Skip to main content

Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.

Laman utama

Main navigation

  • Laman utama
  • Kardiovaskular
    • Tekanan darah tinggi
      • Mengenai tekanan darah tinggi
      • Punca-punca tekanan darah tinggi
      • Tekanan darah waktu pagi | My Health My Life
      • Tekanan darah tinggi dan strok
      • Mengawal tekanan darah tinggi
      • Memastikan kestabilan tekanan darah
    • Strok
    • Kegagalan jantung
    • Serangan jantung
    • Kolesterol tinggi
      • Mengenai Kolesterol Tinggi
      • Faktor risiko kolesterol tinggi
      • Pengurusan kolesterol tinggi
      • Fakta tentang kolesterol
  • Kesakitan
    • Mengenali sakit kepala anda
    • Melindungi belakang anda
    • Sakit belakang
    • Sakit kronik
    • Pusat Sakit Saraf Diabetes
    • Membantu seseorang dalam kesakitan
    • Pusat Sakit Belakang Bahagian Bawah
    • Pusat Sakit Saraf
    • Memahami sakit saraf
    • memahami sakit sendi osteoartritis
    • Mengatasi Kesakitan: Rawatan Biopsikososial
  • Kencing manis
    • Memahami diabetes
    • Faktor risiko diabetes
    • Mengurus Diabetes
    • Komplikasi diabetes
    • Puasa Dan Diabetes
    • Penjagaan bahagian kaki
  • Kehidupan yang sihat
    • Mengekalkan berat badan yang sihat
    • Senaman
    • Diet
    • Mendapatkan tidur yang mencukupi
    • Berhenti merokok
    • Penglibatan sosial dan kesihatan
    • Penyakit kronik dan kemurungan
    • Keletihan
    • Teknik relaksasi
    • Berduduk dan kelemahannya
    • Memahami kemurungan
    • Kesedihan menjejaskan kesihatan
  • Ubat-ubatan
    • Mengenai pematuhan uba
    • Nilai pematuhan ubat
    • Meningkatkan pematuhan ubat
    • Pengambilan ubat berlebihan
  • Petua dan soalan lazim
    • Sebelum mengambil bacaan anda
    • Persediaan melancon
    • Procedur kecemasan
    • Sejarah kesihatan keluarga
    • Penuaan secara sihat
    • Soalan soalan kepada doktor anda
    • Soalan lazim
  • Videos
Melayu (Malaysia)
  • English (Malaysia)
  • Melayu (Malaysia)
  • 中文(中国)

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.

Pusat Sakit Saraf

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sakit saraf.

  1. Laman utama
  2. Kesakitan
  3. Pusat Sakit Saraf
  • Apakah yang dimaksudkan oleh sakit saraf?
  • Adakah sakit saraf penyakit yang biasa?
  • Bagaimanakah rasanya sakit saraf?
  • Jangan abaikan kesakitan anda
  • Apakah yang membezakan sakit saraf daripada sakit-sakit yang lain?
  • Adakah anda mempunyai kenalan yang menghidapi sakit saraf?
  • Rujukan

Apakah yang dimaksudkan oleh sakit saraf?

Sakit saraf ialah kesakitan yang disebabkan oleh kerosakan atau penyakit yang menjejaskan saraf, saraf tunjang, atau otak.1,2 Doktor anda akan mengatakan sakit saraf ialah sakit neuropati.

Apabila saraf tercedera atau rosak, ia berkemungkinan gagal untuk berfungsi, lalu terus menghantar mesej dengan spontan kepada saraf tunjang dan otak. Saraf tunjang dan otak akan menafsirkan mesej tersebut sebagai sakit.1

Sakit saraf selalunya bersifat kronik, ia boleh berterusan sehingga berbulan-bulan atau lebih, tanpa sebab-sebab yang jelas.3

Sakit saraf juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah:3

 

ic1

Penyalahgunaan alkohol

ic2

Strok

ic3

Kecederaan saraf tunjang

ic4

Gangguan metabolik/nutrisi

ic5

Gangguan jangkitan/autoimun

ic6

Ubat-ubatan tertentu

 

Kebarangkalian untuk mengalami sakit saraf semakin tinggi dengan peningkatan umur dan tahap kecederaan/punca sebenarnya.3

Adakah sakit saraf penyakit yang biasa?

Ingatlah bahawa jika anda menderita kesakitan, anda tidak berseorangan.3 Sakit saraf menjejaskan ramai orang dan simptomnya berbeza bagi setiap orang. Dianggarkan bahawa 5-20% populasi umum mengalami sakit saraf.4-9

Jika anda mempunyai kesakitan yang tidak berkurangan, buatlah temu janji dengan doktor anda.

image 1

Bagaimanakah rasanya sakit saraf?

Sakit saraf sering digambarkan sebagai kesakitan seperti ditusuk, jarum dan pin, kepanasan, kesejukan, ditikam, ditembak atau renjatan elektrik.3 Kesakitan tersebut mungkin sentiasa ada, mungkin datang dan hilang, dan selalunya lebih sakit pada waktu malam.10

 

ic7

 

Renjatan elektrik

ic8

 

Ditembak/ ditikam

ic9

 

Pijar/ Kepanasan

ic10

 

Ditusuk/ jarum dan pin

ic11

 

Kesejukan

 

Bahagian tubuh badan yang sakit akan menjadi lebih sensitif daripada biasa jika anda mengalami sakit saraf. Contohnya, keadaan yang tidak menyakitkan seperti sentuhan pakaian di atas kulit atau tiupan angin sejuk, boleh menjadi keadaan yang sangat menyakitkan.3

Jangan abaikan kesakitan anda

image

Sakit saraf boleh memberi impak yang negatif kepada kualiti hidup anda.11 Selain daripada sakit, kelewatan dalam merawatnya atau kesilapan dalam mendiagnosis sakit saraf akan menjurus kepada gangguan kesihatan yang lain termasuk:11

 

ic12

Keresahan

ic13

Gangguan tidur

ic14

Kemurungan

 

Terdapat rawatan yang khusus yang tersedia untuk sakit saraf. Jika anda rasa anda mengalami sakit saraf, sila buat temu janji dengan doktor anda.

Jika kesakitan anda tidak berkurangan, anda perlu dapatkan rawatan.

Apakah yang membezakan sakit saraf daripada sakit-sakit yang lain?

image

Sakit saraf berbeza dengan sakit-sakit yang lain kerana ia menjejaskan sistem saraf secara langsung.12

Biasanya, rasa sakit adalah cara sistem saraf memberitahu kita bahawa terdapat kerosakan di sebahagian tubuh kita. Hal ini dipanggil sakit nosiseptif. Berbeza dengan sakit nosiseptif, sakit saraf berpunca daripada penyakit atau kerosakan pada saraf itu sendiri. Sakit saraf juga dikenal sebagai sakit neuropati. Kedua-dua sakit nosiseptif dan neuropati boleh wujud bersama yang mana ia dikenal sebagai sakit ’campuran’ (mixed pain).12

Pesakit saraf mengalami simptom seperti ditikam, ditembak, atau renjatan elektrik.3 Simptom-simptom ini merupakan tanda kerosakan saraf dan mungkin tidak dirasai oleh kesakitan yang lain.12

Adakah anda mempunyai kenalan yang menghidapi sakit saraf?

image

Adakah anda kenal seseorang yang mempunyai simptom seperti sakit saraf? Jika ada, terdapat langkah-langkah praktikal yang perlu anda ambil bagi membantu mereka yang mengalami kesakitan yang berterusan itu.

Rujukan

  1. Health Direct Australia. Nerve Pain. 2016. Available at: https://www.healthdirect.gov.au/nerve-pain. Accessed on 1st Mar 2017.
  2. International Association for the Study of Pain. IASP Taxonomy. Available at: http://www.iasp-pain.org/Taxonomy. Accessed on 11th Jul 2016.
  3. Freynhagen R, et al. Diagnosis and Management of Neuropathic Pain. BMJ. 2009;339:b3002.
  4. Bouhassira D, et al. Prevalence of Chronic Pain with Neuropathic Characteristics in the General Population. Pain. 2008;136(3):380-387.
  5. De Moraes Vieira EB, et al Prevalence, Characteristics, and Factors Associated with Chronic Pain with and without Neuropathic Characteristics in Sao Luis, Brazil. J Pain Symptom Manage. 2012;44(2):239-251.
  6. Elzahaf RA, et al. Translation and Linguistic Validation of the Self-Completed Leeds Assessment of Neuropathic Symptoms and Signs (S-LANSS) Scale for use in a Libyan Population. Pain Pract. 2013;13(3):198-205.
  7. Ohayon MM, et al. Prevalence and Comorbidity of Chronic Pain in the German General Population. J Psychiatr Res. 2012;46(4):444-450.
  8. Torrance N, et al. The Epidemiology of Chronic Pain of Predominantly Neuropathic Origin. Results from a General Population Survey. J Pain. 2006;7(4):281-289.
  9. Toth C, et al. The Prevalence and Impact of Chronic Pain with Neuropathic Pain Symptoms in the General Population Pain Med. 2009;10(5):918-929.
  10. Meyer HP. Neuropathic Pain - Current Concepts, SA Fam Pract. 2008;50(3):40-49.
  11. Harden N, et al. Unmet Needs in the Management of Neuropathic Pain. J Pain Symptom Manage. 2003;25(5 Suppl):S12-17.
  12. Haanpää M., et al. Assessment of Neuropathic Pain in Primary Care. Am J Med. 2009; 122(10Suppl):S13-21.
NON-2022-4521-17March2022

Viatris Sdn. Bhd.

Reg. No: 201801018158 (1280174-H)

(formerly known as Upjohn (Malaysia) Sdn. Bhd.)

15-03 & 15-04, Level 15, Imazium,

No. 8, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,

47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603-7733 8005

© 2023 Viatris Inc. - All Rights Reserved

Polisi Peribadi Glosari Utama Mengenai Kami
viatris