Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.
Puasa dan diabetes
Keputusan untuk berpuasa semasa bulan Ramadan adalah penting untuk orang-orang yang menghidap diabetes (kencing manis). Keputusan untuk berpuasa patut dibuat atas nasihat agama, dengan menimbangkan risiko dan kerumitan yang dikaitkan dengan berpuasa, anda patut rujuk kepada doktor anda untuk nasihat sebelum berpuasa untuk Ramadan.
Mengenai puasa dan diabetes
Keputusan untuk berpuasa semasa bulan Ramadan adalah penting untuk orang-orang yang menghidap diabetes (kencing manis). Keputusan untuk berpuasa patut dibuat atas nasihat agama, dengan menimbangkan risiko dan kerumitan yang dikaitkan dengan berpuasa, anda patut rujuk kepada doktor anda untuk nasihat sebelum berpuasa untuk Ramadan.
Bersedia sebelum berpuasa semasa ramadan
Jika anda menghidap diabetes dan mahu berpuasa semasa Ramadan, anda patut bersedia seperti yang berikut untuk memastikan anda berpuasa dengan selamat:
(a) Kajian semula perubatan pra-Ramadan1
Penilaian berikut yang dibuat oleh doktor dan perlu dibuat 1–2 bulan sebelum Ramadan:
Selepas penilaian ini, anda akan dinasihati mengenai perubahan diet dan pelan ubat yang diperlukan supaya anda boleh berpuasa semasa mengikut regimen anti-diabetes.
(b) Pendidikan pesakit1
Anda dan ahli keluarga/penjaga anda patut menghadiri program pendidikan diabetes beberapa minggu sebelum Ramadan. La adalah penting untuk semua orang memahami dan menerima pendidikan mengenai penjagaan diabetes. Ini termasuklah:
Risiko-risiko berpuasa (iaitu, boleh menyebabkan penyahhidratan, hipoglisemia atau hiperglisemia);
Hipoglisemia (contohnya, menggigil, kerisauan, berpeluh, kadar jantung yang cepar, pening, kelaparan); dan
Hiperglisemia (contohnya, pengelihatan kabur, sering membuang air kecil, glukosa darah tinggi, keletihan meningkat)
Pemantauan glukosa darah;
Perancangan dan pilihan makanan;
Aktiviti fisikal;
Cara pemberian ubat-ubat; dan
Pengurusan komplikasi (contohnya, perlaksanaan minuman yang mengandungi glukosa untuk menangani hipoglisemia).
Menangani diabetes semasa ramadan
Anda perlu tamatkan puasa anda dengan segera jika anda mengalami simptom-simptom penyahhidratan, hipoglisemia atau hiperglisemia. Berikut adalah petua-petua untuk menangani diabetes semasa Ramadan:
Berpuasa semasa Ramadan untuk pesakit diabetes membawa risiko-risiko dan kerumitan. Rawatan susulan dengan doktor anda penting untuk memastikan badan anda sihat.
Rujukan
Al-Arouj M, et al. Diabetes care 2010;33:1895–1902.
Pathan MF, et al. Indian J Endocrinol Metab 2012;16:499–502.
Jaleel MA, et al. Indian J Endocrinol Metab 2011;15:268–273.
Ministry of Health Malaysia. Clinical practice guidelines: Management of type 2 diabetes mellitus (5th Edition); 2015.