Skip to main content

Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.

Laman utama

Main navigation

  • Laman utama
  • Kardiovaskular
    • Tekanan darah tinggi
      • Mengenai tekanan darah tinggi
      • Punca-punca tekanan darah tinggi
      • Tekanan darah waktu pagi | My Health My Life
      • Tekanan darah tinggi dan strok
      • Mengawal tekanan darah tinggi
      • Memastikan kestabilan tekanan darah
    • Strok
    • Kegagalan jantung
    • Serangan jantung
    • Kolesterol tinggi
      • Mengenai Kolesterol Tinggi
      • Faktor risiko kolesterol tinggi
      • Pengurusan kolesterol tinggi
      • Fakta tentang kolesterol
  • Kesakitan
    • Mengenali sakit kepala anda
    • Melindungi belakang anda
    • Sakit belakang
    • Sakit kronik
    • Pusat Sakit Saraf Diabetes
    • Membantu seseorang dalam kesakitan
    • Pusat Sakit Belakang Bahagian Bawah
    • Pusat Sakit Saraf
    • Memahami sakit saraf
    • memahami sakit sendi osteoartritis
    • Mengatasi Kesakitan: Rawatan Biopsikososial
  • Kencing manis
    • Memahami diabetes
    • Faktor risiko diabetes
    • Mengurus Diabetes
    • Komplikasi diabetes
    • Puasa Dan Diabetes
    • Penjagaan bahagian kaki
  • Kehidupan yang sihat
    • Mengekalkan berat badan yang sihat
    • Senaman
    • Diet
    • Mendapatkan tidur yang mencukupi
    • Berhenti merokok
    • Penglibatan sosial dan kesihatan
    • Penyakit kronik dan kemurungan
    • Keletihan
    • Teknik relaksasi
    • Berduduk dan kelemahannya
    • Memahami kemurungan
    • Kesedihan menjejaskan kesihatan
  • Ubat-ubatan
    • Mengenai pematuhan uba
    • Nilai pematuhan ubat
    • Meningkatkan pematuhan ubat
    • Pengambilan ubat berlebihan
  • Petua dan soalan lazim
    • Sebelum mengambil bacaan anda
    • Persediaan melancon
    • Procedur kecemasan
    • Sejarah kesihatan keluarga
    • Penuaan secara sihat
    • Soalan soalan kepada doktor anda
    • Soalan lazim
  • Videos
Melayu (Malaysia)
  • English (Malaysia)
  • Melayu (Malaysia)
  • 中文(中国)

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.

5 Ways Grief May Affect Your Health

Kesedihan menjejaskan kesihatan

Jika anda memutuskan yang anda memerlukan bantuan untuk menangani kesedihan, sila dapatkan sokongan daripada doktor atau pakar kesihatan mental.

  1. Laman utama
  2. Kehidupan yang sihat
  3. Kesedihan menjejaskan kesihatan
  • Sistem imun lemah
  • Masalah jantung
  • Penyalahgunaan alkohol dan bahan
  • Kemurungan
  • Tidak cukup tidur
  • Bilakah Masa untuk Mendapatkan Bantuan untuk Menangani Kesedihan?
  • Bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan anda
  • Rujukan

Sistem imun lemah

Sistem imun anda ialah satu rangkaian sel, tisu dan organ kompleks yang bekerjasama untuk mempertahankan diri daripada kuman. Ia melindungi tubuh anda daripada penyerang asing yang menyebabkan anda sakit.1 Kesedihan yang anda alami boleh memberi kesan pada sistem imun, contohnya, rasa sedih apabila kehilangan seseorang yang rapat mengakibatkan kesihatan fizikal dan mental anda terjejas lalu melemahkan sistem imun.2

Sistem imun yang lemah juga boleh menyebabkan anda terdedah kepada penyakit dan jangkitan.2

weakned

Masalah jantung

Tekanan psikologi akut dikaitkan dengan peningkatan mendadak risiko kejadian kardiovaskular. Kajian mendapati risiko orang mendapat serangan jantung adalah 21 kali lebih tinggi dalam masa 24 jam pertama selepas kematian orang yang disayangi. Selepas 1 minggu, risikonya hampir 6 kali lebih tinggi. Kesannya mungkin lebih teruk di kalangan individu yang mempunyai risiko kardiovaskular yang tinggi.3

Peristiwa tekanan hidup seperti kematian orang tersayang atau perceraian boleh juga membawa penyakit yang dipanggil Sindrom Patah Hati. Masalah jantung jangka pendek ini berlaku apabila jantung tidak mengepam secara normal. Orang yang sihat juga boleh menghidapinya. Simptomnya adalah seperti sakit dada yang mendadak dan terasa tercungap-cungap. Tahap kesakitannya adalah amat teruk sehingga ia boleh disalah anggap seperti serangan jantung. Sindrom Patah Hati boleh menyebabkan kegagalan otot jantung jangka pendek, namun biasanya ia boleh dirawati.4

heart-problems

Penyalahgunaan alkohol dan bahan

Kehilangan ibu atau bapa boleh memberikan kesan kepada golongan anak muda untuk gagal menjalani kehidupan dalam kalangan anak muda. Kajian yang melibatkan 235 anak lelaki dan perempuan yang kehilangan ibu atau bapa menunjukkan bahawa mereka mendapat risiko penyalahgunaan alkohol dan bahan 2.4 kali lebih tinggi berbanding dengan anak yang tidak mengalami kematian ibu atau bapa.5

alcohol

Kemurungan

Risiko penyakit jiwa seperti kemurungan dan gangguan tekanan pascatrauma (PostTraumatic Stress Disorder - PSTD) didapati meningkat selepas kehilangan ibu atau bapa, adik-beradik atau teman rapat.5

