- Laman utama
- Kencing manis
- Penjagaan bahagian kaki
Mengapa orang yang menghidap diabetes mudah bermasalah di kaki
Pesakit diabetes lazim menghadapi masalah kaki1. Diabetes boleh menyebabkan dua masalah pada kaki anda1,2,3:
Kerosakan Saraf atau Neuropati
- Diabetes tidak terkawal boleh merosakkan saraf anda (kaki dan tapak kaki) dan menyebabkan anda tidak berasa panas, sejuk atau sakit. Ketiadaan rasa ini dipanggil neuropati diabetes
- Jika anda tidak berasa pedih atau sakit pada kaki disebabkan neuropati, luka tersebut akan menjadi lebih teruk dan dijangkiti kuman
Aliran Darah Lemah
- Diabetes juga menjejaskan aliran darah yang mengakibatkan sakit atau luka lambat sembuh
- Peredaran yang lemah boleh menyebabkan jangkitan kaki. Diabetes mengakibatkan saluran darah di tapak kaki dan kaki menjadi sempit dan keras
- Aliran darah yang lemah di lengan dan kaki dipanggil penyakit arteri periferi
Perubahan Kulit
- Diabetes menyebabkan tapak kaki menjadi kering, pecah dan mengelupas.
- Kematu terbentuk lebih cepat dan ulser terbentuk di tumit atau di bola kaki atau di bahagian bawah ibu jari kaki
Kecacatan
- Kerosakan saraf akibat diabetes boleh mencetuskan perubahan pada bentuk kaki dan menyebabkan kecacatan
- Orang berpenyakit diabetes dan masalah kaki yang sedia ada (seperti ibu jari tukul, jari kaki bertindih atau bunion) lebih cenderung mendapat jangkitan
Menjaga kaki anda<sup>3,4</sup>
Terdapat beberapa perkara untuk menjaga kaki anda—berikut ialah beberapa petua yang berguna:

Jaga diabetes anda
Pastikan anda mengekalkan gula darah anda dalam julat yang doktor sarankan. Bekerjasama dengan pasukan penjagaan kesihatan anda untuk mengendalikan diabetes dan mencegah komplikasi

Periksa kaki anda setiap hari
Perhatikan bintik merah, luka, bengkak dan lepuh pada kaki anda. Jika anda tidak dapat melihat bahagian bawah kaki, gunakan cermin atau minta pertolongan daripada orang lain

Cuci kaki anda
Cuci kaki anda di dalam air suam setiap hari dengan menggunakan sabun yang lembut. Jangan rendam kaki anda. Keringkan kaki terutamanya di antara jari-jari kaki

Pastikan kulit anda lembut dan licin
Sapukan lapisan nipis losyen kulit di bahagian atas dan bawah kaki anda tetapi bukan di antara jari kaki. Licinkan kematu di atas jari kaki dan kematu di bawah kaki dengan kepingan emeri atau batu pumis

Potong kuku jari kaki anda
Jika anda dapat melihatnya, potong kuku secara tegak atau gunakan kepingan emeri untuk mengikirnya. Jika anda tidak dapat melakukannya, minta pertolongan daripada orang lain

Pakai kasut dan stoking pada setiap masa
Pastikan anda memakai kasut atau selipar bertutup. Jangan pakai sandal. Jangan berkaki ayam, walaupun di dalam rumah

Pakai kasut yang muat dan sesuai
Beli sepasang kasut yang dibuat daripada kanvas atau kulit dan regangkannya perlahan-lahan

Lindungi kaki anda daripada panas dan sejuk
Pakai kasut di pantai atau di turapan yang panas. Pakai stoking di waktu malam jika kaki berasa sejuk.

Pastikan darah mengalir ke kaki anda
Angkat kaki semasa duduk, gerakkan jari kaki dan buku lali beberapa kali sehari dan jangan silang kaki untuk tempoh yang lama

Berhenti merokok
Merokok boleh memudaratkan lagi pengaliran darah anda.
Minta doktor membuat pemeriksaan kaki anda<sup>1,3</sup>
Hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda mengalami sebarang masalah berikut:
Luka, lepuh atau lebam pada kaki yang tidak sembuh selepas beberapa hari
Perubahan warna kulit atau suhu kulit
Kulit kaki menjadi merah, berasa hangat atau sakit—tanda-tanda terkena jangkitan
Kuku cekam atau jari kaki dijangkiti fungus atau kulat
Bau kaki yang luar biasa dan/atau busuk
Kaki menjadi hitam dan busuk akibat jangkitan—tanda-tanda anda menghidap gangren
Jika anda bertindak lebih pantas untuk menghubungi penyedia penjagaan kesihatan atau pakar kaki anda untuk mengenal pasti masalah, anda akan dapat menanganinya dengan lebih baik. Sila ingat bahawa anda merupakan anggota pasukan penjagaan kesihatan yang utama dalam urusan penjagaan kaki.
Rujukan
- Diabetes and Foot Problems | NIDDK [Internet]. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. 2019 [Cited 17 April 2019]. Available from https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/preventing-problems/foot-problems
- Foot Complications [Internet]. American Diabetes Association. 2019 [cited 22 April 2019]. Available from http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/complications/foot-complications/
- Diabetes: Foot & Skin Related Complications Prevention | Cleveland Clinic [Internet]. Cleveland Clinic. 2019 [Cited 17 April 2019]. Available from https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9492-diabetes-foot--skin-related-complications/prevention
- Foot Care [Internet]. American Diabetes Association. 2019 [Cited 17 April 2019]. Available from http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/complications/foot-complications/foot-care.html