Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.
Faktor risiko kolesterol tinggi
Kolesterol tinggi biasanya tiada simptom. Ujian darah yang memeriksa profil lipid adalah satu-satunya cara mengesan kolesterol tinggi.2 Orang dengan penyakit lipid yang nadir boleh mengalami simptom seperti bonggol-bonggol pada permukaan kulit, tangan atau kaki. Simptom-simptom ini biasanya disebabkan pemendapan kolesterol berlebihan dan lemak-lemak yang lain.3
Apakan faktor-faktor risiko untuk kolesterol tinggi?
Terdapat banyak faktor risiko untuk kolesterol tinggi. Lanya penting untuk perhatikan gaya hidup anda dan sebarang keadaan kesihatan yang tersirat.
Bagaimanakah saya boleh kenal pasti jika saya ada kolesterol tinggi?
Kolesterol tinggi biasanya tiada simptom. Ujian darah yang memeriksa profil lipid adalah satu-satunya cara mengesan kolesterol tinggi.2
Orang dengan penyakit lipid yang nadir boleh mengalami simptom seperti bonggol-bonggol pada permukaan kulit, tangan atau kaki. Simptom-simptom ini biasanya disebabkan pemendapan kolesterol berlebihan dan lemak-lemak yang lain.3
Bila masanya untuk memeriksa kolesterol tinggi?
Anda disyorkan untuk memeriksa tahap kolestrol sekiranya anda berumur lebih daripada 20 tahun. Jika keputusan ujian anda adalah normal, doktor anda mungkin akan mengesyorkan untuk anda menjalankan ujian pemeriksaan setiap 5 tahun. Jika keputusan ujian anda adalah tidak normal, doktor anda mungkan akan mengesyorkan anda mendapat pemeriksaan yang lebih kerap. Doktor anda juga mungkin akan mencadangkan anda membuat pemeriksaan yang lebih kerap jika anda mempunyai faktor-faktor risiko kolesterol tinggi.2
Dapatkan maklumat lanjut mengenai cara memahami keputusan ujian anda di sini.
Apakah kaitan di antara merokok dan kolesterol tinggi?
Merokok atau bernafas asap rokok (asap rokok sekunder) meningkatkan risiko menghidap penyakit jantung dan paru-paru di antara pesakit-pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan/atau diabetes (kencing manis). Merokok merendahkan paras lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), merosakkan lapisan saluran darah dan meningkatkan risiko mendapat arterosklerosis.4 La adalah sangat bermanfaat untuk berhenti merokok untuk memperbaiki kesihatan anda.
Apakah kaitan di antara diabetes dan kolesterol tinggi?
Jika anda menghidap diabetes (kencing manis), anda perlu lebih berhati-hati menjaga paras kolesterol anda. Diabetes dan kolesterol tinggi meningkatkan risiko anda menghidap penyakit jantung dan strok sebanyak dua kali ganda. Menurut panduan Persatuan Diabetes America (American Diabetes Association), pesakit-pesakit diabetes perlu mencapai sasaran kolesterol yang lebih rendah daripada pesakit yang tidak menghidap diabetes.5