Skip to main content

Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.

Laman utama

Main navigation

  • Laman utama
  • Kardiovaskular
    • Tekanan darah tinggi
      • Mengenai tekanan darah tinggi
      • Punca-punca tekanan darah tinggi
      • Tekanan darah waktu pagi | My Health My Life
      • Tekanan darah tinggi dan strok
      • Mengawal tekanan darah tinggi
      • Memastikan kestabilan tekanan darah
    • Strok
    • Kegagalan jantung
    • Serangan jantung
    • Kolesterol tinggi
      • Mengenai Kolesterol Tinggi
      • Faktor risiko kolesterol tinggi
      • Pengurusan kolesterol tinggi
      • Fakta tentang kolesterol
  • Kesakitan
    • Mengenali sakit kepala anda
    • Melindungi belakang anda
    • Sakit belakang
    • Sakit kronik
    • Pusat Sakit Saraf Diabetes
    • Membantu seseorang dalam kesakitan
    • Pusat Sakit Belakang Bahagian Bawah
    • Pusat Sakit Saraf
    • Memahami sakit saraf
    • memahami sakit sendi osteoartritis
    • Mengatasi Kesakitan: Rawatan Biopsikososial
  • Kencing manis
    • Memahami diabetes
    • Faktor risiko diabetes
    • Mengurus Diabetes
    • Komplikasi diabetes
    • Puasa Dan Diabetes
    • Penjagaan bahagian kaki
  • Kehidupan yang sihat
    • Mengekalkan berat badan yang sihat
    • Senaman
    • Diet
    • Mendapatkan tidur yang mencukupi
    • Berhenti merokok
    • Penglibatan sosial dan kesihatan
    • Penyakit kronik dan kemurungan
    • Keletihan
    • Teknik relaksasi
    • Berduduk dan kelemahannya
    • Memahami kemurungan
    • Kesedihan menjejaskan kesihatan
  • Ubat-ubatan
    • Mengenai pematuhan uba
    • Nilai pematuhan ubat
    • Meningkatkan pematuhan ubat
    • Pengambilan ubat berlebihan
  • Petua dan soalan lazim
    • Sebelum mengambil bacaan anda
    • Persediaan melancon
    • Procedur kecemasan
    • Sejarah kesihatan keluarga
    • Penuaan secara sihat
    • Soalan soalan kepada doktor anda
    • Soalan lazim
  • Videos
Melayu (Malaysia)
  • English (Malaysia)
  • Melayu (Malaysia)
  • 中文(中国)

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.

Pusat Sakit Saraf Diabetes

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sakit saraf diabetes

  1. Laman utama
  2. Kesakitan
  3. Pusat Sakit Saraf Diabetes
  • Apakah yang dimaksudkan oleh sakit saraf diabetes?
  • Adakah sakit saraf diabetes penyakit yang biasa?
  • Bagaimanakah rasanya sakit saraf diabetes?
  • Jangan abaikan kesakitan anda
  • Apakah yang membezakan sakit saraf daripada sakit-sakit yang lain?
  • Adakah anda mempunyai kenalan yang menghidapi sakit saraf diabetes?
  • Rujukan

Apakah yang dimaksudkan oleh sakit saraf diabetes?

Neuropati periferi diabetes (penyakit saraf) merupakan komplikasi yang biasa bagi pesakit diabetes.1 Ia akan menyebabkan sakit saraf yang berterusan yang pada mulanya menyerang kaki dahulu, diikuti dengan tangan dengan cara “stokin dan sarung tangan’.1 Risiko untuk mendapat neuropati periferi diabetes atau sakit saraf diabetes semakin tinggi dengan peningkatan umur dan jika anda telah lama menghidapi diabetes.2

Punca utama neuropati periferi diabetes masih belum nyata.3 Namun terdapat kajian yang menunjukkan bahawa mengawal tahap glukosa dalam darah sahaja tidak mencukupi untuk mencegah, menghentikan, mahupun menyembuhkan fungsi saraf yang telah rosak.3

Faktor-faktor yang menyebabkan kerosakan saraf dalam neuropati periferi diabetes termasuklah:2

 

ic1

Paras glukos dalam darah yang tinggi

ic2

Diabetes yang sudah lama dialami

ic3

Merokok

 

ic4

Pengambilan alkohol

ic5

Paras lemak darah yang tidak normal

ic6

Rentan yang diwarisi

 

Jika anda mempunyai diabetes dan mengalami sakit yang berterusan, anda perlu terangkan simptom anda kepada doktor.

Adakah sakit saraf diabetes penyakit yang biasa?

Jika anda mempunyai diabetes dan mengalami sakit yang berterusan, anda tidak berseorangan. Doktor anda pastinya mengetahui semua jenis kesakitan yang berkaitan dengan diabetes.

Berbincanglah dengan doktor anda tentang jenis rawatan yang paling sesuai untuk anda.

 

ic7

Neuropati periferi diabetes (DPN) menjejaskan 70% daripada pesakit diabetes seluruh dunia.3

ic5

Sekurang-kurangnya 1 daripada 4 pesakit diabetes mengalami sakit saraf diabetes.4

ic8

Dianggarkan 80% daripada pesakit diabetes merasai sakit yang sederhana kepada sakit yang sangat teruk.5

Bagaimanakah rasanya sakit saraf diabetes?