Kajian mendapati bahawa kira-kira 1 dalam 4 janda dan duda mengalami kemurungan dalam tahun pertama selepas kematian pasangan mereka.6

depression

Tidak cukup tidur

Banyak kajian menunjukkan bahawa orang yang sedang bersedih sukar tidur dan kerap terjaga. Situasi ini berlaku pada individu yang murung atau pun yang tidak. Gangguan tidur ini adalah biasa di kalangan individu yang sedang bersedih dan boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mentalnya.7

poor-sleep

Bilakah Masa untuk Mendapatkan Bantuan untuk Menangani Kesedihan?

Kadang kala kesedihan boleh mengganggu fungsi kehidupan seharian individu (dikenali sebagai kesedihan yang kompleks). Sila pertimbangkan untuk berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda masih:8

  • Menghadapi masalah menjalani kehidupan normal anda
  • Tidak lagi mahu menyertai aktiviti sosial
  • Terasa murung atau sangat sedih
  • Menyalahkan diri sendiri atau rasa bersalah
  • Mempercayai bahawa anda telah melakukan kesilapan atau boleh menghalang sesuatu kematian
  • Terasa tiada tujuan hidup
  • Terasa hidup tiada ertinya lagi
overcome-grief

Bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan anda

Kesedihan selepas kehilangan orang tersayang adalah satu perkara normal dan proses menanganinya akan mengambil masa. Jika anda memutuskan yang anda memerlukan bantuan untuk menangani kesedihan, sila dapatkan sokongan daripada doktor atau pakar kesihatan mental. Rawatan dengan psikoterapi atau ubat-ubatan mungkin disarankan untuk orang yang mengalami kesedihan yang kompleks.

Anda digalakkan untuk bersedia lebih awal sebelum janji temu anda. Buatkan senarai ini:8

  • Simptom yang dialami dan tempohnya (contohnya, kelesuan, kemurungan, perubahan dalam selera makan)
  • Maklumat tentang sebarang tekanan tambahan yang terbeban atau perubahan kesihatan sejak kematian orang yang anda sayangi
  • Sejarah perubatan anda
  • Ubat-ubatan, vitamin dan ubat tambahan yang diambil termasuk ubat yang boleh dibeli di kaunter
  • Soalan yang anda ingin ajukan kepada doktor anda

Walaupun amat digalakkan untuk mendapatkan rawatan pakar untuk gangguan kesedihan yang kompleks, strategi ini juga boleh membantu anda menanganinya:8

  • Teruskan dengan pelan rawatan anda
  • Makan makanan yang sihat dan tidur yang cukup
  • Belajar kemahiran baharu
  • Menyertai kumpulan sokongan
  • Kerap bersenam
  • Mengamalkan pengurusan tekanan
healthcare
healthprovider
dance

Rujukan

  1. Immune system and disorders | Autoimmune disease | MedlinePlus [Internet]. Medlineplus.gov. 2019 [Cited 9 May 2019]. Available from https://medlineplus.gov/immunesystemanddisorders.html
  2. Vitlic A, Khanfer R, Lord JM, Carroll D, Phillips AC. Bereavement reduces neutrophil oxidative burst only in older adults: role of the HPA axis and immunesenescence. Immunity & Ageing. 2014;11(13):1-8.
  3. Mostofsky E, Maclure M, Sherwood JB, et al. Risk of acute myocardial infarction after death of a significant person in one’s life: the determinants of MI onset study. Circulation. 2012;January:1-19.
  4. Is broken heart syndrome real? [Internet]. www.heart.org. 2019 [Cited 9 May 2019]. Available from https://www.heart.org/en/health-topics/cardiomyopathy/what-is-cardiomyopathy-in-adults/is-broken-heart-syndrome-real
  5. Hamdan S, Melhem NM, Porta G, Song MS, Brent DA. Alcohol and substance abuse in parentally bereaved youth. J Clin Psychiatry. 2013;74(8):828-833.
  6. Parkes CM. Coping with loss: Bereavement in adult life. Bmj. 1998 Mar 14;316(7134):856-9.
  7. Monk TH, Germain A, Reynolds CF III. Sleep disturbance in bereavement. Psychiatr Ann. 2008;38(10):671-675.
  8. Complicated grief – Diagnosis and Treatment [Internet]. Mayo Clinic. 2019 [Cited 9 May 2019]. Available from https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/complicated-grief/diagnosis-treatment/drc-20360389
NON-2022-4521-17March2022

Viatris Sdn. Bhd.

Reg. No: 201801018158 (1280174-H)

(formerly known as Upjohn (Malaysia) Sdn. Bhd.)

15-03 & 15-04, Level 15, Imazium,

No. 8, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,

47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603-7733 8005

© 2023 Viatris Inc. - All Rights Reserved

Polisi Peribadi Glosari Utama Mengenai Kami
viatris