- Laman utama
- Kardiovaskular
- Kegagalan jantung
Kegagalan jantung: jangan abaikan jantung anda

Kegagalan jantung berlaku akibat jantung yang lemah atau rosak. Dalam keadaan ini, jantung tidak dapat mengepam darah yang mencukupi ke seluruh tubuh atau otot jantung tidak mengendur sepenuhnya untuk mengisi darah yang mencukupi.1,2
Kegagalan jantung boleh menjejaskan bahagian kiri, bahagian kanan atau kedua-dua belah jantung.1,3
- Dalam kegagalan jantung di sebelah kiri, jantung tidak dapat mengepam darah yang beroksigen ke seluruh tubuh. Terdapat dua jenis kegagalan jantung di sebelah kiri– kegagalan sistolik yang mana jantung tidak berupaya untuk mengepam darah ke seluruh tubuh disebabkan kekurangan daya dan kegagalan diastolik yang mana jantung menjadi kaku dan tidak dapat berehat sepenuhnya untuk membenarkan darah yang cukup memasuki jantung.
- Dalam kegagalan jantung di sebelah kanan, jantung tidak dapat mengepam darah yang mencukupi ke paru-paru untuk menyerap oksigen semula. Ia biasanya berlaku akibat kegagalan jantung di sebelah kiri.
Bagaimanakah anda mengetahui yang anda menghidap kegagalan jantung?



Doktor anda akan mendiagnosis kegagalan jantung berdasarkan pemeriksaan berikut1,5

Sejarah perubatan dan sejarah keluarga yang lengkap

Pemeriksaan fizikal

Ujian makmal iaitu ujian darah, ujian fungsi hati dan buah pinggang, ujian kolesterol/lipid, sinar-x dada dan elektrokardiogram
Siapakah yang berisiko?
Punca utama paling biasa kegagalan jantung ialah penyakit arteri koronari, tekanan darah tinggi dan diabetes. Masalah lain yang mendorong kegagalan jantung adalah jangkitan di jantung, kecacatan jantung sejak lahir, degupan jantung luar biasa, gangguan tiroid, penyalahgunaan alkohol atau dadah dan penggunaan ubat-ubatan kanser.1,6
Kegagalan jantung paling biasa dihidapi oleh orang yang mempunyai faktor risiko berikut:1,6

Berusia 65 tahun atau lebih tua

Terlebih berat badan

Pernah mengalami serangan jantung

Berketurunan orang Afrika
Perubahan gaya hidup
Beberapa petua berguna untuk mengurangkan risiko menghidap kegagalan jantung:7

Kurangkan berat badan, jika anda terlebih berat badan atau gemuk

Sentiasa aktif dari segi fizikal. Pastikan anda berbincang dengan doktor sebelum memulakan sebarang rutin senaman yang baharu

Makan diet yang sihat yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijian penuh, tenusu rendah lemak dan daging tanpa lemak. Elakkan makanan yang banyak garam (menyebabkan pertambahan air) atau lemak tepu (meningkatkan kolesterol)

Pantau pengambilan air anda. Minum terlalu banyak air boleh memudaratkan lagi kegagalan jantung

Periksa berat badan anda setiap hari. Air berlebihan boleh menyebabkan berat badan bertambah

Berhenti merokok
Rawatan

Jika anda didiagnosis dengan kegagalan jantung kronik, doktor anda akan memberikan preskripsi ubat untuk membantu fungsi jantung atau membantu tubuh anda menyingkirkan air yang berlebihan. Beberapa ubat yang biasa digunakan dan cara ia berfungsi dihuraikan di bawah:1,8

Apabila kegagalan jantung semakin teruk dan ubat serta perubahan gaya hidup tidak lagi mampu mengawal simptom, seseorang itu perlu menjalani pembedahan contohnya, pembedahan lencongan koronari, mengimplan peranti seperti perentak jantung di dalam jantung atau pemindahan jantung.1,9
Pemeriksaan secara tetap<sup>1,10</sup>

