08/are-blood-pressure-pills-addicting/. Accessed 19 September, 2019.
  3. Cleveland Clinic. Hypertension: Frequently asked questions. Available at https://my.clevelandclinic.org/health/diseases_conditions/hic_hypertension_high_blood_pressure/hic_hypertension_frequently_asked_questions. Accessed 19 September, 2019.
  4. Blood Pressure UK. I’ve been given blood pressure tablets. How long will I have to take them for? Available at http://www.bloodpressureuk.org/microsites/u40/home/treatments/howlongfor. Accessed 19 September, 2019.
  5. Cleveland Clinic. Hypertension: Treatment overview. Available at https://my.clevelandclinic.org/health/diseases_conditions/hic_hypertension_high_blood_pressure/hic_hypertension_treatment_overview. Accessed 19 September, 2019.
  6. WebMD. Accurate or not? At-home cholesterol testing and blood pressure monitors. Available at http://www.webmd.com/cholesterol-management/features/accurate-or-not-at-home-cholesterol-tests-blood-pressure-monitors. Accessed 19 September, 2019.
  7. NHS choices. Lower your cholesterol. Available at http://www.nhs.uk/livewell/healthyhearts/pages/cholesterol.aspx. Accessed 19 September, 2019.
  8. WebMD. Exercises to control your cholesterol. Available at http://www.webmd.com/cholesterol-management/features/exercises-to-control-your-cholesterol. Accessed 19 September, 2019.
  9. WebMD. Is there a diabetes cure. Available at http://www.webmd.com/diabetes/guide/is-there-a-diabetes-cure. Accessed 19 September, 2019.
  10. Ministry of Health Malaysia. Clinical practice guidelines: Management of type 2 diabetes mellitus (5th Edition); 2015.
  11. Bahrami M, et al. Int J Food Sci Nutr 2009;60:618–626.
  12. Cleveland Clinic. Are artificial sweeteners safe for people with diabetes? Available at https://health.clevelandclinic.org/2015/06/are-artificial-sweeteners-safe-for-people-with-diabetes/. Accessed 19 September, 2019.
  13. Counterfeit Medicines | Travelers' Health | CDC [Internet]. Wwwnc.cdc.gov. 2019 [Cited 16 May 2019]. Available from https://wwwnc.cdc.gov/travel/page/counterfeit-medicine
  14. Frequently Asked Questions – Partnership for Safe Medicines [Internet]. Safemedicines.org. 2019 [Cited 16 May 2019]. Available from https://www.safemedicines.org/frequently-asked-questions
  15. A Serious Threat to Patient Safety: Counterfeit Pharmaceuticals [Internet]. www.pfizer.com. 2019 [Cited 16 May 2019]. Available from https://www.pfizer.com/files/products/CounterfeitBrochure.pdf
  16. FDA Fact Sheet. What’s involved in reviewing and approving generic drug applications? [Internet]. Fda.gov. 2019 [Cited 3 May 2019]. Available from https://www.fda.gov/media/99163/download
  17. Generic Drugs: Questions & Answers [Internet]. Fda.gov. 2019 [Cited 3 May 2019]. Available from https://www.fda.gov/drugs/questions-answers/generic-drugs-questions-answers#q1
  18. Facts about generic drugs [Internet]. Fda.gov. 2019 [Cited 3 May 2019]. Available from https://www.fda.gov/media/83670/download
  19. Generic Drugs: Answers to common questions [Internet]. WebMD. 2019 [Cited 3 May 2019]. Available from https://www.webmd.com/healthy-aging/generic-drugs-answers-to-common-questions#1
  20. FDA list of authorized generic drugs [Internet]. Fda.gov. 2019 [Cited 3 May 2019]. Available from https://www.fda.gov/drugs/abbreviated-new-drug-application-anda/fda-list-authorized-generic-drugs
  21. Overview of generic drugs and drug naming-drugs-MSD manual consumer version [Internet]. MSD manual consumer version. 2019 [Cited 3 May 2019]. Available from https://www.msdmanuals.com/en-in/home/drugs/brand-name-and-generic-drugs/overview-of-generic-drugs-and-drug-naming
  22. Medicines and You: A guide for older adults [Internet]. U.S. Food and drug administration. 2019 [Cited 4 July 2019]. Available from https://www.fda.gov/drugs/resources-you/medicines-and-you-guide-older-adults
  23. Learning about Side Effects [Internet]. U.S. Food and drug administration. 2019 [Cited 4 July 2019]. Available from https://www.fda.gov/drugs/drug-information-consumers/finding-and-learning-about-side-effects-adverse-reactions
  24. When you feel like changing your medicine: MedlinePlus Medical Encyclopedia [Internet]. Medlineplus.gov. 2019 [Cited 4 July 2019]. Available from https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000616.htm
  25. Medications & Safety | Cleveland Clinic [Internet]. Cleveland Clinic. 2019 [Cited 4 July 2019]. Available from https://my.clevelandclinic.org/health/articles/4940-taking-medications-what-you-need-to-know-to-stay-safe
  26. High Blood Pressure | Hypertension | MedlinePlus [Internet]. Medlineplus.gov. 2019 [Cited 4 July 2019]. Available from https://medlineplus.gov/highbloodpressure.html
  27. Glaucoma | Blindness | MedlinePlus [Internet]. Medlineplus.gov. 2019 [Cited 4 July 2019]. Available from https://medlineplus.gov/glaucoma.html
  28. Storing your medicines: MedlinePlus Medical Encyclopedia [Internet]. Medlineplus.gov. 2019 [Cited 4 July 2019]. Available from https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000534.htm
  29. Don’t be tempted to use expired medicines [Internet]. U.S. Food and drug administration. 2019 [Cited 4 July 2019]. Available from https://www.fda.gov/drugs/special-features/dont-be-tempted-use-expired-medicines
NON-2022-4521-17March2022

Viatris Sdn. Bhd.

Reg. No: 201801018158 (1280174-H)

(formerly known as Upjohn (Malaysia) Sdn. Bhd.)

15-03 & 15-04, Level 15, Imazium,

No. 8, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,

47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603-7733 8005

© 2023 Viatris Inc. - All Rights Reserved

Polisi Peribadi Glosari Utama Mengenai Kami
viatris