- Laman utama
- Ubat-ubatan
- Nilai pematuhan ubat
Kenapakah ia penting?
Penggunaan ubat yang konsisten diperlukan bagi menjayakan ubat preskripsi merawat penyakit.1 Namun, ramai orang tidak mengetahui kerosakan yang dibawa ke kehidupan mereka jika tiada komplians dan kepatuhan kepada pengambilan ubat.2 Bahagian berikut akan memberi anda lebih banyak maklumat mengenai akibat yang dikaitkan dengan tiada kepatuhan dan komplians kepada rawatan.
Akibat tiada kepatuhan dan komplians
Tidak mengambil ubat pada waktu yang betul atau seperti yang diarahkan boleh menyebabkan:
- Kemerosotan penyakit anda dan kemungkinan komplikasi yang lain.2,3
Contohnya:
- Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat meningkatkan risiko anda mendapat serangan jantung, kegagalan jantung, penyakit buah pinggang, strok dan demensia.4
- Kolesterol tinggi boleh menyebabkan kolesterol dan plak terhendap pada dinding arteri, mengurangkan aliran darah ke seluruh badan. Ini boleh menyebabkan kesakitan dada. Jika plak terlonggar, darah beku mungkin terbentuk lalu menyebabkan serangan jantung atau strok.5,6
- Diabetes ialah sebab utama kehilangan penglihatan dan kebutaan dalam kalangan dewasa bekerja. Lagi baik paras gula dalam darah dikawal, lagi rendah risiko mendapat komplikasi mata yang teruk. Diabetes yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan kerosakan saraf, kegagalan buah pinggang dan amputasi anggota bawah.7 Baca dengan lebih lanjut mengenai komplikasi diabetes di sini.
- Pada jangka masa panjang, kawalan gula dalam darah yang lemah/buruk meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok.7
- Kurang upaya untuk berfungsi dan kualiti kehidupan merosot.3
- Kurang produktiviti (kerja, sekolah, dan lain-lain)1
- Peningkatan kos kesihatan disebabkan oleh:
- Kemasukan ke hospital – kajian menunjukkan bahawa pesakit diabetes atau tekanan darah tinggi yang tidak mengambil ubat-ubat mereka dengan betul lebih cenderung masuk hospital.1
- Kemasukan ke rumah penjagaan1
- Keperluan lebih banyak lawatan doktor3
- Keperluan lebih banyak bahan rawatan yang rumit (ubat-ubat, alat perubatan, dan lain-lain)3
- Peningkatan kos sara hidup dalam jangka masa panjang
- Peningkatan beban kepada keluarga disebabkan kemaraan/kerumitan penyakit
- Kematian awal1
Rujukan
- PhRMA. Improving prescription medicine adherence is key to better health care. Available at https://www.phrma.org/-/media/Project/PhRMA/PhRMA-Org/PhRMA-Org/PDF/Patient_Savings_Programs_FINAL_062413.pdf. Accessed 8 October, 2019.
- American Heart Assocation. Medication adherence–taking your meds as directed. Available at http://www.heart.org/heartorg/conditions/more/consumerhealthcare/medication-adherence---taking-your-meds-as-directed_ucm_453329_article.jsp#.VuJnIPyUfHQ. Accessed 19 September, 2019.
- National Stroke Association. Medication adherence and compliance. Available at https://www.stroke.org/en/health-topics/consumer-healthcare/medication-information/medication-adherence-taking-your-meds-as-directed. Accessed 8 October, 2019.
- NHS choices. High blood pressure (Hypertension). Available at http://www.nhs.uk/conditions/blood-pressure-(high)/pages/introduction.aspx. Accessed 19 September, 2019.
- NHS choices. High cholesterol. Available at http://www.nhs.uk/conditions/cholesterol/pages/introduction.aspx. Accessed 19 September, 2019.
- Mayo Clinic. High cholesterol: Symptoms and causes. Available at http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/symptoms-causes/dxc-20181874. Accessed 19 September, 2019.
- NHS choices. Type 2 diabetes. Available at http://www.nhs.uk/conditions/diabetes-type2/pages/introduction.aspx?url=pages/what-is-it.aspx. Accessed 19 September, 2019.