- Anda perlu memahami tahap keterukan masalah penyakit ini dan mengikuti pelan rawatan doktor anda.
- Sebarang pengubahsuaian gaya hidup, rawatan atau penggunaan ubat hendaklah diambil seperti yang ditetapkan. Jika anda terlupa memakan ubat atau tidak mengikuti diet anda, ia boleh memudaratkan lagi kegagalan jantung.
- Anda hendaklah memaklumkan terus kepada doktor jika terdapat sebarang perubahan pada simptom atau jika anda berasa tidak sihat.
- Bincangkan dengan doktor sebarang tanda amaran yang menunjukkan isyarat masalah anda semakin teruk.
- Jika anda mengalami kesan sampingan daripada ubat, maklumkan kepada doktor anda. Mereka boleh melaraskan dos atau jenis ubat untuk melegakan kesan sampingan itu.
- Pemeriksaan secara tetap dengan doktor akan membantu anda memantau simptom-simptom.
Mengapakah Ia penting untuk dirawat?<sup>1</sup>

- Simptom kegagalan jantung boleh menjadi semakin teruk beransur-ansur dan boleh mendorong kepada kegagalan hati, jantung terhenti tiba-tiba (jantung berhenti berdenyut tiba-tiba) dan kematian.
- Dalam kebanyakan kes, pengubahsuaian gaya hidup sepanjang hayat dan ubat-ubatan diperlukan untuk memperlahankan kegagalan jantung daripada menjadi semakin teruk, mengurangkan simptom dan meningkatkan kualiti hidup.
- Anda hendaklah bekerjasama dengan doktor anda untuk merawat masalah kegagalan jantung ini.
Rujukan
- Heart failure | National heart, Lung, and Blood Institute (NHLBI) website. [Internet]. 2019 [Cited 28 June 2019]. Available at https://www.nhlbi.nih.gov/health-topics/heart-failure
- What is Heart Failure? | American Heart Association website. [Internet]. 2017 [Cited 28 June 2019]. Available at https://www.heart.org/en/health-topics/heart-failure/what-is-heart-failure
- Types of Heart Failure | American Heart Association website. [Internet]. 2017 [Cited 28 June 2019]. Available at https://www.heart.org/en/health-topics/heart-failure/what-is-heart-failure/types-of-heart-failure
- Warning Signs of Heart Failure | American Heart Association website. [Internet]. 2017 [Cited 28 June 2019]. Available at https://www.heart.org/en/health-topics/heart-failure/warning-signs-of-heart-failure
- Common Tests for Heart Failure | American Heart Association website. [Internet]. 2017 [Cited 28 June 2019]. Available at https://www.heart.org/en/health-topics/heart-failure/diagnosing-heart-failure/common-tests-for-heart-failure
- Causes of Heart Failure | American Heart Association website. [Internet]. 2017 [Cited 28 June 2019]. Available at https://www.heart.org/en/health-topics/heart-failure/causes-and-risks-for-heart-failure/causes-of-heart-failure
- Lifestyle Changes for Heart Failure | American Heart Association website. [Internet]. 2017 [Cited 28 June 2019]. Available at https://www.heart.org/en/health-topics/heart-failure/treatment-options-for-heart-failure/lifestyle-changes-for-heart-failure
- Medications Used to Treat Heart Failure | American Heart Association website. [Internet]. 2017 [Cited 28 June 2019]. Available at https://www.heart.org/en/health-topics/heart-failure/treatment-options-for-heart-failure/medications-used-to-treat-heart-failure
- Devices and Surgical Procedures to Treat Heart Failure | American Heart Association website. [Internet]. 2017 [Cited 28 June 2019]. Available at https://www.heart.org/en/health-topics/heart-failure/treatment-options-for-heart-failure/devices-and-surgical-procedures-to-treat-heart-failure
- Physical Changes to Report for Heart Failure | American Heart Association website. [Internet]. 2017 [Cited 28 June 2019]. Available at https://www.heart.org/en/health-topics/heart-failure/living-with-heart-failure-and-managing-advanced-hf/physical-changes-to-report-for-heart-failure