Skip to main content

Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.

Laman utama

Main navigation

  • Laman utama
  • Kardiovaskular
    • Tekanan darah tinggi
      • Mengenai tekanan darah tinggi
      • Punca-punca tekanan darah tinggi
      • Tekanan darah waktu pagi | My Health My Life
      • Tekanan darah tinggi dan strok
      • Mengawal tekanan darah tinggi
      • Memastikan kestabilan tekanan darah
    • Strok
    • Kegagalan jantung
    • Serangan jantung
    • Kolesterol tinggi
      • Mengenai Kolesterol Tinggi
      • Faktor risiko kolesterol tinggi
      • Pengurusan kolesterol tinggi
      • Fakta tentang kolesterol
  • Kesakitan
    • Mengenali sakit kepala anda
    • Melindungi belakang anda
    • Sakit belakang
    • Sakit kronik
    • Pusat Sakit Saraf Diabetes
    • Membantu seseorang dalam kesakitan
    • Pusat Sakit Belakang Bahagian Bawah
    • Pusat Sakit Saraf
    • Memahami sakit saraf
    • memahami sakit sendi osteoartritis
    • Mengatasi Kesakitan: Rawatan Biopsikososial
  • Kencing manis
    • Memahami diabetes
    • Faktor risiko diabetes
    • Mengurus Diabetes
    • Komplikasi diabetes
    • Puasa Dan Diabetes
    • Penjagaan bahagian kaki
  • Kehidupan yang sihat
    • Mengekalkan berat badan yang sihat
    • Senaman
    • Diet
    • Mendapatkan tidur yang mencukupi
    • Berhenti merokok
    • Penglibatan sosial dan kesihatan
    • Penyakit kronik dan kemurungan
    • Keletihan
    • Teknik relaksasi
    • Berduduk dan kelemahannya
    • Memahami kemurungan
    • Kesedihan menjejaskan kesihatan
  • Ubat-ubatan
    • Mengenai pematuhan uba
    • Nilai pematuhan ubat
    • Meningkatkan pematuhan ubat
    • Pengambilan ubat berlebihan
  • Petua dan soalan lazim
    • Sebelum mengambil bacaan anda
    • Persediaan melancon
    • Procedur kecemasan
    • Sejarah kesihatan keluarga
    • Penuaan secara sihat
    • Soalan soalan kepada doktor anda
    • Soalan lazim
  • Videos
Melayu (Malaysia)
  • English (Malaysia)
  • Melayu (Malaysia)
  • 中文(中国)

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.

You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.

Fatigue

Keletihan

Sila hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda berasa lesu atau lemah lebih daripada beberapa minggu.5

  1. Laman utama
  2. Kehidupan yang sihat
  3. Keletihan
  • Pilihan gaya hidup yang boleh menyebabkan kelesuan
  • Masalah kesihatan yang boleh menyebabkan kelesuan
  • Mendapatkan bantuan
  • Rujukan

Pilihan gaya hidup yang boleh menyebabkan kelesuan

Beberapa gaya hidup atau punca berkaitan tingkah laku yang menyebabkan kelesuan adalah:

clock

Tidur yang tidak cukup boleh menjejaskan tubuh badan dan menjadikan seseorang berasa letih dan penat. Orang dewasa digalakkan untuk tidur selama 7 jam atau lebih setiap malam untuk merangsang kesihatan yang optimum.1,2

coffee

Terlalu Banyak Meminum Alkohol atau Kafein boleh mengganggu waktu tidur. Minuman beralkohol dan berkafein hendaklah dihadkan pada waktu malam hingga waktu tidur.3,4

medications

Ubat-ubatan Tertentu seperti ubat tekanan darah, antimurung atau antihistamina biasanya dikaitkan dengan kelesuan.4-6

unbalanced

Diet yang sangat tidak seimbang atau tidak cukup makan boleh menyebabkan anda berasa tidak bermaya. Makanan yang berkhasiat dapat mengekalkan tahap tenaga dan mengelakkan kelesuan.5,6

Dengan mengubah tabiat, anda akan berasa lebih bertenaga. Namun, jika ia tidak berjaya, sila dapatkan bantuan daripada doktor kerana mungkin terdapat masalah sampingan yang memerlukan rawatan.

Masalah kesihatan yang boleh menyebabkan kelesuan

Banyak masalah kesihatan atau gangguan yang dikaitkan dengan kelesuan seperti:

fatigue

Sindrom kelesuan kronik (CFS) ialah masalah rumit yang berkaitan dengan kelesuan yang melampau, kelemahan, sakit sendi dan otot, tidur yang tidak menyegarkan dan tidak dapat memberikan tumpuan. Ia tidak boleh ditangani dengan tidur di atas katil dan boleh menjejaskan aktiviti seharian.7

thyroid

Gangguan tiroid tercetus daripada pengeluaran hormon tiroid yang luar biasa. Pengeluaran hormon tiroid yang terlalu banyak (hipertiroidisme) mempercepatkan banyak fungsi tubuh manakala pengeluaran hormon tiroid yang tidak mencukupi (hipotiroidisme) melambatkan fungsi tubuh. Kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan keletihan dan kelesuan.8,9

dipression

Kemurungan ialah gangguan rasa hati yang teruk. Dalam kebanyakan orang, ia dikaitkan dengan simptom kelesuan dan corak tidur terubah.10

