Skip to main content

Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.

Laman utama

Main navigation

  • Laman utama
  • Kardiovaskular
    • Tekanan darah tinggi
      • Mengenai tekanan darah tinggi
      • Punca-punca tekanan darah tinggi
      • Tekanan darah waktu pagi | My Health My Life
      • Tekanan darah tinggi dan strok
      • Mengawal tekanan darah tinggi
      • Memastikan kestabilan tekanan darah
    • Strok
    • Kegagalan jantung
    • Serangan jantung
    • Kolesterol tinggi
      • Mengenai Kolesterol Tinggi
      • Faktor risiko kolesterol tinggi
      • Pengurusan kolesterol tinggi
      • Fakta tentang kolesterol
  • Kesakitan
    • Mengenali sakit kepala anda
    • Melindungi belakang anda
    • Sakit belakang
    • Sakit kronik
    • Pusat Sakit Saraf Diabetes
    • Membantu seseorang dalam kesakitan
    • Pusat Sakit Belakang Bahagian Bawah
    • Pusat Sakit Saraf
    • Memahami sakit saraf
    • memahami sakit sendi osteoartritis
    • Mengatasi Kesakitan: Rawatan Biopsikososial
  • Kencing manis
    • Memahami diabetes
    • Faktor risiko diabetes
    • Mengurus Diabetes
    • Komplikasi diabetes
    • Puasa Dan Diabetes
    • Penjagaan bahagian kaki
  • Kehidupan yang sihat
    • Mengekalkan berat badan yang sihat
    • Senaman
    • Diet
    • Mendapatkan tidur yang mencukupi
    • Berhenti merokok
    • Penglibatan sosial dan kesihatan
    • Penyakit kronik dan kemurungan
    • Keletihan
    • Teknik relaksasi
    • Berduduk dan kelemahannya
    • Memahami kemurungan
    • Kesedihan menjejaskan kesihatan
  • Ubat-ubatan
    • Mengenai pematuhan uba
    • Nilai pematuhan ubat
    • Meningkatkan pematuhan ubat
    • Pengambilan ubat berlebihan
  • Petua dan soalan lazim
    • Sebelum mengambil bacaan anda
    • Persediaan melancon
    • Procedur kecemasan
    • Sejarah kesihatan keluarga
    • Penuaan secara sihat
    • Soalan soalan kepada doktor anda
    • Soalan lazim
  • Videos
Melayu (Malaysia)
  • English (Malaysia)
  • Melayu (Malaysia)
  • 中文(中国)

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.

Memahami sakit saraf

Dianggarkan sebanyak 7-8% orang dewasa di seluruh dunia kini hidup dengan kesakitan kronik yang disebabkan oleh kecederaan atau kerosakan pada tisu saraf.1

  1. Laman utama
  2. Kesakitan
  3. Memahami sakit saraf
  • Apa itu Sakit Saraf?
  • Diagnosis
  • Ubat-ubatan
  • Rawatan tanpa-ubat
  • Rujukan:
  • Bagaimana saya tahu samada saya mempunyai sakit saraf?

Apa itu Sakit Saraf?

Perasaan sakit yang disebabkan oleh kecederaan langsung atau kerosakan pada fiber saraf itu sendiri, dikenali sebagai sakit neuropatik.1

Sakit neuropatik selalunya kronik dan amat sakit3,dikenal pasti sebagai sakit seperti dicucuk, ditikam, dan dibakar.4 Ia diburukkan lagi dengan faktor yang biasanya tidak menyebabkan kesakitan, seperti sentuhan oleh kain atau sentuhan ringan.

