Skip to main content

Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.

Laman utama

Main navigation

  • Laman utama
  • Kardiovaskular
    • Tekanan darah tinggi
      • Mengenai tekanan darah tinggi
      • Punca-punca tekanan darah tinggi
      • Tekanan darah waktu pagi | My Health My Life
      • Tekanan darah tinggi dan strok
      • Mengawal tekanan darah tinggi
      • Memastikan kestabilan tekanan darah
    • Strok
    • Kegagalan jantung
    • Serangan jantung
    • Kolesterol tinggi
      • Mengenai Kolesterol Tinggi
      • Faktor risiko kolesterol tinggi
      • Pengurusan kolesterol tinggi
      • Fakta tentang kolesterol
  • Kesakitan
    • Mengenali sakit kepala anda
    • Melindungi belakang anda
    • Sakit belakang
    • Sakit kronik
    • Pusat Sakit Saraf Diabetes
    • Membantu seseorang dalam kesakitan
    • Pusat Sakit Belakang Bahagian Bawah
    • Pusat Sakit Saraf
    • Memahami sakit saraf
    • memahami sakit sendi osteoartritis
    • Mengatasi Kesakitan: Rawatan Biopsikososial
  • Kencing manis
    • Memahami diabetes
    • Faktor risiko diabetes
    • Mengurus Diabetes
    • Komplikasi diabetes
    • Puasa Dan Diabetes
    • Penjagaan bahagian kaki
  • Kehidupan yang sihat
    • Mengekalkan berat badan yang sihat
    • Senaman
    • Diet
    • Mendapatkan tidur yang mencukupi
    • Berhenti merokok
    • Penglibatan sosial dan kesihatan
    • Penyakit kronik dan kemurungan
    • Keletihan
    • Teknik relaksasi
    • Berduduk dan kelemahannya
    • Memahami kemurungan
    • Kesedihan menjejaskan kesihatan
  • Ubat-ubatan
    • Mengenai pematuhan uba
    • Nilai pematuhan ubat
    • Meningkatkan pematuhan ubat
    • Pengambilan ubat berlebihan
  • Petua dan soalan lazim
    • Sebelum mengambil bacaan anda
    • Persediaan melancon
    • Procedur kecemasan
    • Sejarah kesihatan keluarga
    • Penuaan secara sihat
    • Soalan soalan kepada doktor anda
    • Soalan lazim
  • Videos
Melayu (Malaysia)
  • English (Malaysia)
  • Melayu (Malaysia)
  • 中文(中国)

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.

What You Can Do About Low Back Pain

Sakit belakang

Skiatiks: Merujuk kepada sakit yang disebabkan oleh tekanan saraf skiatik, saraf panjang yang bermula dari punggung hingga belakang kaki.

  1. Laman utama
  2. Kesakitan
  3. Sakit belakang
  • Adakah terdapat jenis sakit belakang pinggang yang berbeza?1
  • Apakah punca sakit belakang pinggang?1,2
  • Apakah faktor risiko sakit belakang pinggang?1
  • Apakah pilihan rawatan untuk sakit belakang pinggang?
  • Bilakah seseorang yang menghidap sakit belakang pinggang perlu berjumpa doktor?2,5,6
  • Rujukan

Adakah terdapat jenis sakit belakang pinggang yang berbeza?1

Terdapat dua jenis sakit belakang pinggang: akut dan kronik

Sakit belakang pinggang akut boleh berlaku selama beberapa hari hingga beberapa minggu. Biasanya ia akan hilang selepas dirawat sendiri dan tidak menyebabkan sebarang isu jangka panjang. Sakit belakang pinggang akut biasanya disebabkan oleh kecederaan secara tiba-tiba pada otot atau ligamen yang menyokong belakang tubuh (akibat jatuh atau mengangkat barang berat).

