Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.
Tekanan darah waktu pagi
Apabila anda baru bangun tidur pada waktu pagi, tekanan darah (blood pressure – BP) akan naik disebabkan ritma sirkardian badan kita. Ritma sirkardian adalah suatu kitaran aktiviti 24-jam yang berlaku setiap hari dan boleh mempengaruhi corak tidur/bangun kita. Pada waktu pagi, badan akan melepaskan hormon-hormon tertentu, seperti adrenalina dan noradrenalina. Hormon-hormon ini memberi anda rangsangan tenaga tetapi juga boleh menaikkan tekanan darah anda.
Corak tekanan darah setiap hari1,2
Tekanan darah (blood pressure – BP) mengikut corak harian. Ia biasanya lebih rendah pada waktu malam semasa anda tidur dan akan naik semula beberapa jam sebelum anda bangun pagi. Peningkatan tekanan darah ini akan berterusan sepanjang hari, biasanya ia akan sampai tahap yang paling tinggi pada tengahari. Apabila ia sudah sampai waktu lewat petang atau senja, tekanan darah anda akan mula menurun semula.
Sesetengah orang mengalami kelainan corak tekanan darah. Salah satu sebabnya adalah tekanan darah melonjak pada waktu pagi (atau dikenali sebagai hipertensi pagi), yang menyebabkan pertambahan risiko untuk mendapat kerosakan pada otak, jantung dan buah pinggang. Hipertensi pagi juga boleh berlaku kepada golongan orang yang mengawal tekanan darah mereka dengan baik.
Apakah itu hipertensi pagi?2
Hipertensi pagi boleh ditakrifkan berdasarkan bacaan tekanan darah (blood pressure – BP) pada waktu awal pagi dan pada waktu tidur. Anda mungkin menghidapi hipertensi pagi jika:
Dua jenis hipertensi pagi2
Apa yang menyebabkan hipertensi pagi?3
Apabila anda baru bangun tidur pada waktu pagi, tekanan darah (blood pressure – BP) akan naik disebabkan ritma sirkardian badan kita. Ritma sirkardian adalah suatu kitaran aktiviti 24-jam yang berlaku setiap hari dan boleh mempengaruhi corak tidur/bangun kita. Pada waktu pagi, badan akan melepaskan hormon-hormon tertentu, seperti adrenalina dan noradrenalina. Hormon-hormon ini memberi anda rangsangan tenaga tetapi juga boleh menaikkan tekanan darah anda. Peningkatan tekanan darah ini biasanya berlaku di antara 6 pagi dan tengah hari. Kesan buruk boleh dilihat jika tekanan darah naik terlalu tinggi.
Siapakah yang berisiko menghidapi hipertensi pagi?3
Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda menghidapi hipertensi pagi:
Apakah akibat hipertensi pagi?3,4
Orang-orang yang menghidap hipertensi pagi ada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung, strok atau mati secara tiba-tiba pada beberapa jam pertama waktu pagi berbanding dengan orang yang tidak ada hipertensi pagi.
Jika anda mengalami simptom-simptom seperti sakit kepala yang teruk, kesakitan dada, dan rasa kebas atau sesemut di muka atau lengan, hubungi doktor anda dengan serta merta.
Bagaimanakah saya tahu saya ada hipertensi pagi?3,5
>
Dapatkan mesin pemantau tekanan darah (blood pressure – BP) kerana ia adalah berguna untuk mengenalpasti jika anda ada hipertensi pagi. Mesin ini senang didapati di farmasi dan berpatutan. Terdapat pelbagai jenis pemantau untuk dibeli. Oleh itu, bincanglah dengan ahli farmasi anda untuk mengetahui jenis yang paling sesuai dengan anda.
Anda disyorkan untuk memeriksan tekanan darah anda dengan menggunakan lengan yang sama pada setiap kali, pada masa-masa yang berikut:
Bagaimanakah hipertensi pagi dirawat?2
Secara amnya, hipertensi pagi berlaku disebabkan kesan daripada ubat antihipertensi yang diambil oleh seseorang biasanya tidak tahan lebih daripada 24 jam. Oleh itu, doktor anda mungkin akan mencadangkan menggabungkan ubat antihipertensi yang ditujukan untuk hipertensi pagi dengan rawatan hipertensi yang anda sudah sedia ada.
Sebelum ubat tambahan diberi, langkah pertama rawatan adalah untuk memantau tekanan darah (blood pressure – BP) pada waktu awal pagi anda di rumah. Setelah anda didiagnos dengan hipertensi pagi, doktor anda akan menyesuaikan ubat-ubat anda untuk mengurangkan lonjakan tekanan darah pagi.
Bagaimanakah saya boleh mengelak atau mengawal hipertensi pagi?3
Untuk mengelak hipertensi pagi daripada berlaku, atau mengawalnya, anda patut buat yang berikut: