Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.
Punca-punca tekanan darah tinggi
Tekanan darah (blood pressure – BP) tinggi dikenali sebagai “pembunuh senyap” kerana simptom-simptomnya jarang dijumpai pada peringkat awal. Ini menyebabkan ramai orang tidak didiagnos dan dirawat. Sesetengah orang akan mengalami, secara kebetulan, simptom-simptom seperti sakit kepala, hidung berdarah dan keletihan.
Faktor-faktor utama yang menyebabkan tekanan darah tinggi
Merokok dan tekanan darah tinggi2-4
Merokok adalah faktor risiko tekanan darah (blood pressure – BP) yang penting. Semasa anda merokok, tekanan darah akan naik untuk sementara dan ini akan meningkatkan risiko dan merosakan arteri anda. Merokok dengan berterusan merangsangkan pengecutan dan pengerasan arteri dan ia boleh kekal selama satu dekad selepas anda berhenti merokok.
Kesan tembakau boleh menjejaskan kesihatan anda dengan teruk, terutama sekali jika anda telah berisiko mendapat tekanan darah tinggi. Merokok boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat komplikasi kardiovaskular sekunder seperti serangan jantung dan strok, dan memburukkan kerosakan buah pinggang. Malah, asap rokok sekunder boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung untuk golongan yang tidak merokok.
Jika anda belum berhenti merokok, ia adalah berbaloi untuk anda melakukannya. Bukan sahaja untuk mengawal tekanan darah, tetapi untuk kesihatan anda secara keseluruhan. Anda boleh mendapat tip untuk berhenti merokok di sini.
Bagaimana mengenalpasti jika saya ada tekanan darah tinggi?
Tekanan darah (blood pressure – BP) tinggi dikenali sebagai “pembunuh senyap” kerana simptom-simptomnya jarang dijumpai pada peringkat awal. Ini menyebabkan ramai orang tidak didiagnos dan dirawat. Sesetengah orang akan mengalami, secara kebetulan, simptom-simptom seperti sakit kepala, hidung berdarah dan keletihan. Walaupun simptom-simptom ini tidak patut diabaikan, ia bukanlah petunjuk tekanan darahP tinggi yang boleh dipercayai. Anda patut rujuk doktor anda untuk mengesahkan diagnosis tekanan darah tinggi.1
Oleh kerana tekanan darah tinggi biasanya tidak mempunyai simptom-simptom, cara terbaik untuk mengesan tekanan darah tinggi adalah dengan megawasi bacaan tekanan darah anda. Oleh itu, anda patut memeriksa tekanan darah anda sekurang-kurangnya setahun sekali kerana tekanan darah tinggi boleh berlaku tanpa petanda. Walau bagaimanapun, jika anda telah mendapat BP tinggi, pengesanan awal, rawatan dan pemantauan boleh membantu anda memastikan tekanan darah tidak merosot. Tip berikut boleh membantu anda semasa anda memeriksa tekanan darah anda5:
Bacaan tekanan darah yang sangat tinggi
Jika anda mendapat bacaan tekanan darah (blood pressure – BP) yang sangat tinggi, anda mungkin akan mengalami simptom-simptom berikut6,7:
Jangan ambil risiko. Kerap Awasi bacaan BP anda dan halang pembunuh senyap ini!