RBC

Anemia ialah merupakan satu keadaan di mana tubuh yang tidak mempunyai cukup sel darah merah untuk membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. Akibatnya, anda kerap berasa lemah, pening, sesak nafas dan sentiasa letih.11,12

sleep apena

Apnea tidur ialah keadaan pernafasan yang luar biasa semasa tidur. Tempoh pernafasan mungkin terhenti selama beberapa saat hingga beberapa minit atau pernafasan menjadi lemah. Disebabkan pernafasan normal terganggu, waktu tidur juga terganggu dan anda berasa penat dan letih apabila bangun dari tidur.13

diabetes

Dalam masalah diabetes, jumlah glukos di dalam darah adalah terlalu tinggi dan sel tidak mendapat glukos yang mencukupi. Diabetes boleh menyebabkan kelesuan dan simptom lain seperti berasa sangat dahaga atau lapar dan kerap membuang air kecil.14,15

heart

Dalam masalah kegagalan jantung, jantung tidak dapat mengepam darah secara normal ke seluruh tubuh badan. Aktiviti yang mudah seperti berjalan atau menaiki tangga boleh menyebabkan rasa penat dan sesak nafas. Simptom lain seperti tercungap-cungap dan bengkak pada tapak kaki, buku lali, kaki dan perut juga dapat dilihat.16

Mendapatkan bantuan

help

Sila hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda berasa lesu atau lemah lebih daripada beberapa minggu.5 Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan kelesuan, sila dapatkan nasihat pasukan penjagaan kesihatan anda untuk mengetahui cara yang lebih baik untuk merangsang paras tenaga.16

Rujukan

  1. 7 and Up: The healthy sleep duration for adults | american academy of sleep medicine [Internet]. Sleepeducation.Org. 2015 [Cited 7 june 2019]. Available from http://sleepeducation.org/healthysleep/seven-and-up-healthy-sleep-duration
  2. Watson NF, Badr MS, Belenky G, Bliwise DL, Buxton OM, Buysse D, et al. Recommended amount of sleep for a healthy adult: a joint consensus statement of the American academy of sleep medicine and sleep research society. Sleep. 2015;38(6):843-4.
  3. Alcohol and fatigue | Harvard health publishing, Harvard medical school [Internet]. health.harvard.edu. 2019 [Cited 7 June 2019]. Available from https://www.health.harvard.edu/mind-and-mood/alcohol-and-fatigue
  4. Rosenthal TC, Majeroni BA, Pretorius R, Malik K. Fatigue: an overview. Am Fam physician. 2008;78(10):1173-1179.
  5. Fatigue: more than being tired | National Institute on aging [Internet]. Nia.nih.gov. 2016 [Cited 7 June 2019]. Available from https://order.nia.nih.gov/sites/default/files/2018-09/fatigue_0.pdf
  6. Fatigue | MedlinePlus Medical Encyclopedia [Internet]. Medlineplus.gov. 2019 [Cited 7 June 2019]. Available from https://medlineplus.gov/ency/article/003088.htm
  7. Chronic fatigue syndrome | Office on women’s health. US Dept of health and human services [Internet]. womenshealth.gov. 2019 [Cited 7 June 2019]. Available from https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/chronic-fatigue-syndrome
  8. Thinking about your thyroid | National institute of health department of health and human services [Internet]. newsinhealth.nih.gov. 2015 [Cited 7 June 2019]. Available from https://newsinhealth.nih.gov/2015/09/thinking-about-your-thyroid
  9. Hyperthyroidism | American thyroid association [Internet]. thyroid.org. 2019 [Cited 7 June 2019]. Available from https://www.thyroid.org/hyperthyroidism/
  10. Depression basics | National institute of mental health: mental health information [Internet]. Nimh.nih.gov. 2016 [Cited 7 June 2019]. Available from https://www.nimh.nih.gov/health/publications/depression/index.shtml
  11. Anemia: also known as iron-poor blood, low blood, tired blood | National heart, lung, and blood Institute: health topics [Internet]. Nhlbi.nih.gov. 2019 [Cited 7 June 2019]. Available from https://www.nhlbi.nih.gov/health-topics/anemia
  12. Your guide to anemia | National institute of health: National heart, lung, and blood institute [Internet]. Nhlbi.nih.gov. 2011 [Cited 7 June 2019]. Available from https://www.nhlbi.nih.gov/files/docs/public/blood/anemia-yg.pdf
  13. Always Tired? You may have sleep apnea| US Food & Drug Administration [Internet]. fda.gov. 2016 [Cited 23 August 2019]. Available from https://www.fda.gov/consumers/consumer-updates/always-tired-you-may-have-sleep-apnea
  14. What is diabetes? | National institute of diabetes and digestive and kidney diseases: health information [Internet]. Niddk.nih.gov. 2019 [Cited 7 June 2019]. Available from https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/what-is-diabetes
  15. Diabetes symptoms | American diabetes association [Internet]. diabetes.org. 2018 [Cited 7 June 2019]. Available from http://www.diabetes.org/diabetes-basics/symptoms/
  16. Increasing fatigue | European society of cardiology: heart failure matters warning signs [Internet]. heartfailurematters.org. 2019 [Cited 7 June 2019]. Available from https://www.heartfailurematters.org/en_GB/Warning-signs/Increasing-fatigue
NON-2022-4521-17March2022

Viatris Sdn. Bhd.

Reg. No: 201801018158 (1280174-H)

(formerly known as Upjohn (Malaysia) Sdn. Bhd.)

15-03 & 15-04, Level 15, Imazium,

No. 8, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,

47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603-7733 8005

© 2023 Viatris Inc. - All Rights Reserved

Polisi Peribadi Glosari Utama Mengenai Kami
viatris