Skip to main content

Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.

Laman utama

Main navigation

  • Laman utama
  • Kardiovaskular
    • Tekanan darah tinggi
      • Mengenai tekanan darah tinggi
      • Punca-punca tekanan darah tinggi
      • Tekanan darah waktu pagi | My Health My Life
      • Tekanan darah tinggi dan strok
      • Mengawal tekanan darah tinggi
      • Memastikan kestabilan tekanan darah
    • Strok
    • Kegagalan jantung
    • Serangan jantung
    • Kolesterol tinggi
      • Mengenai Kolesterol Tinggi
      • Faktor risiko kolesterol tinggi
      • Pengurusan kolesterol tinggi
      • Fakta tentang kolesterol
  • Kesakitan
    • Mengenali sakit kepala anda
    • Melindungi belakang anda
    • Sakit belakang
    • Sakit kronik
    • Pusat Sakit Saraf Diabetes
    • Membantu seseorang dalam kesakitan
    • Pusat Sakit Belakang Bahagian Bawah
    • Pusat Sakit Saraf
    • Memahami sakit saraf
    • memahami sakit sendi osteoartritis
    • Mengatasi Kesakitan: Rawatan Biopsikososial
  • Kencing manis
    • Memahami diabetes
    • Faktor risiko diabetes
    • Mengurus Diabetes
    • Komplikasi diabetes
    • Puasa Dan Diabetes
    • Penjagaan bahagian kaki
  • Kehidupan yang sihat
    • Mengekalkan berat badan yang sihat
    • Senaman
    • Diet
    • Mendapatkan tidur yang mencukupi
    • Berhenti merokok
    • Penglibatan sosial dan kesihatan
    • Penyakit kronik dan kemurungan
    • Keletihan
    • Teknik relaksasi
    • Berduduk dan kelemahannya
    • Memahami kemurungan
    • Kesedihan menjejaskan kesihatan
  • Ubat-ubatan
    • Mengenai pematuhan uba
    • Nilai pematuhan ubat
    • Meningkatkan pematuhan ubat
    • Pengambilan ubat berlebihan
  • Petua dan soalan lazim
    • Sebelum mengambil bacaan anda
    • Persediaan melancon
    • Procedur kecemasan
    • Sejarah kesihatan keluarga
    • Penuaan secara sihat
    • Soalan soalan kepada doktor anda
    • Soalan lazim
  • Videos
Melayu (Malaysia)
  • English (Malaysia)
  • Melayu (Malaysia)
  • 中文(中国)

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.

Good Diabetes Foot Care

Penjagaan bahagian kaki

Diabetes tidak terkawal boleh merosakkan saraf anda (kaki dan tapak kaki) dan menyebabkan anda tidak berasa panas, sejuk atau sakit.

  1. Laman utama
  2. Kencing manis
  3. Penjagaan bahagian kaki
  • Mengapa orang yang menghidap diabetes mudah bermasalah di kaki
  • Menjaga kaki anda3,4
  • Minta doktor membuat pemeriksaan kaki anda1,3
  • Rujukan

Mengapa orang yang menghidap diabetes mudah bermasalah di kaki

Pesakit diabetes lazim menghadapi masalah kaki1. Diabetes boleh menyebabkan dua masalah pada kaki anda1,2,3:

Kerosakan Saraf atau Neuropati

  • Diabetes tidak terkawal boleh merosakkan saraf anda (kaki dan tapak kaki) dan menyebabkan anda tidak berasa panas, sejuk atau sakit. Ketiadaan rasa ini dipanggil neuropati diabetes
  • Jika anda tidak berasa pedih atau sakit pada kaki disebabkan neuropati, luka tersebut akan menjadi lebih teruk dan dijangkiti kuman

Aliran Darah Lemah

  • Diabetes juga menjejaskan aliran darah yang mengakibatkan sakit atau luka lambat sembuh
  • Peredaran yang lemah boleh menyebabkan jangkitan kaki. Diabetes mengakibatkan saluran darah di tapak kaki dan kaki menjadi sempit dan keras
  • Aliran darah yang lemah di lengan dan kaki dipanggil penyakit arteri periferi

Perubahan Kulit

  • Diabetes menyebabkan tapak kaki menjadi kering, pecah dan mengelupas.
  • Kematu terbentuk lebih cepat dan ulser terbentuk di tumit atau di bola kaki atau di bahagian bawah ibu jari kaki