Sebilangan pesakit neuropati periferi diabetes (DPN) mengalami sakit saraf, namun ada juga yang tidak mengalaminya.5 Kesakitan DPN menular secara perlahan, bermula dengan bahagian kaki dahulu diikuti dengan tangan.1

Kesakitan DPN sering digambarkan sebagai sakit seperti ditusuk, jarum dan pin, kepanasan, kesejukan, ditikam, ditembak atau renjatan elektrik. Ia selalunya lebih sakit pada waktu malam.1

 

ic1

Renjatan elektrik

ic2

Ditembak/ ditikam

ic3

Pijar/ Kepanasan

ic4

Ditusuk/ jarum dan pin

ic5

Kesejukan

 

Bahagian tubuh badan yang sakit akan menjadi lebih sensitif daripada biasa jika anda mengalami sakit saraf. Contohnya, keadaan yang tidak menyakitkan seperti sentuhan pakaian di atas kulit atau tiupan angin sejuk, boleh menjadi keadaan yang sangat menyakitkan.6

Jangan abaikan kesakitan anda

Don't Ignore your pain

Sakit saraf boleh memberi kesan yang besar kepada kualiti hidup anda. Selain daripada sakit, kelewatan dalam merawatnya atau kesilapan dalam mendiagnosis komponen sakit saraf akan menjurus kepada gangguan kesihatan yang lain termasuk:1

 

ic9

Ulser kaki

ic10

Otot beransur-ansur menjadi lemah

ic11

Kemurungan

ic12

Gangguan tidur

 

Neuropati periferi diabetes yang tidak dirawat lama-kelamaan akan menjadi lebih teruk dan menyebabkan kerosakan kekal pada saraf.7

Terdapat rawatan yang khusus yang tersedia untuk sakit saraf diabetes. Jika anda rasa anda mengalami sakit saraf diabetes, sila buat temu janji dengan doktor anda.

Jika kesakitan anda tidak berkurangan, anda perlu dapatkan rawatan.

ic13

Jika anda mempunyai diabetes, anda perlu mengawal kesihatan anda. Pastikan diabetes anda diuruskawal oleh doktor anda dan/atau doktor pakar, dan pastikan paras glukos dalam darah anda terkawal. Jika diabetes anda tidak terkawal, anda mempunyai risiko untuk mendapat komplikasi termasuklah sakit saraf diabetes. Berbincanglah dengan doktor jika anda mengalami kesukaran untuk mengawal keadaan diabetes anda.

Apakah yang membezakan sakit saraf daripada sakit-sakit yang lain?

image

Sakit saraf berbeza dengan sakit-sakit yang lain kerana ia menjejaskan sistem saraf secara langsung.8

Biasanya, rasa sakit adalah cara sistem saraf memberitahu kita bahawa terdapat kerosakan di sebahagian tubuh kita. Hal ini dipanggil sakit nosiseptif. Berbeza dengan sakit nosiseptif, sakit saraf berpunca daripada penyakit atau kerosakan pada saraf itu sendiri. Sakit saraf juga dikenal sebagai sakit neuropati. Kedua-dua sakit nosiseptif dan neuropati boleh wujud bersama yang mana ia dikenal sebagai sakit ’campuran’ (mixed pain).8

Pesakit saraf mengalami simptom seperti ditikam, ditembak, atau renjatan elektrik.1 Simptom-simptom ini merupakan tanda kerosakan saraf dan mungkin tidak dirasai oleh kesakitan yang lain.8

Adakah anda mempunyai kenalan yang menghidapi sakit saraf diabetes?

image

Adakah anda kenal seseorang yang mempunyai simptom seperti sakit saraf diabetes? Jika ada, terdapat langkah-langkah praktikal yang perlu anda ambil bagi membantu mereka yang mengalami kesakitan yang berterusan itu.

Rujukan

  1. Argoff CE, et al. Diabetic Peripheral Neuropathic Pain. Clinical and Quality-of-Life Issues. Mayo Clin Proc. 2006;81(Suppl 4):S3-S11.
  2. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Diabetic Neuropathies: The Nerve Damage of Diabetes. Available at:https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/preventing-problems/nerve-damage-diabetic-neuropathies. Accessed on 1st March, 2017.
  3. Cakici N, et al. Systematic Review of Treatments for Diabetic Peripheral Neuropathy. Diabet Med. 2016;33(11):1466-76.
  4. Gandhi RA, et al. Understanding and Treating Painful Diabetic Neuropathy: Time for a Paradigm Shift. Diabet Med. 2015;32(6):771-77.
  5. Davies M, et al. The Prevalence, Severity, and Impact of Painful Diabetic Peripheral Neuropathy in Type 2 Diabetes. Diabetes Care. 2006;29(7):1518-22.
  6. Freynhagen R, et al. Diagnosis and Management of Neuropathic Pain. BMJ. 2009;339:b3002.
  7. Boucek P. Advanced Diabetic Neuropathy: A Point of No Return? Rev Diabet Stud. 2006;3(3):143-50.
  8. Haanpaa ML, et al. Assessment of Neuropathic Pain in Primary Care. Am J Med. 2009;122(10 Suppl):S13-21.
NON-2022-4521-17March2022

Viatris Sdn. Bhd.

Reg. No: 201801018158 (1280174-H)

(formerly known as Upjohn (Malaysia) Sdn. Bhd.)

15-03 & 15-04, Level 15, Imazium,

No. 8, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,

47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603-7733 8005

© 2023 Viatris Inc. - All Rights Reserved

Polisi Peribadi Glosari Utama Mengenai Kami
viatris