Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.
Pengurusan kolesterol tinggi
Jika paras kolesterol anda masih lebih daripada julat sasaran anda walaupun anda telah mencuba sedaya upaya untuk melaksanakan gaya hidup yang sihat, anda mungkin perlu mengambil ubat-ubatan untuk mendapatkan kesan penurunan kolesterol yang lebih baik.
Apakan faktor-faktor risiko untuk kolesterol tinggi?
Paras kolesterol biasanya dipengaruhi oleh gaya hidup. Langkah pertama untuk membaiki paras kolesterol anda adalah melalui perubahan gaya hidup. Ini termasuk mengubah pemakanan, mengurangkan berat badan, sering membuat aktiviti fizikal/ bersenam, berhenti merokok, dan berhenti minum arak.1–3 Gaya hidup yang sihat boleh merendahkan kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (low-density lipoprotein – LDL) sebanyak 20–30%.4
Ubat-ubatan yang menurunkan kolesterol: Pilihan yang boleh dipertimbangkan
Jika paras kolesterol anda masih lebih daripada julat sasaran anda walaupun anda telah mencuba sedaya upaya untuk melaksanakan gaya hidup yang sihat, anda mungkin perlu mengambil ubat-ubatan untuk mendapatkan kesan penurunan kolesterol yang lebih baik.
Sebelum memulakan rawatan dengan ubat-ubat yang menurunkan kolesterol, anda perlu mengambil ujian darah untuk memeriksa paras kolesterol dan kesihatan hati anda. Selepas memulakan rawatan, kolesterol darah dan fungsi hati (liver) anda perlu diawasi untuk memastikan ubat itu sesuai untuk anda.5
Doktor anda mungkin boleh mencadangkan satu, atau gabungan (kombinasi) ubat-ubat yang menurunkan kolesterol.
Berapa lamakah saya perlu mengambil ubat menurunkan kolesterol saya?
Selepas mula mengambil ubat menurunkan kolesterol, berkemungkinan besar anda akan mengambilnya untuk jangka masa yang panjang walaupun paras kolesterol anda telah turun. Ramai orang mendapati bahawa sebaik sahaja mereka berhenti mengambil ubat menurunkan kolesterol, paras kolesterol mereka akan naik semula.7
Adakah suplemen memainkan peranan dalam pengurusan kolesterol?
Selain daripada memastikan gaya hidup anda sihat dan mengambil ubat menurunkan kolesterol, anda mungkin akan tertanya sekiranya terdapat suplemen yang boleh menurunkan kolesterol untuk ditambahkan kepada diet anda. La adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu kerana kebaikan jangka masa panjang yang didapati daripada suplemen (yang disenaraikan di bawah) adalah berkontroversi8:
Pati articok
Barli
Minyak ikan
Biji rami (flaxseed)
Pati teh hijau
Bran oat
Stanol dan stenol tumbuh-tumbuhan
Protein whey
Protein Soya
Jus limau gedang
Ambil langkah untuk mengurus faktor-faktor risiko penyakit jantung sambil mengurus kolesterol tinggi anda. Anda dan pakar kesihatan anda boleh memainkan peranan penting dalam menjaga dan memperbaiki kesihatan jantung anda.
Rujukan
Ministry of Health Malaysia. Clinical practice guidelines: Management of dyslipidaemia (4th Edition); 2011.