Sakit saraf boleh memburukkan keadaan5,ianya sering dikaitkan dengan kualiti hidup yang rendah, gangguan tidur, kemurungan dan keresahan.6

image
image

Diagnosis

Sebelum sakit saraf dapat diurus dengan berkesan, pakar perubatan rawatan asas akan menentukan:

  • Punca kesakitan tersebut
  • Samada terdapat punca sebenar yang harus ditangani, seperti diabetes
  • Fungsi yang terbatas disebabkan oleh kesakitan tersebut
  • Samada kemurungan, keresahan, atau gangguan tidur yang meningkatkan lagi rasa sakit
  • Impak kesakitan ke atas kualiti hidup

Sakit neuropatik dikendalikan dengan mengambil kira keadaan pesakit secara keseluruhan termasuk kombinasi rawatan dengan ubat-ubatan dan tanpa-ubat.

Ubat-ubatan

Terdapat beberapa pilihan untuk terapi ubat yang boleh membantu menguruskan simptom yang berkaitan dengan sakit saraf.

Terdapat tiga jenis rawatan ubat yang boleh digunakan untuk merawat sakit saraf:7

  1. Ubat antidepresan atau antiepileptik
  2. Opioid

Setiap rawatan kepada kesakitan saraf ialah satu usaha untuk memperbaiki kualiti hidup pesakit dengan mengurangkan kesakitan dan meningkatkan tahap aktiviti.

Ubat-ubatan mungkin juga mempunyai kesan sampingan walaupun bukan setiap orang akan mengalami kesan sampingan. Ia adalah penting untuk anda memahami bagaimana ubat-ubatan tersebut memberi kesan kepada anda, mempunyai jangkaan sebenar tentang peranannya, dan mengetahui tentang sebarang kesan sampingan yang ada. Doktor atau ahli farmasi anda boleh berbincang dengan anda tentang perkara ini.

medication

Ubat sahaja tidak mungkin akan menghilangkan kesakitan sepenuhnya, rawatan tanpa ubat untuk menguruskan sakit neuropatik juga penting memandangkan kesakitan yang dirasai adalah kompleks.

Rawatan tanpa-ubat

Menggunakan rawatan psikologi dapat membantu anda untuk fokus pada aspek berfungsi walaupun dalam kesakitan, daripada memfokus sepenuhnya untuk menghilangkan kesakitan sebelum anda boleh berfungsi.

Jenis rawatan psikologi yang disarankan oleh ahli psikologi berdaftar bergantung kepada keperluan individu, dan ditumpukan kepada menangani kebimbangan dan ketidakupayaan yang berkait dengan kesakitan.8

Penting untuk diketahui bahawa walaupun terdapat terapi yang agak berkesan yang disasarkan kepada sakit saraf, ianya sering memberi tumpuan kepada mereka yang hidup dengan kesakitan untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik, berpeluang untuk menjalankan kerja harian dengan pengurusan kesakitan yang lebih baik, dan bukanlah untuk menghilangkan kesakitan sepenuhnya. Menentukan punca kesakitan sebenar boleh juga memberi kelegaan apabila punca tersebut ditangani.

non drug treatment

Contohnya, sakit saraf iaitu simptom biasa kepada diabetes yang tidak terkawal, yang dikenali sebagai neuropati diabetes, boleh dikurangkan secara signifikan dengan menguruskan diabetes dengan lebih baik.9

Sebarang kesakitan yang berterusan memerlukan pemeriksaan. Dengan penilaian dan diagnosis yang tepat, kemungkinan untuk mendapatkan rawatan terbaik dan penjagaan menyeluruh adalah jauh lebih baik.

