Skip to main content

Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.

Laman utama

Main navigation

  • Laman utama
  • Kardiovaskular
    • Tekanan darah tinggi
      • Mengenai tekanan darah tinggi
      • Punca-punca tekanan darah tinggi
      • Tekanan darah waktu pagi | My Health My Life
      • Tekanan darah tinggi dan strok
      • Mengawal tekanan darah tinggi
      • Memastikan kestabilan tekanan darah
    • Strok
    • Kegagalan jantung
    • Serangan jantung
    • Kolesterol tinggi
      • Mengenai Kolesterol Tinggi
      • Faktor risiko kolesterol tinggi
      • Pengurusan kolesterol tinggi
      • Fakta tentang kolesterol
  • Kesakitan
    • Mengenali sakit kepala anda
    • Melindungi belakang anda
    • Sakit belakang
    • Sakit kronik
    • Pusat Sakit Saraf Diabetes
    • Membantu seseorang dalam kesakitan
    • Pusat Sakit Belakang Bahagian Bawah
    • Pusat Sakit Saraf
    • Memahami sakit saraf
    • memahami sakit sendi osteoartritis
    • Mengatasi Kesakitan: Rawatan Biopsikososial
  • Kencing manis
    • Memahami diabetes
    • Faktor risiko diabetes
    • Mengurus Diabetes
    • Komplikasi diabetes
    • Puasa Dan Diabetes
    • Penjagaan bahagian kaki
  • Kehidupan yang sihat
    • Mengekalkan berat badan yang sihat
    • Senaman
    • Diet
    • Mendapatkan tidur yang mencukupi
    • Berhenti merokok
    • Penglibatan sosial dan kesihatan
    • Penyakit kronik dan kemurungan
    • Keletihan
    • Teknik relaksasi
    • Berduduk dan kelemahannya
    • Memahami kemurungan
    • Kesedihan menjejaskan kesihatan
  • Ubat-ubatan
    • Mengenai pematuhan uba
    • Nilai pematuhan ubat
    • Meningkatkan pematuhan ubat
    • Pengambilan ubat berlebihan
  • Petua dan soalan lazim
    • Sebelum mengambil bacaan anda
    • Persediaan melancon
    • Procedur kecemasan
    • Sejarah kesihatan keluarga
    • Penuaan secara sihat
    • Soalan soalan kepada doktor anda
    • Soalan lazim
  • Videos
Melayu (Malaysia)
  • English (Malaysia)
  • Melayu (Malaysia)
  • 中文(中国)

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.

About medication adherence and compliance

Mengenai pematuhan ubat

Kepatuhan yang tidak baik kepada piawaian penjagaan yang diakui ialah sebab utama disebalik perkembangan komplikasi diabetes.4 Halangan yang paling besar adalah komplians kepada terapi insulin.7

  1. Laman utama
  2. Ubat-ubatan
  3. Mengenai pematuhan uba
  • Apakah maksud kepatuhan dan komplians?
  • Kekerapan kepatuhan kepada ubat
  • Bagaimanakah penyakit jangka masa panjang dikaitkan dengan kepatuhan dan komplians?
  • Kenapakah pesakit tidak mengambil ubat mereka seperti yang diarahkan?
  • Rujukan

Apakah maksud kepatuhan dan komplians?

What exactly do compliance and adherence mean

Komplians memberi gambaran hubungan satu hala, di mana doktor memberi regimen perubatan dan pesakit dihendaki mengikuti arahan doktor.1 Manakala, kepatuhan adalah “penglibatan pesakit yang aktif, secara sukarela, dan bekerjasama dengan tingkahlaku yang dapat diterima secara bersamaan untuk menghasilkan keputusan terapeutik”. Dengan ini, pesakit berkongsi dalam membuat keputusan dengan penjagaan kesihatan, dan kedua-dua pesakit dan pakar kesihatan bersetuju dengan sasaran rawatan dan regimen perubatan tersebut.1,2

Kepatuhan kepada terapi adalah sangat penting dalam pengurusan penyakit jangka masa panjang seperti penyakit jantung dan diabetes.3 Pertubuhan Kesihatan Sedunia menakrifkan kepatuhan kepada terapi jangka masa panjang sebagai “tahap tingkahlaku seseorang – mengambil ubat, mengikuti diet, dan/atau menjalani perubahan gaya hidup, selaras dengan cadangan yang disetujui dari pakar penjagaan kesihatan”.4

What exactly do compliance and adherence mean_

Kepatuhan kepada ubat boleh dinilai berdasarkan cara-cara secara langsung dan tidak langsung2:

Contoh-contoh secara langsung: Pekerja kesihatan memerhatikan pesakit mengambil setiap dos ubat, ukuran paras ubat di dalam darah.

Contoh secara tidak langsung: Kajian, diari, laporan pesakit, kadar pengisian semula di farmasi, kiraan pil, pemantauan tindak balas klinikal dan data elektronik.

