- Laman utama
- Petua dan soalan lazim
- Soalan-soalan kepada doktor anda
Soalan untuk doktor anda

Apabila menerima diagnosis atau saranan baharu daripada doktor anda, terdapat beberapa pertanyaan umum yang anda boleh tanya doktor. Hanya ingatkan pertanyaan asas ini: “Siapa”, “Apa”, “Di mana”, “Bila”, “Mengapa” dan “Bagaimana.” Carta di bawah menyediakan beberapa pertanyaan umum untuk doktor anda dengan menggunakan rangka kerja ini. Rancang pertanyaan anda sebelum janji temu agar anda lebih bersedia.1-3
Mungkin terdapat pertanyaan tambahan yang anda perlu tanya berdasarkan diagnosis atau rawatan khusus anda. Contohnya, seseorang yang didiagnosis dengan diabetes atau kanser mungkin mempunyai pertanyaan khusus berkenaan penyakit itu.4-5 Atau mungkin terdapat pertanyaan tentang kesan sampingan, keberkesanan atau tempoh rawatan baharu yang telah ditentukan.

Diagnosis baharu6 | Rawatan baharu6 | |
---|---|---|
![]() |
Siapakah yang biasanya menghidap penyakit atau keadaan ini? |
Siapakah yang biasa mendapat rawatan ini? |
![]() |
Apakah yang menyebabkan penyakit atau keadaan ini? Apakah prognosis (ramalan) jangka pendek dan jangka panjang (haluan penyakit)? Apakah tanda dan simptomnya? |
Apakah pilihan rawatan saya? Apakah risiko dan manfaat setiap pilihan itu? |
![]() |
Di manakah saya perlu pergi untuk menjalankan ujian perubatan? Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tambahan atau pendapat kedua? |
Di manakah saya akan mendapat rawatan? Di rumah? Di klinik pesakit luar? Di hospital? |
![]() |
Bilakah saya boleh jangkakan untuk melihat tanda dan simptom penyakit itu (jika dijangka)? Bilakah saya akan menjalani ujian makmal, mendapat hasil ujian atau menghadiri janji temu seterusnya yang berkaitan dengan diagnosis ini? |
Bilakah saya boleh jangkakan rawatan bermula dan/atau tamat? |
![]() |
Mengapakah saya menghidap penyakit ini? |
Mengapakah saya memerlukan rawatan ini? Mengapakah seseorang akan menangguhkan atau tidak menjalani rawatan ini? |
![]() |
Bagaimanakah penyakit atau keadaan ini akan memberikan kesan kepada saya dalam jangka masa panjang? Bagaimanakah penyakit atau keadaan ini dirawat? |
Bagaimanakah tahap keberkesanan rawatan ini? Bagaimanakah rawatan ini dapat membantu? |

Pada masa diagnosis baharu dibuat, anda mungkin menerima banyak maklumat sekaligus dan anda mungkin sukar untuk memahaminya terus. Maklumat perubatan mungkin rumit dan anda boleh meminta doktor untuk mengulangi jawapannya semasa lawatan atau melalui telefon atau e-mel kemudian. Anda juga boleh meminta maklumat dengan cara yang lain. Doktor boleh menyediakan sumber, risalah atau bahan lain atau menunjukkan anda sumber maklumat dalam talian yang boleh dipercayai.7
Sebelum anda pulang, sila tanya doktor 2 perkara ini<sup>6,8</sup>:

- Adakah saya memerlukan ujian tambahan?
- Adakah saya perlu berjumpa pakar?
- Adakah saya perlu mengubah rutin harian saya?
- Jadualkan lawatan susulan sebelum anda pulang atau
- Tandakan pada kalendar anda untuk menghubungi doktor untuk mengetahui hasil ujian
Anda hendaklah memahami saranan doktor anda tentang langkah penjagaan diri seterusnya dan buatkan nota tentang perkara ini.8-9 Anda perlu membuat susulan dengan doktor anda:9

- Jika anda mengalami sebarang kesan sampingan atau masalah lain dengan ubat anda.
- Jika simptom anda semakin teruk selepas berjumpa doktor.
- Jika anda menerima sebarang preskripsi baharu atau mula mengambil sebarang ubat yang dibeli di kaunter.
- Untuk mendapatkan hasil ujian yang telah dijalankan.
- Untuk bertanya tentang hasil ujian yang anda tidak fahami.
Rujukan
- Talking with your doctor: A guide for older people—what can I ask? Getting information. | Initiative on multiple chronic conditions | National institute on aging [Internet]. 2016 [Cited 20 June 2019]. Available at https://order.nia.nih.gov/sites/default/files/2017-07/TWYD_508.pdf
- Before your appointment. | Agency for healthcare research and quality website. [Internet]. 2012 [Cited 20 June 2019]. Available at https://www.ahrq.gov/patients-consumers/patient-involvement/ask-your-doctor/questions-before-appointment.html
- Questions to ask your doctor. | MedicineNet website. [Internet]. 2018 [Cited 20 June 2019]. Available at https://www.medicinenet.com/questions_to_ask_your_doctor_-_general/views.htm
- Questions to ask your health care team | American society of clinical oncology website. [Internet]. 2018 [Cited 20 June 2019]. Available at https://www.cancer.net/navigating-cancer-care/diagnosing-cancer/questions-ask-your-health-care-team
- Type 2 diabetes – what to ask your doctor | MedlinePlus website. [Internet]. 2018 [Cited 20 June 2019]. Available at https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000217.htm
- Ashkenazy R. What to Ask a Doctor about a New Treatment or Diagnosis. | Get healthy Stay healthy website. [Internet]. 2016 [Cited 19 August 2019]. Available at https://www.gethealthystayhealthy.com/articles/new-diagnosis-medical-advice
- Talking with your doctor: What Should I Ask My Doctor During a Checkup? | National Institute on Aging: Health information [Internet]. 2017 [Cited 20 June 2019]. Available at https://www.nia.nih.gov/health/what-should-i-ask-my-doctor-during-checkup
- During your appointment. | Agency for healthcare research and quality website. [Internet]. 2012 [Cited 20 June 2019]. Available at https://www.ahrq.gov/patients-consumers/patient-involvement/ask-your-doctor/questions-during-appointment.html
- After your appointment. | Agency for healthcare research and quality website. [Internet]. 2012 [Cited 20 June 2019]. Available at https://www.ahrq.gov/patients-consumers/patient-involvement/ask-your-doctor/questions-after-appointment.html