Viatris Sdn. Bhd. mengiktiraf kebimbangan rakyat berkaitan dengan COVID-19. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesihatan Mental dan pertimbangan psikososial semasa wabak COVID-19.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife to visit another website.
You are now leaving Viatris Myhealth Mylife. Links to other sites are provided as a convenience, and Viatris does not take responsibility for the content of linked sites.
Memahami kemurungan
Para penyelidik percaya bahawa kemurungan boleh berpunca daripada gabungan faktor genetik, biologi, persekitaran dan psikologi.
Apakah tahap kelaziman kemurungan?
Kemurungan adalah sejenis gangguan mental paling lazim di dunia. Di Malaysia, kira-kira 2.3 juta orang mengalami kemurungan pada satu tempoh dalam hidup mereka. Kelaziman kemurungan di Malaysia dianggarkan pada tahap 8%-12% secara keseluruhan dan dialami oleh kira-kira 20% dalam kalangan orang dewasa berusia 13 hingga 17 tahun.1-3
Apakah punca kemurungan?
Lazimnya, kemurungan bermula pada zaman dewasa tetapi ia juga boleh berlaku pada segenap usia termasuk zaman kanak-kanak. Para penyelidik percaya bahawa kemurungan boleh berpunca daripada gabungan faktor genetik, biologi, persekitaran dan psikologi. Faktor-faktor ini termasuk:4-6
Sejarah kemurungan diri atau keluarga.
Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit tertentu seperti diabetes, kanser, penyakit jantung dan penyakit Parkinson. Selain itu, kemurungan yang dialami boleh mengakibatkan penyakit ini menjadi lebih teruk.
Trauma, tekanan atau perubahan besar dalam hidup seseorang.
Penggunaan media sosial yang keterlaluan, terutamanya jika melibatkan buli siber.
Apakah tanda dan simptom kemurungan?
Tanda dan simptom kemurungan berbeza mengikut individu, terdapat individu menunjukkan tanda yang kurang, manakala ada yang banyak. Contohnya, sesetengah individu yang mengalami kemurungan mungkin berasa sedih, manakala yang lain tidak. Tanda dan simptom boleh berbentuk fizikal atau emosi. Beberapa tanda dan simptom umum kemurungan adalah seperti berikut:
Berasa sedih, hampa atau risau4,7
Perasaan ini boleh berterusan tanpa pulih atau hilang
Mudah berasa jengkel4,7
Anda menjadi cepat marah daripada biasa. Tahap toleransi anda rendah dan mudah marah walaupun disebabkan oleh perkara kecil
Berasa tidak berupaya, tidak berharga atau bersalah4,7
Anda berasa tiada harga diri atau hidup tiada makna atau terlalu memikirkan tentang kehilangan atau kegagalan
Kurang berminat dalam menjalankan aktiviti4,7
Anda tidak lagi menikmati hobi atau permainan yang diminati dahulu. Anda kurang atau tidak berminat untuk menjalani aktiviti sosial atau seks
Kurang bertenaga4,7
Anda berasa terlalu letih. Rutin dan tugas harian menjadi terlalu sukar untuk diuruskan
Berkomunikasi atau bergerak lebih lemah daripada biasa4,7
Anda mengalami pergerakan tubuh badan yang lemah dan mengambil masa yang lama untuk bercakap walaupun sepatah perkataan
Kegelisahan4,7
Berasa gelisah atau terganggu tanpa sebarang sebab yang khusus. Anda mungkin menunjukkan tanda seperti sukar duduk diam
Sukar memberikan tumpuan4,7
Anda sukar memberikan tumpuan. Anda berasa terbeban untuk membuat keputusan
Perubahan dalam corak tidur4,7
Anda bangun terlalu awal atau sukar tidur. Anda tidur terlalu lama daripada biasa
Perubahan selera atau berat badan4,7
Anda makan terlalu banyak atau tidak berasa lapar. Lazimnya, kemurungan mendorong kepada pertambahan atau pengurangan berat badan
Perasaan atau percubaan membunuh diri4,7
Situasi ini merupakan simptom kemurungan paling serius. Anda kerap berasa ingin membunuh diri atau merancang cara menamatkan hidup anda
Rasa sakit yang sukar digambarkan4,7
Rasa sakit, kejang atau masalah penghadaman yang bukan disebabkan oleh masalah fizikal dan tidak hilang dengan rawatan ubat
Kumpulan individu yang berbeza juga menunjukkan tanda kemurungan yang berbeza. Contohnya:8-10
Kaum wanita mungkin berasa sedih, tidak berharga dan rasa bersalah.
Kaum lelaki mungkin menyembunyikan emosi mereka dan menunjukkan rasa marah, tingkah laku yang agresif dan mudah berasa jengkel. Mereka juga menunjukkan masalah fizikal seperti denyutan jantung laju dan masalah penghadaman.
Kanak-kanak lebih tua dan remaja menunjukkan tanda seperti merajuk, bermasalah di sekolah dan mudah berasa jengkel.
Kanak-kanak lebih muda menunjukkan tanda enggan ke sekolah, berpura-pura sakit, memeluk ibu bapa dengan erat atau bimbang ibu bapa mereka akan mati.
