Skip to main content

Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.

Laman utama

Main navigation

  • Laman utama
  • Kardiovaskular
    • Tekanan darah tinggi
      • Mengenai tekanan darah tinggi
      • Punca-punca tekanan darah tinggi
      • Tekanan darah waktu pagi | My Health My Life
      • Tekanan darah tinggi dan strok
      • Mengawal tekanan darah tinggi
      • Memastikan kestabilan tekanan darah
    • Strok
    • Kegagalan jantung
    • Serangan jantung
    • Kolesterol tinggi
      • Mengenai Kolesterol Tinggi
      • Faktor risiko kolesterol tinggi
      • Pengurusan kolesterol tinggi
      • Fakta tentang kolesterol
  • Kesakitan
    • Mengenali sakit kepala anda
    • Melindungi belakang anda
    • Sakit belakang
    • Sakit kronik
    • Pusat Sakit Saraf Diabetes
    • Membantu seseorang dalam kesakitan
    • Pusat Sakit Belakang Bahagian Bawah
    • Pusat Sakit Saraf
    • Memahami sakit saraf
    • memahami sakit sendi osteoartritis
    • Mengatasi Kesakitan: Rawatan Biopsikososial
  • Kencing manis
    • Memahami diabetes
    • Faktor risiko diabetes
    • Mengurus Diabetes
    • Komplikasi diabetes
    • Puasa Dan Diabetes
    • Penjagaan bahagian kaki
  • Kehidupan yang sihat
    • Mengekalkan berat badan yang sihat
    • Senaman
    • Diet
    • Mendapatkan tidur yang mencukupi
    • Berhenti merokok
    • Penglibatan sosial dan kesihatan
    • Penyakit kronik dan kemurungan
    • Keletihan
    • Teknik relaksasi
    • Berduduk dan kelemahannya
    • Memahami kemurungan
    • Kesedihan menjejaskan kesihatan
  • Ubat-ubatan
    • Mengenai pematuhan uba
    • Nilai pematuhan ubat
    • Meningkatkan pematuhan ubat
    • Pengambilan ubat berlebihan
  • Petua dan soalan lazim
    • Sebelum mengambil bacaan anda
    • Persediaan melancon
    • Procedur kecemasan
    • Sejarah kesihatan keluarga
    • Penuaan secara sihat
    • Soalan soalan kepada doktor anda
    • Soalan lazim
  • Videos
Melayu (Malaysia)
  • English (Malaysia)
  • Melayu (Malaysia)
  • 中文(中国)

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.

Sebelum mengambil bacaan anda

Memantau paras glukosa darah anda penting jika anda ada diabetes. Anda boleh memantau paras glukosa darah anda melalui dua cara, iaitu ujian HbA1c dan ujian glukosa darah.6 Ujian HbA1c menunjukkan purata paras glukosa darah anda untuk 3 bulan sebelumnya.7

  1. Laman utama
  2. Petua dan soalan lazim
  3. Sebelum mengambil bacaan anda
  • Apa yang perlu diketahui sebelum saya mula mengukur tekanan darah saya di rumah?
  • Apakah yang patut diketahui sebelum bacaan kolesterol saya diambil?
  • Apakah yang patut diketahui sebelum mengukur paras glukosa darah saya?
  • Rujukan

Apa yang perlu diketahui sebelum saya mula mengukur tekanan darah saya di rumah?

Tekanan darah (blood pressure – BP) anda boleh dijejaskan oleh banyak faktor. Tip berikut mungkin berguna kepada anda untuk mendapatkan bacaan yang tepat jika anda memantau tekanan darah anda di rumah.1–3

What to know before I start measuring my blood pressure at home?

1. Bermula
  • Ukur tekanan darah anda pada masa yang sama pada setiap hari – sekali pada waktu pagi dan sekali sewaktu senja. Bacaan tekanan darah pagi patut diukur sebelum anda memakan ubat, manakala bacaan tekanan darah senja patut diambil sebelum makan.
  • Bacaan tambahan boleh dibuat jika dinasihati oleh doktor anda.
  • Kosongkan pundi kencing anda sebelum anda mengambil bacaan tekanan darah anda4.
  • Jangan merokok, minum kopi, teh atau minuman berkafeina, atau bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda mengambil bacaan.
  • Rehat untuk 5 minit sebelum mengambil bacaan.
  • Duduk di atas kerusi dengan belakang anda disokong, lengan didedahkan dan disokong pada paras jantung.
  • Pastikan kaki anda rata pada lantai (jangan silangkan kaki).

2. Mengukur tekanan darah dengan sphygmomanometer

  • Gunakan sphygmomanometer digital yang disahkan oleh badan yang bereputasi baik (contohnya, British Hypertension Society dan American Association for the Advancement of Medical Instrumention).
  • Pastikan saiz kaf melilit sekurang-kurangnya 80% lilitan lengan anda dan lebar kantung sekurang-kurangnya 40% lilitan lengan anda.
  • Pastikan tengah kaf diletakkan di atas siku anda.