Rujukan:

  1. Global Year Against Neuropathic Pain. 2014-2015. International Association for the Study of Pain. Available at https://s3.amazonaws.com/rdcms-iasp/files/production/public/AM/Images/GYAP/Epidemiology%20of%20Neuropathic%20Pain.pdf. Accessed on 22 June 2020.
  2. Management of Neuropathic Pain. 2nd Edition. 2012. Malaysian Association for the Study of Pain. Available at https://www.masp.org.my/index.cfm?menuid=21. Accessed on 22 June 2020.
  3. Nociceptive and neuropathic pain: What are they? Medical News Today. 2017. Available from https://www.medicalnewstoday.com/articles/319895. Accessed on 22 June 2020.
  4. Healthdirect. Nerve pain (neuralgia). July 2020. Available from: https://www.healthdirect.gov.au/nerve-pain. Accessed on 29 September 2021.
  5. Healthline. Neuralgia. Healthline. 2018. Available at: https://www.healthline.com/health/neuralgia. Accessed 19 July 2020
  6. Colloca L, Ludman T, Bouhassira D, et al. Neuropathic pain. Nat Rev Dis Primers. 2017;3:17002.
  7. Managing neuropathic pain: a stepwise approach. Australian Government. Department of Veterans' Affairs. Veterans’ Medicines Advice and Therapeutics Education Services. June 2013. Available at https://www.apsoc.org.au/PDF/Publications/Veterans_MATES_35_Neuropathic_Pain_TherBrief_JUN13.pdf. Accessed on 22 June 2020.
  8. Sturgeon, J. Psychological therapies for the management of chronic pain. Psychol Res Behav Manag.2014; 7: 115–124. Available from https://www.dovepress.com/psychological-therapies-for-the-management-of-chronic-pain-peer-reviewed-article-PRBM Accessed on 26 June 2020.
  9. How Is Diabetic Nerve Pain Treated? WebMD. Available from https://www.webmd.com/diabetes/guide/peripheral-neuropathy-treating-nerve-pain. Accessed on 26 June 2020.

Bagaimana saya tahu samada saya mempunyai sakit saraf?

Punca kesakitan selalunya adalah lebih sukar untuk dikenal pasti apabila ia melibatkan saraf, khususnya benar bagi kesakitan jenis neuropatik.

Untuk menganggarkan kemungkinan bahawa kesakitan anda berpunca daripada saraf anda, sila jawab Ya atau Tidak kepada setiap soalan di bawah.

Soalan 1:

Adakah kesakitan anda mempunyi ciri-ciri yang berikut?
  Ya Tidak
Membakar    
Rasa seperti kesejukan yang menyakitkan    
Kejutan Elektrik    

Soalan 2:

Adakah anda mengalami satu atau lebih simptom berikut pada bahagian yang sama dengan bahagian yang sakit?
  Ya Tidak
Sesemut    
Dicucuk pin dan jarum    
Kebas    
Gatal    

Soalan 3:

Adakah rasa yang berikut kurang pada bahagian yang sakit?
  Ya Tidak
Sentuhan    
Pencungkil gigi/ jarum    

Soalan 4:

Apaila anda memberus bahagian yang sakit dengan berus lembut atau bebola kapas, adakah anda berasa sakit atau kesakitan itu meningkat?
  Ya Tidak

Beri 1 mata untuk setiap jawapan YA. Bagi jawapan TIDAK, beri 0 mata.

Skor daripada 10 mata tersebut menunjukkan kemungkinan bahawa kesakitan adalah berpunca daripada sumber yang berkaitan dengan saraf.

Semakin tinggi skor, semakin tinggi korelasinya. Pengiraan ini bukanlah suatu peralatan diagnostik tetapi peluang untuk anda membincangkan keputusannya dengan doktor anda.

Rujukan:

Bouhassira D et al. Comparison of Pain Syndromes Associated With Nervous or Somatic Lesions and Development of a New Neuropathic Pain Diagnostic Questionnaire (DN4). Pain 2005 Mar;114(1-2):29-36.

NON-2022-4521-17March2022

Viatris Sdn. Bhd.

Reg. No: 201801018158 (1280174-H)

(formerly known as Upjohn (Malaysia) Sdn. Bhd.)

15-03 & 15-04, Level 15, Imazium,

No. 8, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,

47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603-7733 8005

© 2023 Viatris Inc. - All Rights Reserved

Polisi Peribadi Glosari Utama Mengenai Kami
viatris