Sakit belakang pinggang kronik berlaku selama 12 minggu atau lebih lama—walaupun selepas punca sakit belakang pinggang akut dirawat. Kira-kira 2 daripada setiap 10 orang yang mengalami sakit belakang pinggang akut menghidap sakit belakang pinggang kronik pula.

Apakah punca sakit belakang pinggang?1,2

Terdapat banyak punca sakit belakang pinggang serta faktor yang mendorongnya. Perkara ini merangkumi:

  • Ketegangan/Seliuh: Ketegangan berlaku pada otot atau tendon  (tisu yang menyambungkan otot ke tulang) yang meregang atau koyak. Kejadian seliuh pula berlaku pada ligamen (tisu yang menyambungkan tulang pada sendi) yang meregang atau koyak.
  • Degenerasi cakera: Ia berlaku apabila cakera yang berfungsi untuk menyerap hentakan pada tulang belakang kehilangan ciri kelembutannya (kusyen).
  • Cakera Tulang Belakang Tertonjol/Pecah: Situasi ini berlaku apabila cakera tertekan dan tertonjol keluar (herniasi) atau pecah.
  • Skiatiks: Merujuk kepada sakit yang disebabkan oleh tekanan saraf skiatik, saraf panjang yang bermula dari punggung hingga belakang kaki.
  • Stenosis tulang belakang: Penyempitan tulang belakang yang mengakibatkan rasa sakit dan kebas apabila berjalan dan akhirnya lumpuh.
  • Trauma/Kecederaan: Bersukan, terjatuh atau terlibat dalam kemalangan boleh mencederakan otot, tendon atau ligamen di bahagian pinggang. Trauma/kecederaan juga boleh mengakibatkan cakera tulang belakang tertonjol atau pecah.
  • Kecacatan rangka (tidak sekata): Ia disebabkan oleh kelengkungan tulang belakang (dipanggil skoliosis) atau lengkung yang teruk di belakang pinggang (dipanggil lordosis).
  • Masalah Kesihatan Sampingan: Masalah ini merangkumi osteoporosis (kehilangan ketumpatan dan kekuatan tulang), endometriosis (tisu uterin yang terbina di luar rahim) dan fibromyalgia (sakit otot kronik dan kelesuan).
male
spine
falling down stairs

Apakah faktor risiko sakit belakang pinggang?1

aging

Penuaan

Apabila semakin berusia, tubuh kita akan kehilangan kekuatan tulang, ketegangan otot dan keanjalan. Selain itu, cakera tulang belakang tidak cukup memberikan kelembutan pada vertebra (tulang pada tulang belakang yang melindungi tulang belakang dan saraf, fungsinya untuk menyokong tubuh badan).

being overweight

Berat badan berlebihan

Berat badan seseorang yang berlebihan atau mudah bertambah akan meningkatkan beban tambahan pada belakang badan.

poor physical

Kecergasan fizikal yang lemah

Sakit belakang biasanya berlaku pada orang yang tidak cergas. Bahagian belakang mereka lemah dan otot perut tidak menyokong tulang belakang dengan baik.

physical demand

Melakukan tugas  yang berat dari segi fizikal

Pekerjaan seseorang yang memerlukan tindakan menolak, menarik atau mengangkat sesuatu dengan kuat akan berisiko untuk mengalami kecederaan dan kesakitan.

desktop job

Bertugas di meja

Duduk di meja sepanjang hari boleh menyebabkan sakit belakang, terutamanya pada orang yang lemah posturnya atau kerusi yang tidak memberikan cukup sokongan.

pregnancy

Kehamilan

Ramai wanita hamil menghidap sakit belakang pinggang. Ini berlaku akibat perubahan dalam pelvis dan pengagihan berat badan. Jenis sakit belakang pinggang ini biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.

Apakah pilihan rawatan untuk sakit belakang pinggang?