Warga tua mudah berasa letih, sukar tidur atau mudah marah atau berasa jengkel. Mereka juga kerap berasa keliru atau sukar memberikan tumpuan. Masalah kesihatan berkaitan usia yang lain seperti penyakit jantung juga boleh menyebabkan kemurungan.
Bagaimanakah kemurungan didiagnosis?
Bagi menangani kemurungan, anda mestilah dapatkan bantuan. Jika anda berasa murung, anda hendaklah memaklumkan kepada penyedia penjagaan kesihatan anda. Jangan biarkan rasa malu atau stigma anggapan menghalang anda daripada mendapatkan bantuan. Sama seperti mana-mana penyakit lain, tindakan mendapatkan rawatan dapat membantu anda menjadi lebih sihat.8,11
Jika anda tidak pasti untuk menyatakan sebab anda membuat janji temu, jangan teragak-agak untuk menyatakan bahawa anda mungkin mengalami kemurungan dan ingin menjalani pemeriksaan. Sebelum janji temu anda, buatkan senarai:8
Sebarang simptom yang anda alami (bila simptom itu bermula, tahap kesukaran simptom, cara simptom itu dirawat, dll.).
Maklumat peribadi yang penting seperti menghadapi tekanan hidup yang berat atau perubahan hidup.
Semua ubat-ubatan termasuk makanan tambahan yang anda ambil.
Bawa senarai tersebut semasa janji temu untuk membantu anda menerangkan perasaan anda kepada penyedia penjagaan kesihatan. Tindakan ini akan membantu perbincangan yang lebih bermakna dengan penyedia penjagaan kesihatan anda.8,9
Bagaimanakah kemurungan ditangani?
Kemurungan boleh dirawat walaupun kes yang paling teruk. Jika rawatan dimulakan lebih awal, keberkesanannya akan menjadi lebih baik. Pilihan pengurusan kemurungan termasuk:8,9,12-14
Terapi perbincangan
(juga dipanggil psikoterapi)
Perubahan gaya hidup seperti senaman, tidur secukupnya, perhubungan sosial dan pemakanan yang sihat
Ubat-ubatan
Perubahan gaya hidup seperti senaman, tidur secukupnya, perhubungan sosial dan pemakanan yang sihat
Terapi perbincangan
(juga dipanggil psikoterapi)
Ubat-ubatan
Sila ingat bahawa tiada individu yang mengalami kemurungan dengan cara yang sama, maka, mencari rawatan terbaik untuk anda mungkin mengambil masa.
Adakah terdapat petua yang boleh juga membantu semasa rawatan?
Selain bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan anda untuk menangani kemurungan, terdapat petua lain yang boleh dilakukan untuk membantu seperti:8,9,12
Sentiasa aktif dari segi fizikal
Sentiasa prihatin
Tetapkan keutamaan
Luangkan masa dengan individu lain
Tetapkan matlamat yang realistik
Tangguhkan keputusan untuk mengubah hidup (contohnya, bertukar kerja) sehingga anda berasa lebih baik
Bagaimanakah saya boleh membantu seseorang yang mungkin mengalami kemurungan?
Jika anda mengesyaki seseorang yang anda kenali mengalami kemurungan, anda hendaklah menghubunginya dan cuba membantunya. Perbualan ini mungkin sukar untuk dimulai tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh dikatakan untuk memudahkannya. Contohnya:15
“Saya ada di sini. Saya ingin tahu perkhabaran awak.”
“Awak bukan keseorangan. Ramai orang yang mengalami kemurungan.”
“Saya ingin membantu. Mari kita buat janji temu dengan doktor.”
“Telefon atau mesej saya bila-bila masa awak mahu berbual.”
Walaupun anda berniat baik, individu yang anda ingin bantu mungkin tidak terbuka hatinya. Sila fahami tingkah lakunya bukan untuk menyinggung anda. Walau bagaimanapun, anda boleh cuba:16
Memberikan sokongan yang berterusan. Lama-kelamaan sokongan anda mungkin dapat diterima.
Fokus pada tingkah laku individu itu dan cara rawatan yang boleh membantu.
Dapatkan bantuan daripada keluarga dan rakan agar sentiasa menghubungi individu itu.
Rujukan
Ng CG. A review of depression research in Malaysia. Med J Malaysia. 2014;69 Suppl A:42-5.
Chan SL, Hutagalung FD, and Lau PL. A Review of Depression and Its Research Studies in Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counseling. 2017;2(4):40-55.
National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2017: Key Findings from the Adolescent Health and Nutrition Surveys | Institute for Public Health, National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia. [Internet]. 2018 [Cited 5 July 2019]. Available at http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2017/NHMS2017Infographic.pdf
Primack BA, Shensa A, Escobar-Viera C, et al. Use of multiple social media platforms and symptoms of depression and anxiety: A nationally-representative study among U.S. young adults. Comput Human Behav. 2017;69:1-9.
Qaseem A, Barry MJ, Kansagara D. Nonpharmacologic Versus Pharmacologic Treatment of Adult Patients With Major Depressive Disorder: A Clinical Practice Guideline From the American College of Physicians. Ann Intern Med. 2016;164(5):350-359.