Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.
Sakit belakang
Skiatiks: Merujuk kepada sakit yang disebabkan oleh tekanan saraf skiatik, saraf panjang yang bermula dari punggung hingga belakang kaki.
Adakah terdapat jenis sakit belakang pinggang yang berbeza?1
Terdapat dua jenis sakit belakang pinggang: akut dan kronik
Sakit belakang pinggang akut boleh berlaku selama beberapa hari hingga beberapa minggu. Biasanya ia akan hilang selepas dirawat sendiri dan tidak menyebabkan sebarang isu jangka panjang. Sakit belakang pinggang akut biasanya disebabkan oleh kecederaan secara tiba-tiba pada otot atau ligamen yang menyokong belakang tubuh (akibat jatuh atau mengangkat barang berat).
Sakit belakang pinggang kronik berlaku selama 12 minggu atau lebih lama—walaupun selepas punca sakit belakang pinggang akut dirawat. Kira-kira 2 daripada setiap 10 orang yang mengalami sakit belakang pinggang akut menghidap sakit belakang pinggang kronik pula.
Apakah punca sakit belakang pinggang?1,2
Terdapat banyak punca sakit belakang pinggang serta faktor yang mendorongnya. Perkara ini merangkumi:
Ketegangan/Seliuh: Ketegangan berlaku pada otot atau tendon (tisu yang menyambungkan otot ke tulang) yang meregang atau koyak. Kejadian seliuh pula berlaku pada ligamen (tisu yang menyambungkan tulang pada sendi) yang meregang atau koyak.
Degenerasi cakera: Ia berlaku apabila cakera yang berfungsi untuk menyerap hentakan pada tulang belakang kehilangan ciri kelembutannya (kusyen).
Cakera Tulang Belakang Tertonjol/Pecah: Situasi ini berlaku apabila cakera tertekan dan tertonjol keluar (herniasi) atau pecah.
Skiatiks: Merujuk kepada sakit yang disebabkan oleh tekanan saraf skiatik, saraf panjang yang bermula dari punggung hingga belakang kaki.
Stenosis tulang belakang: Penyempitan tulang belakang yang mengakibatkan rasa sakit dan kebas apabila berjalan dan akhirnya lumpuh.
Trauma/Kecederaan: Bersukan, terjatuh atau terlibat dalam kemalangan boleh mencederakan otot, tendon atau ligamen di bahagian pinggang. Trauma/kecederaan juga boleh mengakibatkan cakera tulang belakang tertonjol atau pecah.
Kecacatan rangka (tidak sekata): Ia disebabkan oleh kelengkungan tulang belakang (dipanggil skoliosis) atau lengkung yang teruk di belakang pinggang (dipanggil lordosis).
Masalah Kesihatan Sampingan: Masalah ini merangkumi osteoporosis (kehilangan ketumpatan dan kekuatan tulang), endometriosis (tisu uterin yang terbina di luar rahim) dan fibromyalgia (sakit otot kronik dan kelesuan).
Apakah faktor risiko sakit belakang pinggang?1
Penuaan
Apabila semakin berusia, tubuh kita akan kehilangan kekuatan tulang, ketegangan otot dan keanjalan. Selain itu, cakera tulang belakang tidak cukup memberikan kelembutan pada vertebra (tulang pada tulang belakang yang melindungi tulang belakang dan saraf, fungsinya untuk menyokong tubuh badan).
Berat badan berlebihan
Berat badan seseorang yang berlebihan atau mudah bertambah akan meningkatkan beban tambahan pada belakang badan.
Kecergasan fizikal yang lemah
Sakit belakang biasanya berlaku pada orang yang tidak cergas. Bahagian belakang mereka lemah dan otot perut tidak menyokong tulang belakang dengan baik.
Melakukan tugas yang berat dari segi fizikal
Pekerjaan seseorang yang memerlukan tindakan menolak, menarik atau mengangkat sesuatu dengan kuat akan berisiko untuk mengalami kecederaan dan kesakitan.
Bertugas di meja
Duduk di meja sepanjang hari boleh menyebabkan sakit belakang, terutamanya pada orang yang lemah posturnya atau kerusi yang tidak memberikan cukup sokongan.
Kehamilan
Ramai wanita hamil menghidap sakit belakang pinggang. Ini berlaku akibat perubahan dalam pelvis dan pengagihan berat badan. Jenis sakit belakang pinggang ini biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
Apakah pilihan rawatan untuk sakit belakang pinggang?
Sakit belakang pinggang akut biasanya bertambah baik dengan ubat tahan sakit yang dibeli di kaunter untuk mengurangkan rasa sakit. Penyedia penjagaan kesihatan boleh menyarankan ubat dibeli di kaunter dan cara pengambilannya serta manfaat rawatan seperti terapi panas atau sejuk dan terapi urutan.1
Orang yang menghidap sakit belakang pinggang hendaklah menghentikan aktiviti fizikal biasa mereka untuk beberapa hari selepas berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan tentang pelan penjagaan khusus yang perlu diikuti. Apabila menyambung aktiviti normal, lakukannya dengan berhati-hati. Contohnya, mulakan dengan aktiviti seperti berjalan, menunggang basikal statik dan berenang. Bincangkan dengan penyedia penjagaan kesihatan anda tentang jenis senaman regangan dan penguatan yang boleh dilakukan untuk bahagian belakang anda.2
Pilihan rawatan untuk sakit belakang pinggang kronik ialah:1,2,3
Untuk orang yang menghidap sakit belakang pinggang kronik, mereka hendaklah mempunyai jangkaan yang realistik tentang tahap kelegaan sakit dan aktiviti yang akan disarankan daripada pengendalian sakit. Jika anda menghidap sakit belakang pinggang kronik, anda dan penyedia penjagaan kesihatan digalakkan untuk berbincang tentang matlamat rawatan. Pastikan anda menyemak matlamat anda dari semasa ke semasa.4
Bilakah seseorang yang menghidap sakit belakang pinggang perlu berjumpa doktor?2,5,6
Anda mungkin tidak perlu berjumpa doktor dengan serta-merta kerana sakit belakang yang ringan tetapi anda perlu menghubungi doktor jika:
Sakit tidak hilang selepas 72 jam dengan rawatan sendiri
Sakit menjadi semakin teruk
Anda berasa kebas, sesemut atau sukar bergerak
Namun, sila berjumpa penyedia penjagaan kesihatan anda secepat mungkin jika sakit belakang anda berpunca daripada terjatuh atau kecederaan yang teruk; atau jika anda mengalami sakit belakang diiringi dengan kesukaran membuang air; lemah, sakit atau kebas di kaki; demam; atau kehilangan berat badan secara mendadak.
Low Back Pain–Acute [Internet]. National Institute of Health/U.S. National Library of Medicine. MedlinePlus. 2018 [Cited 05 July 2019]. Available from https://medlineplus.gov/ency/article/007425.htm
Chronic Low-Back Pain and Complementary Health Approaches [Internet]. National Institutes of Health, National Center for Complementary and Integrative Health. 2014 [Cited 05 July 2019]. Available from https://nccih.nih.gov/health/providers/digest/chronic-low-back-pain
Last AR, Hulbert K. Chronic low back pain: evaluation and management. Am Fam Physician. 2009;79(12):1067-1074.