Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.
Tekanan darah tinggi dan strok
Sebanyak 80% daripada kes strok boleh dicegah. Anda perlu mengambil peduli tentang tanda-tanda strok walaupun tanda-tanda tersebut hilang selepas beberapa jam. Orang yang mengalami simptom-simptom FAST (iaitu serangan iskemia transien – transient ischaemic attack [TIA]) perlu segera membuat pemeriksaan di hospital walaupun simptom tersebut hilang selepas beberapa ketika. TIA ialah petanda bahawa mereka mungkin akan mengalami strok penuh pada masa yang akan datang.
Apakah itu strok?1,2
Seperti organ tubuh yang lain, otak juga merupakan antara organ yang menerima bekalan oksigen melalui aliran darah. Apabila aliran darah ke otak terganggu, bekalan oksigen yang diterima akan berkurangan dan ini menyebabkan kerosakan kepada sel-sel otak seterusnya membawa kepada strok.
Merujuk kepada Bahasa Inggeris, keadaan ini dinamakan strok kerana ia mempunyai persamaan dengan perkataan ‘strike’ atau ‘blow’ yang bermaksud ‘serang’. Strok boleh berlaku dan menyerang pesakitnya secara tiba-tiba.
Apakah kaitan antara tekanan darah tinggi dan strok?3,4
Tekanan darah tinggi (high blood pressure – high BP) merupakan antara penyumbang utama strok. Oleh itu, mengawal tekanan darah supaya sentiasa berada pada paras normal dapat mengurangkan risiko untuk mendapat strok.
Strok terbahagi kepada dua jenis, bergantung kepada masalah yang terdapat di dalam salur darah. Kebanyakan kes strok terjadi apabila saluran darah tersumbat dan ini dikenali sebagai Strok Iskemik. Strok hemoragik pula berlaku apabila saluran darah pecah.
Tekanan darah tinggi menyumbang kepada kerosakan arteri di seluruh badan. Hal ini meningkatkan risiko salur darah pecah dan tersumbat.
Apakah simptom-simptom strok?8
Tekanan darah tinggi (high blood pressure – high BP) merupakan antara penyumbang utama strok. Oleh itu, mengawal tekanan darah supaya sentiasa berada pada paras normal dapat mengurangkan risiko untuk mendapat strok.
Strok terbahagi kepada dua jenis, bergantung kepada masalah yang terdapat di dalam salur darah. Kebanyakan kes strok terjadi apabila saluran darah tersumbat dan ini dikenali sebagai Strok Iskemik. Strok hemoragik pula berlaku apabila saluran darah pecah.
Bagaimanakah saya mengenalpasti seseorang sedang mengalami strok?1
Akronim FAST boleh digunakan untuk membantu anda mengenalpasti jika seseorang sedang mengalami strok.
Klik di sini untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang cara membantu mangsa serangan strok.
Siapakah yang berisiko mendapat strok?9
Walaupun kebanyakan strok menyerang golongan yang berumur lebih daripada 65 tahun, ia juga boleh menyerang golongan yang lebih muda. Berikut merupakan faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat strok:
Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan strok?10
Sebanyak 80% daripada kes strok boleh dicegah. Anda perlu mengambil peduli tentang tanda-tanda strok walaupun tanda-tanda tersebut hilang selepas beberapa jam. Orang yang mengalami simptom-simptom FAST (iaitu serangan iskemia transien – transient ischaemic attack [TIA]) perlu segera membuat pemeriksaan di hospital walaupun simptom tersebut hilang selepas beberapa ketika. TIA ialah petanda bahawa mereka mungkin akan mengalami strok penuh pada masa yang akan datang. Terdapat beberapa langkah kecil yang dapat diambil untuk mengurangkan risiko strok pada masa akan datang:
Apakah rawatan untuk strok?11-13
Strok yang berlaku secara tiba-tiba (strok iskemia akut – acute ischaemic stroke) dapat dirawat dengan agen trombolitik atau “penghilang darah beku” untuk melarutkan darah beku. Rawatan ini dikenali sebagai trombolisis.
Rawatan lain termasuk mengelakkan perkara-perkara yang memberi risiko kepada strok, seperti arterosklerosis dan tekanan darah (blood pressure – BP) tinggi. Rawatan BP tinggi adalah sangat penting untuk mencegah strok.
Ubat pencairan darah seperti aspirin juga mungkin diberi untuk mencegah berlakunya darah beku. Adakalanya, pembedahan diperlukan untuk memperbaiki saluran darah yang pecah dan mengeluarkan sekatan daripada arteri yang lebih besar.
Selepas rawatan strok akut, pemulihan biasanya diperlukan untuk mendapatkan semula fungsi-fungsi yang mungkin hilang. Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (National Stroke Association of Malaysia – NASAM) adalah salah satu persatuan yang memberi servis pemulihan kepada pesakit strok untuk membantu mereka mendapatkan kembali fungsi dan membantu mereka berdikari sebanyak mungkin.
NASAM memberi terapi fisikal, pertuturan, pemulihan cara kerja, emosi dan rekreasi berdasarkan keperluan masing-masing. Pemulihan awal adalah mustahak untuk memastikan pesakit pulih sepenuhnya dengan kadar yang cepat.
National Stroke Association of Malaysia. What can you do to reduce the risk of stroke? Available at https://www.nasam.org/about-us/. Accessed 8 October, 2019.