- Laman utama
- Kesakitan
- Memahami Sakit Sendi – Osteoartritis
Kesakitan osteoartritis adalah biasa
Osteoartritis menyumbangkan 20% daripada kesakitan kronik di seluruh dunia.2
Hampir 31% (30.8%) penduduk Kuala Lumpur yang umur melebihi 55 tahun mengalami sakit lutut.3 Sakit lutut adalah paling tinggi di kalangan kaum Melayu iaitu sebanyak 43.4% telah dilaporkan daripada keseluruhannya.3
Apa itu osteoartritis?
Osteoartritis ialah keadaan kronik yang dicirikan oleh degenerasi (kerosakan) struktur sendi yang menyebabkan kesakitan, dan membataskan pergerakan. Ia dikaitkan dengan perubahan keupayaan tubuh badan untuk membaiki kerosakan pada tulang rawan dalam sendi, dan keradangan pada keseluruhan struktur sendi.1,4,5
Osteoartritis merupakan kebiasaan sakit di kalangan populasi yang meningkat tua kerana tekanan pada sendi setelah sekian lama. Walaupun ia dijelaskan sebagai ‘haus dan lusuh’ pada sendi sejajar dengan peningkatan usia, namun ia dianggap sebagai penyakit sendi dan bukan sebahagian daripada proses penuaan yang normal.1
Bahagian yang paling biasa terjejas oleh osteoartritis termasuk lutut, pinggang, sendi jari, dan bahagian bawah tulang belakang.1
Perubahan pada sendi
Biasanya tulang rawan bertindak sebagai pelincir antara tulang yang bertemu pada sendi.5 Apabila tulang rawan ini rosak, ia menyebabkan keradangan pada cecair yang mengelilingi sendi, menyebabkan peningkatan cecair dalam sendi dan pembengkakan.5
Apabila tulang rawan rosak, ia mendedahkan permukaan tulang dan kemungkinan geseran antara satu sama lain, menebalkan dan menghasilkan spur tulang.5

Simptom

Simptom-simptom osteoartritis termasuklah:4
- Sakit sendi yang mana sakitnya terasa jauh ke dalam sendi, selalunya lebih ketara jika sendi digunakan pada masa yang lama.
- Pergerakan yang terbatas pada sendi yang terkesan, kadangkala dikaitkan dengan krepitus (bunyi bergemeresik dan letusan pada sendi).
- Kekakuan sendi yang dialami selepas masa istirehat (contohnya tidur) dan berlangsung selama 30 minit atau kurang
Kesakitan yang dialami dalam osteoartritis mungkin berterusan atau sesekali, dan mungkin berkaitan dengan pengaktifan laluan sakit saraf dalam sendi atau dalam sistem saraf tunjang.6
Kesakitan osteoartritis juga dipengaruhi oleh faktor persekitran, seperti perubahan corak cuaca, atau ia juga mungkin disebabkan oleh faktor psikologi atau emosi.2 Faktor sampingan ini adalah pertimbangan yang amat penting dalam mendiagnos dan mengurus osteoartritis, kerana tidak semua kesakitan osteoatritis berkait dengan sendi itu sendiri.6
Diagnosis
Osteoartritis didiagnos berdasarkan simptom yang dilaporkan oleh pesakit (kekakuan dsb.), kemudiannya disahkan menggunakan pelbagai teknik radiografik dan pengimejan.4
Teknik-teknik ini termasuklah Sinar-X, imbasan Tomografy Bercomputer (CT), Pengimejan Resonan Magnet (MRI), ultrabunyi atau imbasan tulang.

Pengurusan
Osteoartritis tidak mempunyai penawar namun pengurusannya melalui ubat-ubatan, rawatan tanpa ubat dan peralatan dapat membantu mengurangkan kesakitan.1 Terapi yang bersesuaian bergantung kepada tahap kesakitan anda.
Pilihan rawatan mungkin berdasarkan pilihan pengurusan gaya hidup seperti:1,4

Pek panas dan sejuk semasa kesakitan sedang memuncak.

Mengurangkan berat badan bagi megurangkan tekanan pada sendi.

Senaman, terapi fizikal atau terapi cara kerja bagi meningkatkan pergerakan dan batas pergerakan
Terdapat pelbagai jenis ubat untuk mengurus kesakitan sendi dan saraf. Ubat-ubatan ini akan disarankan oleh doktor bergantung kepada keperluan setiap pesakit.
Sering kali pesakit yang mengalami simptom teruk yang tidak bertindakbalas kepada rawatan biasa oleh doktor akan dirujuk kepada pakar ortopedik.4
Jika anda mengalami simptom di atas yang menjejaskan kualiti hidup anda, adalah penting untuk anda mendapatkan nasihat daripada perawat perubatan keluarga anda untuk mengetahui tentang rawatan yang tersedia untuk anda.
Rujukan:
- Arthritis Foundation. Osteoarthritis. Available at https://www.arthritis.org/diseases/osteoarthritis. Accessed on 13 June, 2020.
- Perrot, S. Osteoarthritis Pain: Pathophysiology, Diagnosis, and Management. Fact Sheet 13. International Association for the Study of Pain. Available at https://s3.amazonaws.com/rdcms-iasp/files/production/public/Content/ContentFolders/GlobalYearAgainstPain2/2016/FactSheets/English/13.%20Osteoarthritis%20Pain.pdf. Accessed on 13 June, 2020.
- Mat S, Jaafar MH, Ng CT, et al. Ethnic differences in the prevalence, socioeconomic and health related risk factors of knee pain and osteoarthritis symptoms in older Malaysians. PLoS One.2019;14(11):e0225075.
- Carlos J et al. Osteoarthritis. Medscape. 10th June 20. Available at https://emedicine.medscape.com/article/330487-overview#a1. Accessed on 13 June, 2020.
- Healthline. Osteoarthritis. Updated 30 March 2020. Available at: https://www.healthline.com/health/osteoarthritis. Accessed 29 September 2021.
- Goldenberg, D. Osteoarthritis and Central Pain. Practical Pain Management. June 2017. Available at: https://www.practicalpainmanagement.com/pain/myofascial/osteoarthritis/osteoarthritis-central-pain. Accessed 19 July 2020.