Kecacatan

  • Kerosakan saraf akibat diabetes boleh mencetuskan perubahan pada bentuk kaki dan menyebabkan kecacatan
  • Orang berpenyakit diabetes dan masalah kaki yang sedia ada (seperti ibu jari tukul, jari kaki bertindih atau bunion) lebih cenderung mendapat jangkitan

Menjaga kaki anda3,4

Terdapat beberapa perkara untuk menjaga kaki anda—berikut ialah beberapa petua yang berguna:

blood

Jaga diabetes anda

Pastikan anda mengekalkan gula darah anda dalam julat yang doktor sarankan. Bekerjasama dengan pasukan penjagaan kesihatan anda untuk mengendalikan diabetes dan mencegah komplikasi

FEET

Periksa kaki anda setiap hari

Perhatikan bintik merah, luka, bengkak dan lepuh pada kaki anda. Jika anda tidak dapat melihat bahagian bawah kaki, gunakan cermin atau minta pertolongan daripada orang lain

wash

Cuci kaki anda

Cuci kaki anda di dalam air suam setiap hari dengan menggunakan sabun yang lembut. Jangan rendam kaki anda. Keringkan kaki terutamanya di antara jari-jari kaki

cream

Pastikan kulit anda lembut dan licin

Sapukan lapisan nipis losyen kulit di bahagian atas dan bawah kaki anda tetapi bukan di antara jari kaki. Licinkan kematu di atas jari kaki dan kematu di bawah kaki dengan kepingan emeri atau batu pumis

nail

Potong kuku jari kaki anda

Jika anda dapat melihatnya, potong kuku secara tegak atau gunakan kepingan emeri untuk mengikirnya. Jika anda tidak dapat melakukannya, minta pertolongan daripada orang lain

socks

Pakai kasut dan stoking pada setiap masa

Pastikan anda memakai kasut atau selipar bertutup. Jangan pakai sandal. Jangan berkaki ayam, walaupun di dalam rumah

shoes

Pakai kasut yang muat dan sesuai

Beli sepasang kasut yang dibuat daripada kanvas atau kulit dan regangkannya perlahan-lahan

slipper

Lindungi kaki anda daripada panas dan sejuk

Pakai kasut di pantai atau di turapan yang panas. Pakai stoking di waktu malam jika kaki berasa sejuk.

cross legs

Pastikan darah mengalir ke kaki anda

Angkat kaki semasa duduk, gerakkan jari kaki dan buku lali beberapa kali sehari dan jangan silang kaki untuk tempoh yang lama

smoking

Berhenti merokok

Merokok boleh memudaratkan lagi pengaliran darah anda.

Minta doktor membuat pemeriksaan kaki anda1,3

Hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda mengalami sebarang masalah berikut:

Luka, lepuh atau lebam pada kaki yang tidak sembuh selepas beberapa hari

Perubahan warna kulit atau suhu kulit

Kulit kaki menjadi merah, berasa hangat atau sakit—tanda-tanda terkena jangkitan

Kuku cekam atau jari kaki dijangkiti fungus atau kulat

Bau kaki yang luar biasa dan/atau busuk

Kaki menjadi hitam dan busuk akibat jangkitan—tanda-tanda anda menghidap gangren

Jika anda bertindak lebih pantas untuk menghubungi penyedia penjagaan kesihatan atau pakar kaki anda untuk mengenal pasti masalah, anda akan dapat menanganinya dengan lebih baik. Sila ingat bahawa anda merupakan anggota pasukan penjagaan kesihatan yang utama dalam urusan penjagaan kaki.

Rujukan

  1. Diabetes and Foot Problems | NIDDK [Internet]. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. 2019 [Cited 17 April 2019]. Available from https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/preventing-problems/foot-problems
  2. Foot Complications [Internet]. American Diabetes Association. 2019 [cited 22 April 2019]. Available from http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/complications/foot-complications/
  3. Diabetes: Foot & Skin Related Complications Prevention | Cleveland Clinic [Internet]. Cleveland Clinic. 2019 [Cited 17 April 2019]. Available from https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9492-diabetes-foot--skin-related-complications/prevention
  4. Foot Care [Internet]. American Diabetes Association. 2019 [Cited 17 April 2019]. Available from http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/complications/foot-complications/foot-care.html
NON-2022-4521-17March2022

Viatris Sdn. Bhd.

Reg. No: 201801018158 (1280174-H)

(formerly known as Upjohn (Malaysia) Sdn. Bhd.)

15-03 & 15-04, Level 15, Imazium,

No. 8, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,

47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603-7733 8005

© 2023 Viatris Inc. - All Rights Reserved

Polisi Peribadi Glosari Utama Mengenai Kami
viatris