Memilih sphygmomanometer digital

Terdapat pelbagai jenis sphygomanometer. Tanya pakar kesihatan anda untuk mendapatkan nasihat memilih dan mengguna mesin bagi memantau tekanan darah anda di rumah.

What to know before I start measuring my blood pressure at home?

3. Mencatat tekanan darah anda

  • Catatkan kedua-dua tekanan darah sistolik and diastolik.
  • Ambil dua atau tiga bacaan dengan sekurang-kurangnya 1 minit di antara bacaan. Catatkan semua bacaan.
  • Kongsi dan bincang bacaan tekanan darah anda dengan doktor.

Apakah yang patut diketahui sebelum bacaan kolesterol saya diambil?

Sebelum anda menguji paras kolesterol, anda patut5:

What to know before my cholesterol readings are taken?

Elak daripada makan apa-apa untuk sekurang-kurangnya 9–12 jam

Apakah yang patut diketahui sebelum mengukur paras glukosa darah saya?

Memantau paras glukosa darah anda penting jika anda ada diabetes. Anda boleh memantau paras glukosa darah anda melalui dua cara, iaitu ujian HbA1c dan ujian glukosa darah.6 Ujian HbA1c menunjukkan purata paras glukosa darah anda untuk 3 bulan sebelumnya.7 Sebaliknya, ujian glukosa darah mengukur paras glukosa darah anda pada ketika itu dan dipengaruhi oleh makanan yang diambil pada hari tersebut.6

Anda boleh mengukur paras glukosa darah anda pada bila-bila masa (ujian glukosa darah rawak) dan selepas puasa daripada makan untuk sekurang-kurangnya 8 jam (ujian glukosa darah puasa).8

Barang-barang berikut diperlukan jika anda sering memantau glukosa darah di rumah9:

  • Alat mencucuk jari (juga dipanggil lanset) untuk mendapatkan setitik darah untuk diuji
  • Jalur ujian pakai-buang untuk mengambil titik darah
  • Pemantau glukosa elektronik untuk membaca paras glukosa dalam titik darah; dan
  • Diari catatan glukosa darah untuk mencatat corak glukosa darah anda, yang boleh dipengaruhi oleh diet, senaman, tekanan stres dan penyakit (ingat untuk tunjukkan catatan anda kepada pakar kesihatan anda semasa janji temu).

Klik sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai cara menjalankan ujian glukosa darah di rumah dan tip untuk mencatat paras glukosa darah anda. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripad pakar kesihatan anda.

 

What to know before measuring my blood glucose levels?

Anda patut memberitahu doktor anda jika anda sedang mengambil apa-apa ubat (termasuk makanan tambahan herba), kerana terdapat ubat yang boleh mempengaruhi paras glukosa darah anda.8

Rujukan

  1. American Heart Association. How to monitor and record your blood pressure. Available at https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/understanding-blood-pressure-readings/monitoring-your-blood-pressure-at-home. Accessed 8 October, 2019.
  2. Malaysian Society Of Hypertension. How to measure blood pressure? Available at http://msh.my/education/. Accessed 8 October, 2019.
  3. Ministry of Health Malaysia. Clinical practice guidelines: Management of hypertension (4th Edition); 2013.
  4. NHS choices. Getting a blood pressure test. Available at http://www.nhs.uk/conditions/blood-pressure-(high)/pages/diagnosis.aspx. Accessed 19 September, 2019.
  5. American Heart Association. How to get your cholesterol tested. Available at http://www.heart.org/heartorg/conditions/cholesterol/symptomsdiagnosismonitoringofhighcholesterol/how-to-get-your-cholesterol-tested_ucm_305595_article.jsp#.vwot_fl9600. Accessed 19 September, 2019.
  6. Diabetes.co.uk. Controlling type 2 diabetes. Available at http://www.diabetes.co.uk/conAAtrolling-type2-diabetes.html. Accessed 19 September, 2019.
  7. Ministry of Health Malaysia. Clinical practice guidelines: Management of type 2 diabetes mellitus (5th Edition); 2015.
  8. Healthline. Blood glucose test. Available at http://www.healthline.com/health/glucose-test-blood#preparation3. Accessed 19 September, 2019.
  9. Mayo Clinic. Blood sugar testing: Why, when and how. Available at http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/in-depth/blood-sugar/art-20046628?pg=1. Accessed 19 September, 2019.
NON-2022-4521-17March2022

Viatris Sdn. Bhd.

Reg. No: 201801018158 (1280174-H)

(formerly known as Upjohn (Malaysia) Sdn. Bhd.)

15-03 & 15-04, Level 15, Imazium,

No. 8, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,

47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603-7733 8005

© 2023 Viatris Inc. - All Rights Reserved

Polisi Peribadi Glosari Utama Mengenai Kami
viatris