- Laman utama
- Kesakitan
- Pusat Sakit Belakang Bahagian Bawah
Apakah yang dimaksudkan dengan sakit belakang bahagian bawah dengan komponen sakit saraf?
Sakit belakang pada bahagian bawah ialah sesuatu keadaan kesihatan yang sangat biasa yang melibatkan ligamen, sendi kecil, otot, tendon, dan/atau saraf pada bahagian belakang badan.1 Ia boleh melibatkan gabungan sakit nosiseptif (sakit yang disebabkan oleh kerosakan atau kecederaan tisu) dan sakit neuropati, yang juga dikenal sebagai kesakitan ‘campuran’ (mixed pain).1,2 Keadaan ini mungkin berpunca daripada himpitan kepada saraf dan/atau keradangan pada tulang belakang.3
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan sakit belakang bahagian bawah dengan komponen sakit saraf termasuk:3

Slipped disc

Penyempitan tulang belakang

Komplikasi/kegagalan pembedahan tulang/ belakang

Kecederaan saraf tunjang
Jika anda menderita sakit tulang belakang, anda perlu memberitahu simptomnya kepada doktor anda.
Adakah sakit belakang bahagian bawah dengan komponen sakit saraf penyakit yang biasa?
Sakit belakang bahagian bawah adalah satu daripada kesakitan yang biasa dialami.4 Kesakitan yang berterusan mungkin mempunyai komponen neuropati, atau sakit saraf.
Anda perlu menerangkan simptom-simptom kesakitan anda kepada doktor, sebagai langkah pertama untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Seramai 4 daripada 5 orang mengalami sakit belakang bahagian bawah pada satu-satu masa seumur hidup mereka4

Antara 20-35% pesakit belakang bahagian bawah mengalami sakit saraf3

Dianggarkan seramai 2 daripada 5 orang pesakit golongan tua (berumur ≥65 tahun) yang mengalami sakit belakang bahagian bawah yang kronik turut mengalami sakit saraf5
Bagaimanakah rasanya sakit belakang di bahagian bawah dengan komponen sakit saraf?
Sakit belakang bahagian bawah ialah satu keadaan yang kompleks yang boleh melibatkan sakit yang bercampur berpunca daripada kerosakan atau kecederaan tisu (sakit nosiseptif) dan sakit saraf.1
Komponen sakit saraf dalam sakit belakang bahagian bawah biasanya digambarkan sebagai sakit seperti ditusuk, pin dan jarum, kepanasan, kesejukan, ditikam, ditembak, atau renjatan elektrik.6
Kesakitan ini mungkin sentiasa ada, atau datang dan pergi, mungkin menjalar ke kaki atau tangan, dan selalunya lebih sakit pada waktu malam.7

Renjatan elektrik

Ditembak/ ditikam

Pijar/ Kepanasan

Ditusuk/ jarum dan pin

Kesejukan

Kesakitan menjalar ke tangan atau kaki
Bahagian tubuh badan yang sakit akan menjadi lebih sensitif daripada biasa jika anda mengalami sakit saraf. Contohnya, keadaan yang tidak menyakitkan seperti sentuhan pakaian di atas kulit atau tiupan angin sejuk, boleh menjadi keadaan yang sangat menyakitkan.6
Jangan abaikan kesakitan anda

Sakit belakang bahagian bawah boleh memberi impak yang negatif kepada kualiti hidup anda.3 Selain daripada sakit, kelewatan dalam merawatnya atau kesilapan dalam mendiagnosis komponen sakit saraf akan menjurus kepada gangguan kesihatan yang lain termasuk:8

Keresahan

Gangguan tidur

Kemurungan
Terdapat rawatan khusus yang tersedia untuk komponen sakit saraf bagi sakit belakang bahagian bawah. Jika anda rasa anda mengalami sakit belakang bahagian bawah dengan komponen sakit saraf, sila buat temu janji dengan doktor anda.
Jika kesakitan anda tidak berkurangan, anda perlu dapatkan rawatan.
Apakah yang membezakan sakit saraf daripada sakit-sakit yang lain?

Sakit saraf yang dialami pada bahagian bawah belakang berbeza dengan sakit-sakit yang lain kerana ia menjejaskan sistem saraf secara langsung.2
Biasanya, rasa sakit adalah cara sistem saraf memberitahu kita bahawa terdapat kerosakan di sebahagian tubuh kita. Hal ini dipanggil sakit nosiseptif. Berbeza dengan sakit nosiseptif, sakit saraf berpunca daripada penyakit atau kerosakan pada saraf itu sendiri. Sakit saraf juga dikenal sebagai sakit neuropati. Kedua-dua sakit nosiseptif dan neuropati boleh wujud bersama yang mana ia dikenal sebagai sakit ’campuran’ (mixed pain).2
Pesakit saraf mengalami simptom seperti ditikam, ditembak, atau renjatan elektrik.6 Simptom-simptom ini merupakan tanda kerosakan saraf dan mungkin tidak dirasai oleh kesakitan yang lain.2
Adakah anda mempunyai kenalan yang menhidapi belakang bahagian bawah dengan komponen sakit saraf?
Adakah anda kenal seseorang yang mempunyai simptom seperti sakit belakang bahagian bawah dengan sakit saraf? Jika ada, terdapat langkah-langkah praktikal yang perlu anda ambil bagi membantu mereka yang mengalami kesakitan yang berterusan itu.
Rujukan
- Freynhagen R, et al. PainDETECT: A New Screening Questionnaire to Identify Neuropathic Components in Patients with Back Pain. Curr Med Res Opin. 2006;22:1911-1920.
- Haanpaa ML, et al. Assessment of Neuropathic Pain in Primary Care. Am J Med. 2009;122(10Suppl):S13-21.
- Freynhagen R, et al. The Evaluation of Neuropathic Components in Low Back Pain. Curr Pain Headache Rep. 2009;13(3):185-190.
- Walker BF. The Prevalence of Low Back Pain: A Systematic Review of the Literature from 1966 to 1998. J Spinal Disord. 2000;13(3):205-217.
- Sakai Y, et al. Neuropathic Pain in Elderly Patients with Chronic Low Back Pain and Effects of Pregabalin: A Preliminary Study. Asian Spine J. 2015;9(2):254-62.
- Freynhagen R, et al. Diagnosis and Management of Neuropathic Pain. BMJ. 2009;339:b3002.
- Meyer HP. Neuropathic Pain - Current Concepts. SA Fam Pract. 2008;50(3):40-49.
- Harden N, et al. Unmet Needs in the Management of Neuropathic Pain. J Pain Symptom Manage. 2003;25(5 Suppl):S12-17.