Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.
Faktor risiko diabetes
Jika anda ada mana-mana simptom diabetes, ia adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda dengan segera untuk ujian diabetes. Jika keputusan anda adalah negatif, doktor anda mungkin akan mencadangkan anda dapatkan ujian susulan setiap 3 tahun.5
Apakah faktor-faktor risiko untuk diabetes?
Terdapat banyak faktor risiko untuk diabetes. La adalah penting untuk memerhatikan gaya hidup dan apa-apa penyakit yang mungkin anda hadapi.
Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya ada diabetes?
Kebanyakan simptom-simptom diabetes disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi. Diabetes jenis 1 dan 2 berkongsi beberapa simptom-simptom yang nyata.3
Simptom-simptom biasa dalam diabetes jenis 1 dan 2:
Keletihan/ kelesuan
Perasaan lapar dan dahaga bertambah
Sering membuang air kecil
Mulut kering
Kulit gatal
Penglihatan kabur
Simptom-simptom lain diabetes jenis 1:
Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelas
Loya dan muntah
Simptom-simptom lain diabetes jenis 2:
Jangkitan yis di antara jejari dan jari kaki, di bawah payudara, dalam atau sekeliling organ-organ seks
Luka atau kudis yang lambat sembuh
Kesakitan atau kekebasan di kaki atau betis
Selain daripada diabetes jenis 1 dan 2, wanita hamil boleh mendapat diabetes gestasi semasa kehamilan.4 Diabetes gestasi biasanya berlaku untuk jangka masa pendek dan tidak menunjukkan simptom-simptom, namun, anda mungkin akan mengalami simptom-simptom sama seperti yang tertera di atas untuk diabetes jenis 1 dan 2.
Bilakah masa untuk memeriksa diabetes?
Jika anda ada mana-mana simptom diabetes, ia adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda dengan segera untuk ujian diabetes. Jika keputusan anda adalah negatif, doktor anda mungkin akan mencadangkan anda dapatkan ujian susulan setiap 3 tahun.5 Jika keputusan anda positif, doktor anda akan merujuk anda untuk mendapat jagaan dan rawatan diabetes.
Apakah kaitan di antara merokok dan diabetes?
Perokok dan perokok sekunder lebih cenderung (30–40%) mendapat diabetes jenis 2 berbanding dengan orang yang tidak merokok.6 Mereka juga cenderung ada masalah mengawal keadaan diabetes dan menyesuaikan diri dengan dos insulin. Jika anda ada diabetes dan merokok, anda lebih cenderung mendapat kerumitan kesihatan yang teruk berbanding dengan pesakit diabetes yang tidak merokok. La adalah sangat berfaedah kepada kesihatan anda jika anda berhenti merokok.