Sakit belakang pinggang akut biasanya bertambah baik dengan ubat tahan sakit yang dibeli di kaunter untuk mengurangkan rasa sakit. Penyedia penjagaan kesihatan boleh menyarankan ubat dibeli di kaunter dan cara pengambilannya serta manfaat rawatan seperti terapi panas atau sejuk dan terapi urutan.1

Orang yang menghidap sakit belakang pinggang hendaklah menghentikan aktiviti fizikal biasa mereka untuk beberapa hari selepas berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan tentang pelan penjagaan khusus yang perlu diikuti. Apabila menyambung aktiviti normal, lakukannya dengan berhati-hati. Contohnya, mulakan dengan aktiviti seperti berjalan, menunggang basikal statik dan berenang. Bincangkan dengan penyedia penjagaan kesihatan anda tentang jenis senaman regangan dan penguatan yang boleh dilakukan untuk bahagian belakang anda.2

Pilihan rawatan untuk sakit belakang pinggang kronik ialah:1,2,3

treatment option

Untuk orang yang menghidap sakit belakang pinggang kronik, mereka hendaklah mempunyai jangkaan yang realistik tentang tahap kelegaan sakit dan aktiviti yang akan disarankan daripada pengendalian sakit. Jika anda menghidap sakit belakang pinggang kronik, anda dan penyedia penjagaan kesihatan digalakkan untuk berbincang tentang matlamat rawatan. Pastikan anda menyemak matlamat anda dari semasa ke semasa.4

Bilakah seseorang yang menghidap sakit belakang pinggang perlu berjumpa doktor?2,5,6

Anda mungkin tidak perlu berjumpa doktor dengan serta-merta kerana sakit belakang yang ringan tetapi anda perlu menghubungi doktor jika:

  • Sakit tidak hilang selepas 72 jam dengan rawatan sendiri
  • Sakit menjadi semakin teruk
  • Anda berasa kebas, sesemut atau sukar bergerak

Namun, sila berjumpa penyedia penjagaan kesihatan anda secepat mungkin jika sakit belakang anda berpunca daripada terjatuh atau kecederaan yang teruk; atau jika anda mengalami sakit belakang diiringi dengan kesukaran membuang air; lemah, sakit atau kebas di kaki; demam; atau kehilangan berat badan secara mendadak.

Rujukan

  1. Low Back Pain Fact Sheet [Internet]. National Institute of Health, National Institute of Neurological Disorders and Stroke. 2014 [Cited 05 July 2019]. Available from https://www.ninds.nih.gov/disorders/patient-caregiver-education/fact-sheets/low-back-pain-fact-sheet#3102_4
  2. Low Back Pain–Acute [Internet]. National Institute of Health/U.S. National Library of Medicine. MedlinePlus. 2018 [Cited 05 July 2019]. Available from https://medlineplus.gov/ency/article/007425.htm
  3. Chronic Low-Back Pain and Complementary Health Approaches [Internet]. National Institutes of Health, National Center for Complementary and Integrative Health. 2014 [Cited 05 July 2019]. Available from https://nccih.nih.gov/health/providers/digest/chronic-low-back-pain
  4. Last AR, Hulbert K. Chronic low back pain: evaluation and management. Am Fam Physician. 2009;79(12):1067-1074.
  5. What can cause lower back pain? [Internet]. MedicalNewsToday. 2019 [Cited 05 July 2019]. Available from https://www.medicalnewstoday.com/articles/325381.php
  6. Back Pain Information Page [Internet]. National Institute of Health, National Institute of Neurological Disorders and Stroke. 2019 [Cited 05 July 2019]. Available from https://www.ninds.nih.gov/disorders/All-Disorders/Back-Pain-Information-Page
NON-2022-4521-17March2022

Viatris Sdn. Bhd.

Reg. No: 201801018158 (1280174-H)

(formerly known as Upjohn (Malaysia) Sdn. Bhd.)

15-03 & 15-04, Level 15, Imazium,

No. 8, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,

47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603-7733 8005

© 2023 Viatris Inc. - All Rights Reserved

Polisi Peribadi Glosari Utama Mengenai Kami
viatris