Kekerapan kepatuhan kepada ubat

Prevalence of adherence to medications

Dalam negara-negara maju, kepatuhan dalam kalangan pesakit dengan penyakit jangka masa panjang seperti tekanan darah (blood pressure – BP) tinggi adalah hanya 50% secara purata, dan nombor ini dianggap lebih teruk dalam negara-negara membangun.4

Prevalence of adherence to medications

Di Malaysia, kepatuhan yang baik kepada ubat BP tinggi didapati berada pada 53.4%.5

Prevalence of adherence to medications

Di Amerika Syarikat, 65.4% pesakit-pesakit diabetes tahap 2 mencapai kadar kepatuhan 80% atau lebih pada tahun pertama terapi ubat.6

Prevalence of adherence to medications

Satu kajian menunjukkan bahawa 2 tahun selepas dimasukkan ke hospital untuk sindrom akut koronari (acute coronary syndrome); contohnya, serangan jantung atau sakit dada yang tidak dijangka), hanya sebanyak 40% pesakit terus mengambil ubat statin (ubat menurunkan kolesterol).2

 

Tiada kepatuhan boleh dilihat melalui banyak cara, contohnya, dengan tidak mengisi semula preskripsi baru atau mengambil dos yang kurang daripada yang dicadangkan oleh doktor. Lanya didapati bahawa 20–22% daripada preskripsi baru untuk penyakit jangka masa panjang seperti BP tinggi, diabetes dan kolesterol tinggi tidak diisi.3

Bagaimanakah penyakit jangka masa panjang dikaitkan dengan kepatuhan dan komplians?

How are long-term diseases related to adherence and compliance

Kepatuhan yang tidak baik kepada piawaian penjagaan yang diakui ialah sebab utama disebalik perkembangan komplikasi diabetes.4 Halangan yang paling besar adalah komplians kepada terapi insulin.7

Sama juga, sebab utama kegagalan mengawal tekanan darah(blood pressure – BP) tinggi ialah kepatuhan yang tidak baik. La dianggarkan bahawa kepatuhan yang buruk menyumbang kepada lebih daripada dua pertiga jumlah orang yang mengalami BP tinggi.4 Tiada komplians kepada ubat boleh menyebabkan BP tidak mencapai sasaran walaupun diberi preskripsi sehingga tiga jenis ubat BP.8

Kadar BP tinggi, diabetes dan kolesterol tinggi yang tidak terkawal di Malaysia

  • BP tinggi: Hanya 35% pesakit mencapai kawalan BP semasa dirawat.8
  • Diabetes: Dalam klinik kerajaan, hanya 23.8% pesakit dengan diabetes tahap 2 mencapai sasaran HbA1c negara.9
  • Kolesterol tinggi: Dalam kalangan pesakit dengan diabetes tahap 2, hanya 28.5% mencapai sasaran jumlah kolesterol dan 37.8% mencapai sasaran kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (“buruk”) masing-masing.9

Kenapakah pesakit tidak mengambil ubat mereka seperti yang diarahkan?

Kenapakah pesakit tidak mengambil ubat mereka seperti yang diarahkan?
  • Ubat adalah untuk penyakit yang tidak menyebabkan mereka mengalami apa-apa simptom, contohnya, tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi3
  • Kurang pemahaman mengenai penyakit3
  • Sifat pelupa10
  • Tidak faham atau keliru mengenai arahan, contohnya, bagaimana dan bila masa untuk diambil.11

Why dont people take their medications as directed

  • Tidak yakin ubat berkesan10
  • Tidak yakin ubat sedang berfungsi10
  • Terdapat kesan sampingan10,11
  • Takut (contohnya, kebergantungan kepada ubat atau kesan sampingan)11

Why dont people take their medications as directed

  • Jangka masa atau kerumitan rawatan11
  • Terpaksa mengambil ubat beberapa kali dalam sehari3
  • Kesukaran dalam mengambil ubat (sebagai contoh, keliru mengenai penggunaan suntikan atau ubat sedut10
Why dont people take their medications as directed
  • Hubungan yang tidak baik di antara pesakit dan pakar kesihatan3
  • Terlepas temu janji dengan doktor3
  • Harga ubat (terlalu mahal)11

Rujukan

  1. Gould E, Mitty E. Geriatr Nurs 2010;31:290–298.
  2. Ho PM, et al. Circulation 2009;119:3028–3035.
  3. PhRMA. Improving prescription medicine adherence is key to better health care. Available at https://www.phrma.org/-/media/Project/PhRMA/PhRMA-Org/PhRMA-Org/PDF/Patient_Savings_Programs_FINAL_062413.pdf. Accessed 8 October, 2019.
  4. World Health Organizaion. Adherence to long-term therapies: Evidence for action [Updated 2003]. Available at http://www.who.int/chp/knowledge/publications/adherence_full_report.pdf. Accessed 19 September, 2019.
  5. Ramli A, et al. Patient prefer adherence 2012;6:613–622.
  6. Briesacher BA, et al. Pharmacotherapy 2008;28:437–443.
  7. Ministry of Health Malaysia. Clinical practice guidelines: Management of type 2 diabetes mellitus (5th Edition); 2015.
  8. Ministry of Health Malaysia. Clinical practice guidelines: Management of hypertension (4th Edition); 2013.
  9. Feisul I, Azmi S. National Diabetes Registry, 2009–2012. Putrajaya: Non-communicable disease section, Disease control division, Department of public health, Ministry of Health Malaysia; 2013.
  10. American Heart Assocation. Medication adherence–taking your meds as directed. Available at http://www.heart.org/heartorg/conditions/more/consumerhealthcare/medication-adherence---taking-your-meds-as-directed_ucm_453329_article.jsp#.VuJnIPyUfHQ. Accessed 19 September, 2019.
  11. National Stroke Association. Medication adherence and compliance. Available at https://www.stroke.org/en/health-topics/consumer-healthcare/medication-information/medication-adherence-taking-your-meds-as-directed. Accessed 8 October, 2019.
NON-2022-4521-17March2022

Viatris Sdn. Bhd.

Reg. No: 201801018158 (1280174-H)

(formerly known as Upjohn (Malaysia) Sdn. Bhd.)

15-03 & 15-04, Level 15, Imazium,

No. 8, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,

47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603-7733 8005

© 2023 Viatris Inc. - All Rights Reserved

Polisi Peribadi Glosari Utama Mengenai Kami
viatris